Kebiasaannya, pada bulan December, musim tengkujuh kebanyakkan penduduk pantai timur akan berjaga-jaga dan berpesan kepada anak dan kaum kerabat mengenai persiapan yang perlu dilakukan apabila banjir.
Pemilik rumah dikawasan rendah antara orang yang sibuk untuk membuat persediaan jika hujan lebat turun tidak berpanjangan. Oleh itu, kita perlu membuat persiapan yang rapi supaya tidak berlakunya kerugian dan kemusnahan yang teruk.
Bak kata pepatah, "Sediakan payung, sebelum hujan". Jika kita lalai dan mengambil ringan akan perkara ini, banyak hal yang tidak diingini akan berlaku.
Ironinya, pada tahun ini, banjir berlaku di sebelah pantai barat dan ramai tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan.
Berikut perkara yang perlu anda ketahui apabila banjir berlaku supaya anda tidak panik dan kelam-kabut:
1.Kemas barang dan dokumen penting.
Antara dokumen yang penting adalah seperti surat beranak, IC, sijil,geran tanah & rumah, surat perjanjian loan bank dan sebagainya. Seeloknya perlu disimpan di tempat yang senang dicapai dalam satu fail kalis air supaya ianya mudah dibawa apabila berpindah ke pusat pemindahan.
2. Sentiasa berwaspada.
Pada permulaanya, kita akan teruja dan terpesona apabila melihat air jernih memasuki rumah. Untuk pengetahuan anda, penduduk pantai timur atau kampung akan mula berjaga-jaga walaupun perkara itu berlaku pada waktu malam dan mereka tidak akan tidur.
Mereka akan memindahkan barang-barang penting seperti kereta, motosikal dan barangan elektronik di tempat yang tinggi dan selamat.
3.Siap sedia untuk berpindah apabila air menjadi keruh.
Untuk makluman, air berlumpur sangat laju dan akan cepat naik mendadak sehingga ke paras bahaya. Pada waktu ini, nyawa menjadi keutamaan.
4.Berpindah segera apabila air menjadi berlumpur.
Justeru, anda perlu memastikan kesemua ahli keluarga berkumpul dan terus berpindah supaya tidak ada seorang ahli keluarga pun yang tertinggal di dalam rumah terkapai-kapai keseorangan.
Perkara yang paling utama anda perlu mengabaikan perasaan sayang nak meninggalkan rumah. Di dalam situasi genting sebegini, keselamatan dan nyawa lebih utama berbanding harta benda.
5.Kunci pintu rumah
Pastikan pintu rumah dikunci bagi mengelakkan barangan dalam rumah terkeluar dari rumah akibat banjir.
6.Tutup suis utama
Tutup segala suis utama dan cabut fius utama sebelum keluar dari rumah untuk mengelakkan kebakaran rumah.
Kesimpulannya, banyakkan berdoa dan redha dengan apa yang bakal berlaku. Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Tetapi bersyukur,masih dapat menyelamatkan nyawa diri dan ahli keluarga
Kredit: Ommar Abd. Aziz