Cara Drill Mozek Yang Betul Mengelakkan Daripada Pecah

Ditulis oleh

Pada zaman moden ini,  kebanyakan rumah menggunakan tiles ataupun mozek sebagai cara untuk menghias ruangan dapur mereka. Sudah pasti anda pasti akan menggunakan drill untuk membuat rak dapur, kabinet, plug ataupun sebagainya.

Walaupun ia senang untuk dibersihkan namun sekiranya anda salah cara dalam penggunaan drill, sudah pasti jubin tersebut akan pecah ataupun rosak. Agak sayang sekiranya jubin itu pecah kerana boleh mencacatkan keserian di ruangan dapur anda.

Buat anda yang tak tahu, sebenarnya ada cara drill betul bagi mengelakkan daripada mozek daripada pecah. Menurut perkongsian daripada Alel Sharifuddin, hanya beberapa step saja yang diperlukan dan tidak memakan masa yang lama pun.

Jom kita ikuti perkongsian daripada beliau

Cara Yang Betul Drill Tiles Dan Mozek Supaya Tidak Pecah

 

Tiles subway ni special,,permukaan dia licin sangat...cara ni memang sangat berkesan untuk tile yg permukaannya licin,,Moga bermanfaat.

Langkah Drill Tiles Yang Betul

Langkah 1
Gunakan tukul dan paku 'sedikit' sahaja di kawasan yg telah ditanda..tujuannya utk memberikan laluan kepada mata drill...kalau terus gunakan mata drill,pasti akan licin/mata tergelincir
Langkah 2
Gunakan mata drill tiles..saya beli di hardware..RM12
cara drill mozek
Langkah 3
Gunakan mode drill...jgn gunakan mode 'HAMMER',,itu yang menyebabkan tiles pecah,,mata drill tadi hujungnya sudah tajam,,tidak perlu tolak mesin kuat-kuat..layannn je sambil dia buat lubang atas tile. 
cara drill mozek
Langkah 4
 Lepas tile dah berlubang cantik,,pakai mata drill tebuk dinding pulak...kenapa kena tukar??sebab nak jaga mata drill tile..boleh je nk guna mata drill tu,,tapi nnt hujungnya tumpul....SAYANGG...
cara drill mozek
Langkah 5
Ok, lepas dah ada lubang,dah tukar mata,,barulah boleh tukar kepada mode HAMMER...tekan perlahan-lahan juga
haaa...ni hasilnya,,kemas...tak sompek/pecahkan tile 
cara drill mozek
cara drill mozek
Anda boleh ikuti step di atas sekiranya ingin membuat rak yang baru. Ternyata hasilnya sangat kemas dan tiada kesan tile yang pecah okayy.
cara drill mozek
Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
April 28, 2021
Dikemaskini pada
April 28, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram