5 Alat Penting Yang Menjadikan Home Theater Mengasyikkan

Ditulis oleh

Mempunyai home theater di rumah merupakan salah satu sebab kenapa anda selalu berada didalam bilik. Dengan adanya home theater, anda dapat tengok tv dengan tenang dan syok. 5 alat penting ini mampu membantu anda untuk  menjadikan ruangan home theater anda mengasyikkan dan hebat.

Sistem bunyi sekeliling yang sedap didengari, TV jenis HDTV atau UHDTV yang berskrin besar, ada sambungan internet jalur lebar, sistem pengudaraan yang baik dan perabot dan hiasan dalaman yang menarik. Kelima-lima alat ini adalah keperluan minima bagi melengkapi sebuah ruang teater rumah idaman sekiranya anda memilih kombinasi alat-alat yang betul.

Alat Penting Menjadikan Home Theater Mengasyikkan

5 Alat Penting Yang Menjadikan Home Theater Mengasyikkan

 

1.Sistem bunyi sekeliling

Sistem bunyi sekeliling yang sedap bukan hanya bergantung pada alatan semata-mata, akan tetapi lokasi teater rumah dibina. Sebaik-baiknya home theater tersebut dibina di dalam sebuah bilik yang berdinding sepertimana sebuah panggung wayang.

Selepas anda memilih lokasi, hendaklah lengkapkan alat yang mempunyai system bunyi sekeliling yang sedap didengari halwa telinga anda dan tidak mempunyai masalah snyc  antara speaker. Lagi best jika ia berhubung melalui sistem tanpa wayar.

Alat Penting Menjadikan Home Theater Mengasyikkan

2.HDTV/UHDTV berskrin besar

Bagi memainkan video pula, ada dua pilihan popular iaitu menggunakan projektor atau TV jenis teknologi definisi tinggi. Kebanyakan memilih TV kerana faktor ruangan bersaiz kecil/sederhana berbanding projektor yang lebih sesuai untuk ruang bersaiz besar.

Selain memilih TV yang menampilkan kualiti yang baik dalam paparan imej dan bunyi, anda perlu tahu saiz TV yang bersesuaian dengan ruangan anda bagi memaksimakan kepuasan penggunaan teater rumah.

HDTV ialah TV definisi tinggi yang bermakna details paparan itu jelas dan cantik dan UHDTV ialah TV yang mempunyai kualiti gambar yang lebih hebat daripada HDTV.

Alat Penting Menjadikan Home Theater Mengasyikkan

3.Sistem pengudaraan

Pada first tadi kita sudah sebut teater rumah yang best adalah di dalam sebuah bilik berdinding seperti mana di pawagam. Jadi sudah pasti bilik itu bertutup bagi menghadkan cahaya luar dan mengoptimumkan bunyi dari sistem bunyi sekeliling.

Jadi adalah penting untuk memilih alat sistem pengudaraan yang senyap tetapi efektif.

Alat Penting Menjadikan Home Theater Mengasyikkan

4.Sambungan internet jalur lebar

Semasa di zaman 90-an dahulu kita mungkin tidak terfikir akan keperluan internet jalur lebar bagi sebuah teater rumah. Internet pada waktu itu hanyalah untuk kegunaan komputer sahaja.

Namun, pada hari ini teater rumah begitu berbeza sekali apabila internet menjadi satu keperluan penting bagi memaksimakan penggunaan teater rumah dan fungsi peralatan audio dan video.

Alat Penting Menjadikan Home Theater Mengasyikkan

5.Perabot yang selesa

Pemilihan perabot pula berbeza dengan 4 alat di atas kerana perabot akan mempengaruhi hiasan dalaman ruangan menonton TV di rumah. Maka, selain daripada menitikberatkan keselesaan dan keempukan kusyen dan bahan perabot, warna dan corak juga turut memainkan peranan yang penting.

 

Ingin membaca artikel seterusnya?

Baca juga :- Idea Dekorasi Bilik Tidur Bertemakan “Gold & Black”

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 8, 2020
Dikemaskini pada
Februari 8, 2020

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram