Mempunyai perhiasan dinding di rumah akan menimbulkan lagi suasana yang sangat menarik pada rumah itu. Grand mirror dan shiplap juga salah satu perhiasan dinding yang popular pada ketika ini. Tidak terkecuali kepada Aniey Sabri kerana memilih untuk menghias dinding rumah menggunakan grand mirror dan shiplap yang kreatif dan cantik. Jom kita ikuti perkongsian oleh beliau.
Percubaan dalam menyiapkan grand mirror dan shiplap adalah usaha daripada kami suami isteri yang mampu menyiapkan dalam masa dua hari sahaja. Tapi nak ambil mood tu akan makan masa yang lama sungguh.
Alhamdulillah tercapai jugak impian untuk mempunyai grand mirror dan shiplap seperti orang lain. Terima kasih kepada encik suami Wan Ahmad Sabri yang berpenat lelah untuk menunaikan impian isterimu.
Ini rupa sebelum melakukan proses grand mirror di ruang makan keluarga beliau.
Ini rupa selepas lengkap memasang grand mirror. Hasil yang sungguh menarik dan cantik dengan pemilihan warna yang terang dan cerah membuatkan ruang makan ini lebih menyamankan. Kemasan wainscoting di sekitar grand mirror juga menambahkan lagi suasana kemewahan itu.
Untuk cermin itu saya guna cermin IKEA yang dibeli di shopee sahaja. Sama juga frame cermin pun saya beli di shopee.
Ini rupa sebelum memasang shiplap pada dinding di sebelah ruang makan keluarga.
Ini hasil selepas selesai pemasangan shiplap pada dinding di sebelah ruang makan keluarga. Nampak perbezaan sebelum dan selepas pemasangan shiplap yang kelihatan lebih cantik dan sangat menenangkan ketika meluangkan masa bersama keluarga.
Semoga perkongsian daripda Aniey Sabri ini dapat memberi inspirasi kepada yang lain yang ingin memasang grand mirror dan shiplap di kediaman mereka pada suatu hari nanti. Semoga bermanfaat.
Sumber Aniey Sabri