Perbezaan Di Antara Paver Dan Jubin Yang Perlu Anda Tahu

Ditulis oleh

Anda sebagai pemilik rumah mesti bingung untuk memasang samada paver (tapak gajah) atau jubin. Pemasangan tersebut mungkin untuk dijadikan sebagai lantai di depan kawasan rumah atau landskap rumah. Memilih antara keduanya itu bergantung dengan kesesuaian jenis kawasan tersebut. Ini perbezaan paver dan jubin yang anda perlu tahu.

Perbezaan, Kelebihan & Kekurangan Di Antara Paver Dan Jubin Yang Perlu Anda Tahu

 

Jubin

Jubin didatangi dengan pelbagai jenis bahan, tekstur, warna dan gaya. Jubin ini boleh dibuat daripada seramik, porselin atau konkrit. Jubin ini terdiri daripada pelbagai reka bentuk dan corak yang berlainan.

perbezaan paver dan jubin

Kelebihan

  • Rupa yang elegan dan berkualiti tinggi untuk landskap kediaman.
  • Didatangi dalam pelbagai siaz yang boleh diubahsuai untuk menjadi rekabentuk yang rumit.
  • Mudah dibersihkan dan mengekalkan penampilan sehingga bertahun-tahun.
  • Permukaan yang padat.

Kekurangan

  • Agak mahal jika dibuat daripada bahan yang berkualiti.
  • Boleh rosak atau retak jika selalu menerima tekanan yang berat.
  • Tidak sesuai dipasang di garaj kereta.
  • Tidak boleh memasang dengan sendiri. Perlukan orang yang mahir.

Paver

Paver diperbuat daripada konkrit, batu bata atau batu kapur. Kebanyakkan paver ini dipasang di kawasan lalu lintas seperti di kaki lima, jalan untuk masuk parking dan landskap rumah.

perbezaan paver dan jubin

Kelebihan

  • Permukaan yang kukuh dan tahan lama, murah dan mudah diselenggara.
  • Didatangi dengan pelbagai corak untuk dipilih.
  • Stabil dan mudah digantikan jika rosak atau pecah.

Kekurangan

  • Tiada rupa bentuk yang mewah seperti jubin.
  • Pilihan warna yang terhad.
  • Boleh dicemari oleh gris atau minyak.
  • Memerlukan tapak yang sesuai.

Kesimpulannya, pemilihan antara jubin dan paver ini adalah daripada citarasa masing-masing. Oleh itu, anda perlu membuat keputusan yang baik dan berpuas hati untuk kesenangan anda akan datang. Semoga info ini membantu anda semua!

Sumber : HomeStaedy

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
November 20, 2021
Dikemaskini pada
November 20, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram