Memiliki dapur yang cantik, kemas dan kelihatan mewah adalah impian setiap pemilik rumah. Dapur yang cantik akan menghadirkan perasaan yang seronok dan selesa ketika memasak. Memiliki dapur yang lama dan lusuh bukanlah alasan untuk anda supaya tidak mendekorasikan dapur rumah anda. Perkongsian kali ini adalah dari Alia Nur. Perkongsiannya adalah mengenai diy kabinet dapur ikea kepada gaya moden mudah dan simple.
Jom sama-sama kita saksikan perkongsian diy yang ingin dikongsi oleh wanita ini.
Alhamdulillah siap jugaKabinet dapur bawah 1.5k (RM 1500)Kabinet bajet, DIY, simple, berpatutan dan berbaloi-baloi.Sebenarnya boleh dapat bawah 1k, tapi tukar sinki dan tombol yang lain sikit
Ini adalah keadaan dapur sebelum proses ubahsuai dan diy dilakukan. Jelas kelihatan dapur bajet yang simple dengan tong gas berada diluar begitu sahaja.
Ini adalah ketika diy dilakukan dengan mamasang kabinet dapur IKEA iaitu kabinet knoxhult.
Ini adalah ketika pemasangan sedang dilakukan. Hanya baru sebelah siap dilakukan pemasangan.
Saiz singki yang digunakan pun ambil yang dalam dan besar sedikit, kalau basic punya dekat IKEA, murah sahaja dalam RM 130 lebih macam itu.
Kalau mahu membeli knob, beli knob jenis besar sedikit macam ini, boleh buat sangkut benda keperluan. Harga pula RM 18.70 / 2 pcs.
Ini pula keadaan kabinet dapur semasa proses diy sedang giat lakukan.
Ini adalah keadaan kabinet dapur setelah selesai diy dan pemasangan dilakukan.
Ini pula adalah keadaan kabinet dapur selepas barangan dapur seperti barangan memasak telah diletakkan dengan kemas diatas kabinet.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam cuba untuk memasang sendiri kabinet dapur rumah anda nanti.