5 Tips Deco Dapur Kecil Konsep Minimalis Apartment

Ditulis oleh

Memasak di dapur yang bersih dan cantik tentunya menjadi impian setiap wanita lebih-lebih lagi yang hobinya gemar memasak. Kalau dahulu dapur hanya berfungsi sebagai ruang memasak, meletakkan peralatan dapur dan tempat makan. Namun kini fungsinya lebih dari itu yang memerlukan penataan tersendiri. Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah mengenai 5 tips deco dapur kecil konsep minimalis apartment.

Buat anda yang mempunyai ruang dapur yang terhad berikut dikongsikan petua untuk rekaan dapur kecil agar terlihat kemas dan menarik. Anda boleh menggunakan dapur kecil minimalis sebagai pilihan utama untuk beberapa dapur yang memiliki ruang terhad.

Jom sama-sama kita ikuti tips yang ingin dikongsian ini.

Tips Deco Dapur Kecil Simple :

 

Perabot Yang Sepadan

Gunakan perabot yang sesuai dengan ruang dapur kecil seperti kerusi dan meja makan diperbuat daripada material seperti stainless steel yang bersifat neutral dan tahan lama. Boleh juga memilih kabinet kayu serta table top marmar atau granit yang memberi kesan mewah dan elegan pada dapur minimalis.

Rak Dinding Terbuka

Anda boleh menggunakan rak dinding terbuka (open shelving) yang dapat menyimpan berbagai peralatan dapur. Rak dinding terbuka ini mampu memberikan ilusi ruang yang lebih besar sekaligus dapat mencantikkan dapur.

Pencahayaan

Kunci kesempurnaan ruang dapur kecil ialah kesederhanaan yang boleh dicapai melalui pencahayaan ruang yang tepat. Anda hanya memerlukan lampu gantung di lelangit yang sederhana dengan watt yang cukup terang agar aktiviti memasak di dapur tidak terganggu.

Memilih Perabot Trend Terkini

Perabot dapur cepat mengalami perubahan seiring peredaran zaman. Secara tidak langsung ia mempengaruhi rekaan dapur kecil. Namun tidak bermakna anda perlu berbelanja lebih untuk membeli perabot baru. Buat perancangan berapa kerap dalam setahun untuk anda memperbaharui perabot dapur dan rekaan dapur kecil anda.

Aksen Hijau Atau Tanaman Kecil Di Dapur

Menambah aksen hijau dari tanaman boleh menjadikan ruang dapur kecil anda kelihatan menarik dan menjadikannya lebih segar. Anda boleh mencipta ruang tanaman mini di dapur dengan menanam tumbuhan herba seperti lavender, oregano, parsli dan sebagainya. Letak di tingkap agar tanaman itu mendapat cahaya secukupnya.

Itu sahaja perkongsian Giler Deco pada kali kini. Diharap tips ini bermanfaat kepada anda.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 27, 2020
Dikemaskini pada
Februari 27, 2020

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram