Jenis Siling Yang Harus Anda Ketahui Sebelum Membelinya

Ditulis oleh

Siling adalah kemasan yang diletakkan diatas beberapa komponen struktur yang disatukan iaitu dikenali sebagai dinding. Siling ini terletak di bawah rangka bumbung dan secara umumnya merangkumi beberapa reka bentuk.

Kebiasaannya dapat dilihat siling ini berperanan sebagai satah rata di atas kita yang menyembunyikan rangka bumbung atau lantai. Di bawah ini merupakan jenis siling yang perlu diketahui.

Namun jika anda teringin untuk dekorasi atau ubahsuai siling rumah anda, ini adalah jenis-jenisnya serta kelebihan dan kekurangan setiap siling.

Jenis Siling Plywood

Plywood merupakan satu lapisan kayu yang dihasilkan dari lapisan nipis venir kayu yang dilekatkan bersama dengan lapisan bersebelahan dengan butiran kayu dan diputar sehinggan 90 darjah antara satu sama lain.

Jenis siling

Ini adalah kelebihan jenis siling plywood:

  • Memiliki saya tahan terhadap penyusutan sehingga bentuk dan ukurannya tidah mudah untuk berubah.
  • Ia sangat mudah dibentuk dibandingkan dengan jenis-jenis lain.
  • Tersedia banyak jenis ukuran dan ketebalan.
  • Daya tahan terhadap cuaca lasak.
  • Tekstur yang halus pada permukaannya.

Ini kekurangan plywood:

  • Ketahanannya akan berkurang jika sering terkena dengan cahaya yang melampau.

Jenis Siling Gypsum

Siling gypsum merupakan satu siling yang sangat digemari oleh orang ramai kerana terkenal untuk bahagian dalman kediaman. Ramai yang menggunakan siling gypsum ini untuk menggantikan siling plywood.

Ini adalah kelebihan siling gypsum:

  • Pemasangan agak mudah.
  • Kos yang rendah

Ini adalah kekurangan:

  • Siling ini tidak menyerap bunyi dengan baik.
  • Mudah rosak jika sentiasa terdedah dengan air yang datang dari bumbung yang bocor.

Asbestos

Jenis siling Asbestos merupakan hasil campuran daripada pelbagai bahan seperti silica. Siling ini juga digubakan sebgai mumbung rumah.

Kelebihannya:

  • Mudah untuk dipasang.
  • Suasana dalam rumah akan rasa lebih nyaman.

Kekurangan:

  • Sangat berbahaya jika tersedut serpihannya yang tidak boleh dilihat.
  • Penggunaan dilarang di kebanyakan tempat kerana ia akan membahayakan kepada kesihatan.

PVC

Siling ini diperbuat daripada bahan plastik. PVC atau dikenali sebagai Polivynilchloride merupakan polimer yang bersifat lembut dan ringan. Tidak memerlukan kekemasan seperti cat.

Jenis siling 5

Ini kelebihannya:

  • Tahan daripada air.
  • Daya ketahanan lebih lama.
  • Mudah dibersihkan jika kotor.

Ini adalah kekurangannya:

  • Akan mengalami kerosakan jika sentiasa terkena haba panas.
  • Elakkan meletakkan lampu yang mengeluarkan haba yang itnggi.

Kayu atau Lambersering

Bahan binaan moden dan berteknologi menjadikan siling pelbagai jenis. Pendekatan reka bentuk dan pilihan individu membantu memilih penutup dari kadbod gypsum atau struktur yang bergantung. Jenis siling kayu ini sangat popular dan membuatkan rumah anda rasa selesa.

Jenis siling

Kelebihan siling kayu:

  • Pemasangan yang mudah tanpa bantuan pakar.
  • Dapat mengekalkan haba untuk jangka waktu yang lama.
  • Sifat semula jadi.
  • Penebat bunyi yang tinggi

Kekurangan:

  • Kerosakan kayu disebabkan oleh seranggan atau cendawan.
  • Kesukaran dalam perawatan.
  • Mengurangkan ketinggian bilik, tidak sesuai untuk bilik rendah.

Sekian itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco.

Jangan lupa untuk baca Alat ini dapat menjadikan kediaman anda semakin pintar.

Sumber Reddiamondhouse

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Disember 15, 2021
Dikemaskini pada
Disember 15, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram