Idea Dekorasi Rumah Yang Baru

Ditulis oleh

Perasaan bila dah dapat beli dan miliki rumah sendiri tu memang sangatlah seronok dan kadang-kadang rasa macam dah tercapai matlamat hidup! Tapi alangkah menariknya jika kita pandai untuk membuat dekorasi sendiri di kediaman yang baru kita. Anda kekeringan idea? Jangan risau, melaui membacaan dibawah ini ia mempu membantu anda memberikan idea-idea yang fresh mengikut trend terkini. Perkongsian kali ini adalah dari Sweetamieda. Perkongsiannya adalah mengenai idea dekorasi rumah yang baru.

Jadi jom ikuti idea-idea menarik yang dikongsikan oleh wanita ini.

Idea Dekorasi Rumah :

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini nak berkongsi sedikit idea untuk dekorasi rumah terutamanya untuk teman-teman yang baru beli rumah. Macam pandai pula. Bukan nak tunjuk pandai tetapi hanya berniat untuk bagi sedikit tips berdasarkan pengalaman sendiri dulu.
Perkongsian pengalaman untuk kali ni lebih kepada pemilihan lampu, 'grill' rumah, 'kitchen kabinet', dan pergola/awning .
Ini teratak kecilku yang baru dibeli (lama dah beli ni  tahun 2011 siap dibina dan bermulalah proses dekorasi fasa pertama)
unsur kayu tu adalah tambahan sendiri untuk melembutkan dekorasi.Aku juga memilih 4 biji lampu 'downlight'  untuk dipasang di 'porch' kereta ni.

'Awning' pergola di hadapan rumah
'Awning' pergola di sisi rumah (sliding door ke2)
antara pilihan lampu yang kupilih
antara pilihan lampu yang kupilih
antara pilihan lampu yang kupilih
lampu luar rumah yang dilengkapi 'sensor' dan 'timer'
lampu 'downlight'
Inilah keseluruhan ruang tamu merangkap ruang rehat dan juga ruang makan hihi .kecik je. Di ruang ini aku memasang 10 lampu 'downlight' dan 2 'ceilling fan'. Serta ada satu lampu hiasan kristal
Aku juga menempah 'wrought iron grill' untuk kesemua 'sliding door ' dan pintu utama. Motif bunga yang dipilih ialah bunga 'helicornia'.
Kesemua suis di seluruh rumah ditukar kepada suis jenis ini.
Aksesori Rak kaca dari Sorento
'built -in wardrobe' di bilik utama daripada kayu nyatuh
Katalog pilihan warna wardrobe ;i choose rose white (modern)
bilik utama yang telah dilengkapi langsir jahitan 'french pleat'
bilik ke-2 (rumah ni mempunyai 4 bilik tidur )
pilihan warna putih untuk ruang dapur yang sempit bagi memberi ilusi yang lebih luas. Material kitchen kabinet : Glass and aluminium . Aku juga memilih 'wooden blinds' untuk dekorasi tingkap dapur
Ruang paling kanan adalah untuk peti ais
Door stop with holder' yang mempunyai dwifungsi; sebagai penyendal pintu dan juga tempat penyangkut
Dinding ruang rehat dihiasi 'wallpaper'
Pemasangan cermin hiasan di dinding sebagai pelengkap gaya dan memberi kesan ilusi yang lebih luas kepada sesuatu ruang.

Itu sahaja sedikit perkongsian untuk hari ini. Moga dapat memberi manfaat kepada semua.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Ogos 26, 2020
Dikemaskini pada
Ogos 26, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram