Jom Ikuti Petua Menghalang Semut Dari Rumah Anda

Ditulis oleh

Apabila terdapat makanan yang manis tertumpah di lantai atau meja makan, sering kali haiwan semut ini akan terus membawa ahli tentera mereka untuk terus berkerumun di tempat yang tumpah dengan makanan manis. Sudah pasti cara yang paling senang adalah dengan menyembur racun serangga di kawasan tersebut, namun begitu ianya amat bahaya apabila kawasan dapur merupakan kawasan tumpuan bagi anak-anak kita.

Nak letak racun yang biji putih pun amatlah merbahaya kerana apabila ada anak-anak yang masih kecil, sudah pasti mereka akan tertanya-tanya apakah benda tersebut lantas membuatkan mereka ingin tahu lalu memasukkan benda itu ke dalam mulut mereka yang sudah pasti akan mendatangkan bahaya pada diri anak kecil.

Tanpa membuangkan masa anda, min nak kongsikan kepada anda beberapa petua menghalang semut daripada terus berkerumun di dalam kawasan rumah anda. Petua yang dikongsikan ini tidaklah begitu susah untuk dipraktikkan kerana ianya hanya menggunakan barangan yang sudah ada di rumah kita. Jom kita ikuti petua menghalang semut ini.

6 PETUA MENGHALANG SEMUT DARI KAWASAN RUMAH :

1. Soda Bikarbonat

Anda hanya perlu tabur je serbuk soda bikarbonat kat tempat yang anda tak nak semut datang. Disebabkan bau dari soda bikarbonat tu akan mengganggu deria bau semut, semut tu takkan datang dah.

Petua menghalang semut

2. Cuka

Cuka putih ni salah satu petua yang sangat berkesan sebab semut paling pantang dengan baunye yang kuat, dan kandungan cuka yang berasid tu.

Larutkan cuka dalam air, pastu masukkan dalam botol yang boleh spray tu. Dah siap, sembur je kat mana-mana pintu masuk atau tempat selalu ade semut.

Ulang beberape kali lepas semburan tu dah kering, dan kesannye boleh nampak dalam beberape hari.

Petua menghalang semut

3.   Daun Sirih

Semut sememangnya tidak suka dengan bau daun sirih. Potong kecik-kecik beberape daun sirih, pastu tabur kat laluan semut atau tempat dorang berkerumun. Bila dah bau daun sirih ni, gerenti semut akan pegi main jauh-jauh.

Petua menghalang semut

4. Serbuk Kopi atau Biji Kopi

Bagi serbuk kopi, kena pastikan guna serbuk kopi yang asli, sebab baunya yang kuat boleh menghalau semut dari menghurung makanan yang ade kat rumah korang.

Caranye, ambik sedikit serbuk kopi lepastu letak kat tempat laluan masuk semut. Biarkan saja serbuk tu kat situ beberape hari dan anda akan perasan yang semut tak pergi lagi kat kawasan tu.

5. Limau Nipis

Perah limau nipis pade laluan semut untuk mengacau deria bau dorang. Perahan jus limau nipis pun dapat jugak membunuh semut, dan sambil tu, rumah korang pun bau segar je. Masalah semut hilang, malahan aroma dalam rumah pun lebih harum dan wangi.

6. Kulit Telur

Lepas dah pecahkan telur ayam, jangan buang kulit nyer sebab boleh gune untuk halau semut. Caranye senang je, hancurkan kulit telur pastu bakar sampai jadi abu. Abu tu gune untuk tabur pade tempat semut selalu berkerumun, laluan semut, atau nak tabur terus pade sarang semut pun boleh. 

 

Haa senang je kan petua yang min kongsikan ni. Usah lagi pening kepala nak upah pakar penyembur serangga lagi. Apa kata kita buat sendiri je lebih-lebih lagi min pun dah kongsikan petua yang menarik ni. Selamat mencuba.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.

 

Kredit : propertyguru

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
November 22, 2020
Dikemaskini pada
November 22, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram