Lelaki Ini DIY Sendiri Rak "Remote Control" Yang Mudah

Ditulis oleh

Remote Control merupakan salah satu objek yang sering kali kehilangan ketika kita sangat memerlukannya tak kira sama ada remote tv, remote penyaman udara, dan juga remote kipas. Buat makluman anda, remote control ataupun turut dikenali sebagai alat kawalan jauh adalah merupakan komponen peranti elektronik untuk mengendali peranti tanpa wayar dari jarak yang dekat.

Benda ini sangatlah penting apabila kita ingin buka tv ataupun penyaman udara. Namun seperti yang anda selalu alami, benda ni kerap kali hilang dari pandangan kita sama ada ditelan kerusi sofa ataupun dibawa lari oleh anak-anak anda.

Namun masalah ini akan segera dapat diselesaikan dengan adanya solusi daripada Saudara Lidia Rahza menerusi laman media sosial Facebooknya. Beliau ada berkongsikan cara untuk DIY menghasilkan sendiri rak remote control. Nak tahu tak apa yang menariknya di sini?

DIY Hasilkan Sendiri Rak Remote Control

Apa yang menariknya di sini ialah beliau hanya menggunakan lebihan casing daripada penyaman udara je untuk membuat rak tersebut.

Sekiranya anda tiada casing berkenaan, anda boleh mencarinya di kedai hardware berdekatan dan harganya hanyalah sekitar RM17.00 sahaja untuk sebatang.

Jom kita sama-sama ikuti perkongsiannya.

Remote mana bang???
Ni la soalan yang biasa tiap2 hari. semalam remote aircond GHAIB!
Habis selongkar katil. bantal, bawah sofa... dalam laci, Ghaibb
last2 gi DIY.. beli baru. Soalannya..macam mana nak elak hilang semula fikir2
ni la hasilnya iaitu tempat letak remote
sekurang2nya remote ada tempat khas

Langkah Membuat Rak "Remote Remote"

1. Asal tempat letak remote ni adalah lebihan casing aircon yang dibelikan di kedai hardware....Harganya hanyalah sekitar RM15-RM17 sahaja untuk sebatang.
2. Gambar di bawah merupakan lebihan casing tersebut, kumpul remote dan mula agak-agak jarak remote.
3. Ukur saiz bagi setiap remote dan ambil saiz remote yang paling besar supaya yang lain semua muat untuk diletakkan.
4. Ukur dan guna sesiku L untuk buat garisan lurus untuk jarak dan lebar lubang remote.
5. Langkah ini digunakan untuk mengukur ketebalan. Jadi kalau tebuk lubang nanti takla besar sangat atau tak muat... bila remote fit nampak kemas sikit.
6. Dapat ukuran tebal dan lebar lalu plotkan ia pada casing.

7. Siap lukis dan plot.... puas hati kita proceed... "measure twice cut ones".

 

8. Potong lebihan tepi. Guna je apa-apa pun tool yang anda ada asalkan ianya putus.

9. Untuk lubang tengah dicadangkan untuk menggunakan drill. Guna steel bit lalu tebuk tepi supaya senang nak potong ngan pisau nanti.diy rak remote control

10. Ni selepas potong dan kemaskan guna pisau. Anda diingatkan untuk berhati-hati semasa memotong takut anda akan tercedera atau terpotong pvc asing.

diy rak remote control

11. Lepas dah siap tu, anda boleh cuba letakkan alat kawalan jauh ke dalam rak ini supaya anda dapat lihat sama ada ianya kukuh atau tidak. Sekiranya kukuh, anda boleh teruskan kepada langkah yang seterusnya.

12. Sekiranya anda ingin lekatkan pada dinding, anda boleh guna double tape je, mudah dan tak perlu tebuk lubang.

diy rak remote control

13. Kalau anda perasan lekuk lat bibir pvc menghalang remote dari slide dari kedudukannya. In sy Allah tak jatuh kecuali anda dengan sengaja tolakkannya haha.

diy rak remote control

14. Ini la hasil nya yang boleh letak 4 remote control. Sekiranya ada sepuluh remote, anda boleh tebuk ikut suka.diy rak remote control

Tadaa dah siap rak remote control ini. Senang je kan dan lebih-lebih lagi sangatlah jimat. Untuk bagi lebih selamat, anda boleh letakkan rak tersebut tinggi dari capaian tangan anak-anak anda.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca di luar sana.

Kredit : Lidia Rahza

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Oktober 18, 2020
Dikemaskini pada
Oktober 18, 2020

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram