Jenis-jenis Cat Epoxy Lantai Untuk Kediaman Anda

Ditulis oleh

Jubin mempunyai pelbagai jenis dan juga rekabentuk serta corak yang menarik. Tetapi tanpa jubin anda boleh mengupah atau DIY sendiri corak yang anda ingin dengan menggunakan cat epoxy. Epoxy ini mempunyai pelbagai jenis-jenis material cat yang digunakan untuk kediaman tertentu.

Jom kita ikuti dan mengenail beberapa material cat eopxy lantai yang ada didunia ini.

Jenis-Jenis Material Cat Epoxy Lantai Yang Ada Untuk Digunakan Pada Kediaman Anda

 

Thin Coat

 

jenis-jenis cat epoxy

Thin coat adalah satu lapisan yang nipis. Tujuan thin coat ini unutk menipiskan cat. Penggunaan ini digunakan terutamanya dalam industri salutan untuk mendapatkan hasil kemasan yang sempurna tanpa mempunyai gelembung dan ia juag bagus untuk meratakan cat dan salutan epoxy.

Self-Leveling

 

Jika dibandingkan dengan epoxy lain, jenis ini anda perlu keluarkan modal yang tinggi kerana kosnya agak tinggi sedikit berbanding dengan jenis epoxy lain.

Hasilnya permukaan menjadi licin dan sekata. Kelebihan jenis epoxy ini seperti rintangan haba dan anti gelincir. Kemasan ini selalu digunakan untuk lantai seperti di vendor.

Mortar

 

Mortar epoxy merupakan jenis dari hasil kombinasi bahan-bahan tambahan seperti pasir silika. Hasil daripada campuran tu manjadikan epoxy mortar ini lebih kuat. Kebanyakkan kilang akan menggunakan epoxy mortar ini untuk digantikan dengan konkrit supaya lebih tahan lama.

Anti-static / ESD Resistant Floor

 

jenis-jenis cat epoxy

ESD (Electrostatic discharge) ini direka untuk kegunaan dalaman yang mempunyai pendedahan kepada beban pengangkutan sederhana dan mampu menampung cas elektroststik seperti makmal komputer dan bilik yang mempunyai risiko pada letupan.

Epoxy Flake Floors

 

Epoxy flake adalah satu produk yang sangat sesuai untuk digunakan pada lantai konkrit dalaman rumah serta luaran. Epoxy jenis ini mampu untuk tidak memudahkan sesorang itu tergelincir atau jatuh.

Ia juga dapat menghasilkan satu lapisan yang kekal indah seperti lantai marmar atau batu granit. Selain itu, ia tidak mudah untuk terkelupas atau warna menjadi pudar.

Epoxy Solvent Based

 

jenis-jenis cat epoxy

Epoxy jenis ini merupakan epoxy yang mempunyai ketahanan yang bertahun-tahun. Ia juga memberikan prestasi yang baik serta tahan terhadap pencemaran seperti bahan berminyak.

Epoxy Primer

 

Epoxy primer ini merupakan satu lapisan asas yang menghasilkan kemasan yang tidak berlubang atau berliang. Epoxy jenis ini sesuai untuk digunakan pada bahan keluli.

Untuk pengetahuan jenis ini biasanya digunakan pada rangka atau bingkai pada kenderaan. Jika mempunyai permukaan yang kemek, epoxy ini boleh digunakan dan akan menjadikan permukaan kemek tadi seperti baru.

Epoxy Paste Fillers

 

Secara umumnya, epoxy fillers ini digunakan untuk menutup permukaan yang mempunyai lubang atau sambungan yang mempunyai ruang kosong. Epoxy fillers ini mesra kayu, konkrit, aluminum dan plastik.

Lem Epoxy

 

Lem epoxy ini adalah hasil campuran sintetik resin atau polimer epoxy dan harderner yang digunakan untuk menggabungkan atau memasang pelbagai permukaan yang sama atau berlainan. Ia juga boleh menahan daripada tekanan yang tinggi.

Sumber : Bondoflovers

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
November 25, 2021
Dikemaskini pada
November 25, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram