Ubahsuai Rumah Sewa Kayu Lama Kepada Konsep Ala "Kondo Mewah"

Ditulis oleh

Cakap saja mengenai hiasan tak kira sama ada hiasan luaran ataupun hiasan dalaman, sudah pasti kita akan mengupah interior designer untuk menghiasi rumah kita. Namun dalam krisis kewangan pada saat ini, sudah pasti untuk mengupah designer tersebut akan memakan wang yang agak banyak. Persoalannya sekarang, kenapa kita perlu upah khidmat orang lain sedangkan kita turut mampu deco rumah kita sendiri dan kita akan berasa puas hati kerana ianya mengikut kehendak serta kemampuan kita. Perkongsian kali ini adalah mengenai ubahsuai rumah kayu papan kepada konsep ala "kondo mewah".

Menurut perkongsian daripada Puan Emma Syahira Abd Halim, di mana beliau telah menghiasi semula rumah sewa kayu nya. Walaupun rumah tersebut merupakan rumah kayu namun ianya bukan menjadir penghalang buat beliau. Perkongsian tersebut telah berjaya menarik perhatian ramai. Hal ini kerana rumah yang dihiasi oleh beliau tidak nampak seperti rumah lama pun dan kebanyakan barang-barang yang dibeli hanyalah dari kedai DIY sahaja. Jom kita ikuti perkongsian daripada beliau.

Ubahsuai Rumah Kayu Papan Kepada Gaya Mewah :

Assalamualaikum wbt sahabat-sahabat semua. Alhamdulillah beberapa tahun sebelum ni idea dekorasi rumah papan aka rumah sewa yang saya diami bersama family kecil saya menjadi inspirasi kepada semua. Lama rasanya saya tak bersiaran.
Saya suke tengok ramai yang share deko rumah masing-masing lagi-lagi deko rumah papan,rumah kayu dan rumah kampung. Jadi izinkan saya sahabat semua nak share idea dekorasi rumah papan yang sama saya masih lagi diami sampai sekarang. Konsep macam biasa saya tetap berpegang dengan "LUAR SETINGGAN DALAM CONDO". Hope dapat jadi inspirasi untuk anda semua. Maafkan saya jika ada kekurangan.
Macam biasa apa yang kita boleh DIY kita DIY Kan. Yang penting deko kite tetap. Apa pun inilah rumahku syurgaku.
Saya share saya guna barang dari mana ok..
Sarung kerusi rotan - Jahit sendiri
Sarung sofa - Diy guna stepler gun
Sarung bantal - Shopee
Bantal silver - Mr DIY
Langsir - Romantika
Alas Meja (table cloth) - Shopee
Cermin - Eco
Gam cermin - Tape 3m beli kat hardware
Led - Mr DIY
Lampu dinding - DIY Dari barang eco
Cat - Sancora Wood & Metal Paint (Gloss Guard) kod mirage
Kerusi rotan - preloved
Kerusi pengantin - preloved
Rak bertingkat - ikea
Rak cermin - ikea
Kerusi smiley - Romantika
Bekas lampu viral - Romantika
RUG (Bulus2) - Romantika

Yang Luarannya Hanyalah Papan Biasa Tetapi Di Dalamnya Tidak Tumpah Seperti Rumah Mewah

Itu sahaja perkongsian untuk anda pada kali ini. Semoga perkongsian kali ni dapat memberi inspirasi kepada anda.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Ogos 27, 2020
Dikemaskini pada
Ogos 27, 2020

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram