Pernah tak pada satu ketika perut anda berasa memulas yang teramat sangat ? Hal ini disebabkan makanan yang dimakan tidak dicuci dengan bersih sebelum dimasak.
Buat pengetahuan anda, papan pemotong merupakan alatan dapur yang sangat senang untuk kotor. Permukaannya yang tidak ditutup membuatkan ianya mudah terdedah dengan persekitaran yang tidak bersih. Malahan pula papan pemotong sangat mudah untuk bakteria-bakteria kotor berkumpul.
Buat anda yang sentiasa membasuh serta menyental papan ini, saya yakin ianya akan membuatkan anda semakin lenguh untuk membersihkannya setiap kali lepas selesai guna.
Seorang wanita yang dikenali sebagai Puan Fatimah Salim berkongsikan beberapa tips penting membersihkan papan pemotong tersebut dengan lebih mudah dan cepat. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripadanya.
Tips Penting Membersihkan Papan Pemotong
Tahukah anda, papan pemotong merupakan alat penggunaan dapur yang paling kotor?!Jika tidak dibersihkan dengan betul dan kerap, ianya boleh menjadi ‘sarang’ kepada beribu jenis kuman.
Langkah-Langkah :
- Lap dan keringkan permukaan yang perlu dibersihkan.
- Tuangkan cecair peluntur Clorox secara perlahan-lahan pada bahagian papan pemotong yang kotor. Pastikan seluruh permukaan yang mengandungi kotoran degil berjaya dibasahkan. Boleh gunakan sudu keluli tahan karat untuk ratakan.
- Tinggalkan selama 30 minit untuk tindakbalas yang optimun. Atau lebih lama bergantung kepada hasil yang diperolehi.
- Cuci dan rendam papan pemotong seketika sehingga BAU cecair peluntur hilang. Ini untuk memastikan tiada cecair peluntur yang tertinggal pada papan pemotong.
- Selepas itu gunakannya seperti biasa.
Info Tambahan :
- Cecair peluntur Clorox mengandungi bahan kimia aktif natrium hipoklorit yang bersifat bes yang kuat, boleh merengsa/ menghakis kulit. Maka, berhati-hati semasa menggunakannya dalam keadaan pekat ini. Jika terkena kulit, segera basuh dengan air.
- Bahan kimia dalam Clorox ini larut dalam air dan mudah meruap. Maka, dengan merendam seterusnya membasuh dengan air tidak akan meninggalkannya pada papan pemotong ini.
- Sila tutup mulut dan hidung dengan kain atau topeng kerana cecair peluntur mudah meruap dan menghasilkan bau yang kuat. Ianya boleh menyebabkan komplikasi lain.
-
Pastikan aktiviti ini dibuat dalam ruang yang mempunyai pengudaraan yang baik contoh ruang terbuka atau ada tingkap.
Nota: Tidak perlu tuang banyak cecair peluntur ini. Cukup sekadar rata ke permukaan yang perlu dibersihkan. Jimat dan kurang bau yang tidak menyenangkan.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.
Kredit : Fatimah Salim