Penggunaan cermin di dalam ruang kediaman amatlah penting kerana ianya mampu memberi kesan sampingan ruang itu agar kelihatan lebih luas. Selain itu, penggunaan cermin juga tempat untuk kita berhias lebih-lebih lagi buat kaum perempuan. Sekiranya tanpa cermin, ia akan menyukarkan untuk anda berhias dan menjaga keterampilan diri.
Ianya menjadi kesukaran untuk menampal cermin sekiranya terdapat kawasan keadaan dinding yang tidak rata. Hal ini dapat dilihat melalui perkongsian daripada Puan Affan Ali menerusi laman Facebook miliknya di mana pada awal-awalnya beliau mengalami kesukaran untuk pada dinding rumahnya yang tidak rata.
Namun begitu ianya bukan menjadi penghalang buat beliau untuk mencari solusi dan jalan penyelesaian bagi masalah tersebut. Akhirnya Puan Affan mendapat hasil idea yang bernas dan beliau ada berkongsikan beberapa tips tampal cermin dinding untuk menyelesaikan masalah ini.
Jom kita sama-sama saksikan perkongsian daripada Puan Affan Ali.
Sekadar pengkongsian. Saya nak tampal cermin mesti ada masalah dinding tak rata bukan? nah iolls bg tips untuk dpt hasil yg cunss & kemas. Saya sendiri pun try n error jugak. Mula-mula tampal gitu je dekat dinding. Frust tak cantik, senget benget dan yang paling sedih, cermin tu sempat jugak lah dua keping yang jatuh dan pecah. PANGGG!!! berkecai