6 Tips Memilih Dekorasi Ruang Tamu Yang Sesuai

Ditulis oleh

Apabila bercakap mengenai rumah kita, tempat yang paling penting ialah dekorasi ruang tamu kerana tempat itulah yang akan kita lalu dahulu apabila masuk kedalam rumah. Jika tiba-tiba ada tetamu telefon nak datang mengejut, ruang tamu lah ni yang kita akan cepat-cepat kemas dulu. Bilik lain sepah tak apa, tapi jangan sesekali ruang tamu!

Kalau boleh, biarlah semua hiasan dalaman ruang tamu tu tak nampak berserabut sangat dan senang untuk dikemas. Jadi, macam mana caranya untuk kita memilih dekorasi ruang tamu yang sesuai untuk rumah kita? Apabila tetamu datang pun, mereka akan terpegun tengok dekorasi ruang tamu kita.

Sebenarnya, terdapat beberapa tips untuk memilih dekorasi ruang tamu yang sesuai untuk rumah kita. Tips ini mampu membuatkan ruang tamu anda nampak cantik dan sempurna dimata tetamu-tetamu yang bertandang kerumah anda. Jom kita tengok tips memilih dekorasi ruang tamu yang sesuai.

6 Tips Untuk Memilih Dekorasi Ruang Tamu

 

1. Memilih Sofa Yang Sesuai

hiasan dalaman ruang tamu, lampu siling ruang tamu, lampu ruang tamu, lampu hiasan ruang tamu, hiasan dalaman ruang tamu, ruang tamu, dekorasi ruang tamu, deko ruang tamu

Ada pelbagai jenis sofa yang boleh anda pilih, sama ada yang berbentuk-L, berbentuk-U atau yang jenis sofa katil. Material pula selalunya ada kayu, kusyen, berbulu-bulu, dan kulit. Bila nak pilih sofa, anda bukan setakat kena tengok bahagian luar je tau, kena tahu juga bahan yang digunakan dekat dalam tu.

Yang penting, untuk mencantikkan lagi sofa anda, beli bantal sofa yang sepadan sama ada dalam teksturnya ataupun warna. Boleh dapatkan di platform Shopee.

2. Kipas Penuh Gaya

hiasan dalaman ruang tamu, lampu siling ruang tamu, lampu ruang tamu, lampu hiasan ruang tamu, hiasan dalaman ruang tamu, ruang tamu, dekorasi ruang tamu, deko ruang tamu

Nak pilih kipas yang sesuai untuk diletakkan dalam ruang tamu mungkin agak rumit sedikit sebab anda kena fikir saiz bilik, ukuran kipas, kipas siling atau kipas berdiri, berapa bilah kipas yang diperlukan, reka bentuk, dan banyak lagi. Jumlah bilah juga selalu menjadi tanda tanya apabila menentukan jenis kipas siling yang hendak dibeli.

3. Meja Kopi Khas

hiasan dalaman ruang tamu, lampu siling ruang tamu, lampu ruang tamu, lampu hiasan ruang tamu, hiasan dalaman ruang tamu, ruang tamu, dekorasi ruang tamu, deko ruang tamu

Untuk memilih meja kopi ruang tamu sebenarnya tak semudah yang anda sangka. Anda bukan saja perlu memilih yang cantik di mata, tapi sepadan dengan semua yang ada di ruang tamu.

Anda terlebih dahulu perlu ukur ruang dan perabot yang ada, supaya meja kopi yang dibeli cukup tinggi dan panjang. Rekaan meja ni pun boleh tahan pelbagai juga, jadi anda kena setkan dulu meja jenis mana yang sesuai dengan keperluan anda.

4. Kabinet TV

hiasan dalaman ruang tamu, lampu siling ruang tamu, lampu ruang tamu, lampu hiasan ruang tamu, hiasan dalaman ruang tamu, ruang tamu, dekorasi ruang tamu, deko ruang tamu

Sebelum membeli kabinet TV, pastikan dulu ketinggian skrin TV yang selesa apabila duduk di ruang tamu. Caranya, ukur paras mata anda semasa duduk di sofa dan anda boleh dapatkan ukuran yang sesuai untuk kabinet yang anda mahu.

Penting juga untuk anda ambil kira bentuk ruang tamu, supaya kabinet yang dipilih mempunyai bentuk yang praktikal.

5. Cermin Tambahan Deko

Pemilihan cermin yang betul akan memberikan kehidupan yang baru kepada seluruh ruang tamu anda. Tiga perkara penting yang harus anda perhatikan ketika memilih cermin adalah saiz ukuran, bentuk, dan gaya.

Cermin juga boleh digunakan untuk pelbagai fungsi, seperti membuatkan bilik tidur atau ruang tamu nampak lebih luas, menambahkan pencahayaan, menonjolkan barang sedia ada dan meletakkan di tempat yang mencerminkan pandangan yang anda suka.

6. Lampu Siling Atau Berdiri

Setiap rumah kebiasaannya memang ada lampu siling ruang tamu yang jenis panjang tapi sekarang, ramai dah tak pakai lampu macam tu sebab lagi sukakan lampu ruang tamu yang moden.

Selain dari lampu siling, ada juga yang gunakan lampu berdiri, sama ada untuk menambah cahaya ataupun sekadar hiasan saja.

Apa pun, anda kena pastikan yang ruang tamu mempunyai pencahayaan yang elok dan baik, sebab di situlah anda akan berkumpul bersama keluarga, bersantai, menonton TV, dan macam-macam lagi aktiviti lain.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 14, 2021
Dikemaskini pada
Januari 14, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram