Bosan dengan dekorasi bilik anda yang kelihatan sesak dan sempit? Mungkin sudah sampai masanya untuk anda lakukan make over agar ruang beradu itu tampil lebih menarik dan kelihatan lebih luas. Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah mengenai tips dekorasi bilik tidur kecil kelihatan luas
Walaupun idea reka bentuk moden dan mewah sering menekankan bahawa anda perlu mempunyai ruang duduk, pejabat kecil, atau katil bersaiz king, tapi jangan sesekali anda lupa untuk meniktikberatkan ruangan bilik tidur. Bilik tidur merupakan ruangan utama untuk melepaskan lelah setelah seharian sibuk dengan rutin harian.
Jadi, biarpun bilik tidur anda kecil, pastikan ia berfungsi dengan baik dan memberi keselesaan yang maksimum. Jika anda tidak tahu cara melakukannya, ikuti tips dan idea berikut membuktikan ruang kecil juga boleh bergaya dan tampak luas.
Tempat tidur yang sempit dapat diatasi dengan pemilihan warna yang tepat dan sesuai agar interior tampak luas. Tidak ada masalah jika anda ingin menggunakan kertas dinding atau wallpaper motif garis vertical(menegak), kerna motif ini akan membuat kamar tidur anda lebih luas.
Kebanyakan rumah mempunyai warna asal dinding berwarna putih. Walaupun putih membantu memberikan ilusi ruang nampak lebih besar, tetapi ia agak membosankan dan tidak menarik. Anda boleh mewarnai bilik tidur dengan menggunakan warna-warna pastel. Anda juga boleh menggabungkan warna yang cerah seperti biru laut, kuning atau krim. Kombinasi warna cerah akan membuat suasana kamar tidur terlihat lebih ceria.
Apabila memiliki kamar tidur terhad, jangan meletakkan terlalu banyak perabot pada ruangan tersebut sehinggakan ia kelihatan 'sesak' dan sukar hendak bergerak. Pemilik juga selalu berpendapat bahawa perabot yang kecil boleh membuatkan bilik tidur nampak besar tetapi sebenarnya tidak. Ia hanya menampakkan lagi bilik itu bertambah sesak.
Lebih baik mempunyai perabot yang penting sahaja seperti katil, almari pakaian, meja solek beserta kerusi dan meja sisi dengan lampu meja. Itu sahaja. Sebaiknya anda memilih kelengkapan perabot yang multi- fungsi, untuk menbantu menjmatkan ruang. Contohnya, katil yang bawahnya mempunyai build-in storage atau meja solek yang boleh dijadikan meja kerja.
Gunakan secara maksimum cahaya semula jadi yang terdapat pada tingkap bilik tidur anda. Elakkan meletakkan perabot pada kedudukan yang menghalang cahaya masuk. Gunakan blinds atau sheer berbanding langsir. Jika cahaya lampu siling tidak menerangi secukupnya bilik tidur, anda boleh tambahkan lampu meja.
Selain itu, lampu dinding memberikan kesan mewah yang cukup menarik jika dipasangkan di ruang kamar yang sempit. Jadi, pilihlah lampu dinding yang sesuai dan serasi dengan suasana atau konsep hias kamar tidur anda itu.
Penggunaan cermin atau benda-benda yang bersifat reflektif memainkan peranan penting untuk menambahkan kesan luas pada kamar tidur yang memiliki luas yang terhad. Benda yang memiliki sifat reflektif seperti kaca dan cermin berupaya memantulkan cahaya yang diterima, sehingga kamar tidur anda terlihat terang dan lapang.
Selain itu, dengan meletakkan sekeping gambar lukisan bersaiz besar di dinding kepala katil boleh menampakkan dinding itu nampak besar.