Tranformasi Bilik Tidur Kepada Pejabat Mini Semasa PKP

Ditulis oleh

Apabila kita mempunyai ruang sendiri, sudah menjadi kebiasaan untuk kita megubahsuainya mengikut keselesaan masing-masing. Mempunyai bilik tidur sendiri memudahkan lagi apabila anda mahu mendekorasikan dan mengubahsuai bilik tidur anda. Jika memiliki bilik tidur kongsi mungkin agak susah kerana adik atau abang anda tidak sukakan dekorasis seperti yang anda inginkan. Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah mengenai tranformasi bilik tidur kepada pejabat mini semasa pkp. Perkongsian ini adalah dari Thexeilia Yeap

Adanya pejabat mini di musim pkp ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk lebih fokus dan selesa semasa bekerja dirumah. Semua orang tahu kerja dirumah ini memang banyak dugaannya. Salah satunya adalah dugaan dari adik atau anak sedara yang mahu bermain dikawasan tempat anda bekerja. Dengan adanya pejabat mini ini anda mampu untuk bekerja dengan keadaan lebih selesa.

Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco ini.

Tranformasi Bilik Tidur Persis Pejabat Mini :

Dari Bilik Tidur Ke Pejabat Mini

Bilik tidur ini sebenarnya boleh dijadikan lebih sekadar tempat tidur. Mengikut kreativiti tersendiri, kita dapat mengubah dengan mudah  ruang menjadi pejabat mini seperti gambar dibawah ini:

Hanya menggantikan tempat tidur dengan meja kayu yang dibeli dari Shoppee. Lihat? Ternyata hanya dengan sedikit kreativiti, kita dapat mengubah apa sahaja yang kita mahukan. Meja kayu dilengkapi dengan bingkai logam premium dan rak buku yang dibina dalamnya yang agak luas yang menjadikan perabotnya kelihatan anggun dan moden.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap perkongsian pada kali ini dapat memberi manfaat kepada anda yang juga terkesan dengan penularan virus Covid-19 Ini. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda.

 

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Julai 18, 2020
Dikemaskini pada
Julai 18, 2020

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram