Cakap saja mengenai hiasan tak kira sama ada hiasan luaran ataupun hiasan dalaman, sudah pasti kita akan mengupah interior designer untuk menghiasi rumah kita. Namun dalam krisis kewangan pada saat ini, sudah pasti untuk mengupah designer tersebut akan memakan wang yang agak banyak. Persoalannya sekarang, kenapa kita perlu upah khidmat orang lain sedangkan kita turut mampu deco rumah kita sendiri dan kita akan berasa puas hati kerana ianya mengikut kehendak serta kemampuan kita. Perkongsian kali ini adalah mengenai ubahsuai rumah kayu papan kepada konsep ala "kondo mewah".
Menurut perkongsian daripada Puan Emma Syahira Abd Halim, di mana beliau telah menghiasi semula rumah sewa kayu nya. Walaupun rumah tersebut merupakan rumah kayu namun ianya bukan menjadir penghalang buat beliau. Perkongsian tersebut telah berjaya menarik perhatian ramai. Hal ini kerana rumah yang dihiasi oleh beliau tidak nampak seperti rumah lama pun dan kebanyakan barang-barang yang dibeli hanyalah dari kedai DIY sahaja. Jom kita ikuti perkongsian daripada beliau.
Assalamualaikum wbt sahabat-sahabat semua. Alhamdulillah beberapa tahun sebelum ni idea dekorasi rumah papan aka rumah sewa yang saya diami bersama family kecil saya menjadi inspirasi kepada semua. Lama rasanya saya tak bersiaran.Saya suke tengok ramai yang share deko rumah masing-masing lagi-lagi deko rumah papan,rumah kayu dan rumah kampung. Jadi izinkan saya sahabat semua nak share idea dekorasi rumah papan yang sama saya masih lagi diami sampai sekarang. Konsep macam biasa saya tetap berpegang dengan "LUAR SETINGGAN DALAM CONDO". Hope dapat jadi inspirasi untuk anda semua. Maafkan saya jika ada kekurangan.Macam biasa apa yang kita boleh DIY kita DIY Kan. Yang penting deko kite tetap. Apa pun inilah rumahku syurgaku.Saya share saya guna barang dari mana ok..
Itu sahaja perkongsian untuk anda pada kali ini. Semoga perkongsian kali ni dapat memberi inspirasi kepada anda.