Kalau bercerita mengenai dekorasi rumah. Semestinya perabot kayu menjadi pilihan utama kerana dengan adanya perabot dirumah boleh membangkitkan satu persekitaran yang menarik untuk dilihat. Ingin menjaga alat perabot kayu ini untuk kekalkan kualiti, warna untuk sentiasa berkilat tidak semudah yang disangkakan. Jadi hari ini Giler Deco mahu berkongsi 6 cara penjagaan perabot rumah anda mudah dan senang.
Pembersihan debu dan habuk pada permukaan perabot kayu adalah diantara cara mudah untuk anda mengekalkan kecantikan dan kualiti perabot rumah anda.Hal ini kerana , Jika debu dan habuk dibiarkan melekat lama mampu merosakkan kayu tersebut. Sebaiknya gunalah kain kering atau kain lembut yang tidak mudah berbulu untuk mengelap perabot rumah anda.
Cahaya matahari sangatlah penting untuk rumah bagi mengelakkan dari tumbuhnya kulat pada kawasan yang lembab. Namun jika perabot anda kerap terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama maka perabot anda akan mudah pudar. Seeloknya letaklah perabot anda di bahagian yang kurang terdedah kepada cahaya matahari.
Jika meja makan anda menggunakan meja kayu, anda harus memastikan tidak meletakkan mangkuk atau periuk panas secara langsung. Sebaiknya anda perlu letakkan pelapik dahulu baru letakkan mangkuk panas.
Kelebihan menggunakan penggilap kayu ini bukan sahaja mencantikkan struktur permukaan luar kayu sahaja. Malah dapat menjaga kualiti kayu dan menjadikannya lebih tahan lama.
Kekurangan bagi yang kerap menggunakan bahan penggilap kayu adalah akan mengubah warna asal perabot anda. bagi memastikan perabot anda tidakakan berubah walapun menggunakan bahan penggilap, rendam dua uncang teh dalam air panas dan selepas ia sejuk gunakan kain lembut untuk membersihkan perabot kayu. hal ini kerana asid tanik yang terdapat dalam teh akan membantu membersihkannya dan memelihara keaslian kayu.
Selain dari air teh, campuran air panas dan sabun pencuci pinggan mampu menghilangkan kotoran pada perabot kayu anda namun pastikan selepas menyental kotoran tersebut terus lap bahagian tersebut sehingga kering.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk hari ini. Diharap tips ini berguna untuk anda dalam menjaga kualiti perabot anda.
Kredit : mstar
Baca juga : 13 Contoh Dekorasi Frame Gambar Yang Menarik Untuk Anda Cuba Di Rumah!