Bila disebut je tentang hiasan Wainscoting di rumah anda, sudah pasti anda akan terbayang satu reka bentuk hiasan dalaman rumah yang sangat cantik dek persis sebuah rumah mewah. Lebih-lebih lagi kos untuk membuat wainscoting ini tersangatlah jimat dan memudahkan, namun ianya memberikan kesan cantik pada hiasan dalaman rumah anda.
Selain itu, barang untuk membuat projek ini mudah untuk didapati di mana-mana kedai DIY ataupun kedai Hardware yang berdekatan dengan rumah anda. Sekiranya anda masih tidak tahu bagaimana nak membuat projek Wainsctoing Double Frame" ini dengan senang? Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada Pembekal Kayu Wainscoting ini.
1) Kayu wainscoting (3pattern. 1 utk chair rail, 2 untuk frame)
2) Gam kayu x-bond
3) Latex sealant
4) Masking tape
5) cat
- jotun majestic putih
- jotun majestic turquoise kod 6084
1. Ukur keluasan dinding, rangka kedudukan kotak frame (bingkai frame) yang diperlukan.
2. Ruang antara setiap bingkai frame antara 4-5 inci shj. (*Gap jgn terlalu besar, tak cantik).
3. Pilih saiz kayu yang bersesuaian.
Kredit : Pembekal Kayu Wainscoting