Tips Penjagaan Pokok Lidah Jin Dengan Betul Dan Mudah

Ditulis oleh

Pokok lidah jin atau lebih dikenali sebagai snake plant. Bukan sahaja cantik dijadikan sebagai hiasan dalam atau luar rumah, malah mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri jika diletakkan di dalam rumah. Perkongsian  giler deco pada kali ini adalah dari Yuslan Ibrahim. Perkongsiannya adalah mengenai tips penjagaan pokok lidah jin yang betul dan mudah.

Jom sama-sama kita saksikan perkongsian tips yang amat menarik ini.

Tips Penjagaan Pokok Lidah Jin :

 

Pokok lidah jin mati & berbau busuk? Kenapa?

Pokok ini juga diantara pokok yang disenaraikan oleh NASA yang mampu menyingkirkan toksik dan bahan cemar bawaan udara di dalam rumah. Namun, jika tidak dijaga dengan baik, pokok akan mati atau busuk. Jadi bagaimana cara penjagaannya yang sebenar?

Jom ikuti perkongsian oleh seorang pengguna di Facebook tentang cara penjagaan pokok lidah jin dibawah:

  1. Siram 2 kali sebulan sahaja, jangan kerap siram nanti mati atau busuk pokoknya.
  2. Sesuai indoor dan outdoor, kalau indoor kadang-kadang letak tepi pancaran matahari utk pastikan daunnya sihat dan hijau.
  3. Semai dengan soil yg 3 in 1 kat nursery, selepas 3, 4 bulan bolehlah letak baja bulat hijau untuk daun tu(jual di kedai Eco). Kalau ada baja organik lagi bagus.
  4. Pokok ni cepat biak, bila dah banyak anak tu, pindahla ke pasu lain.
  5. Nak cantik tanam dalam pasu yg jual kat nursery yg comel-comel tu.
  6. Tips nak cepat membiak, tanam outdoor macam kami, cepat giler membiaknya.
  7. Pokok ni takyah dok tilik dan belai serta siram, nanti bantut dan busuk daunnya.

Okay, lepasni boleh ikut tips-tips di atas ya. Semoga bermanfaat!Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Jun 21, 2020
Dikemaskini pada
Jun 21, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram