DIY Rak Buku Yang Cantik Menggunakan Barang Terpakai

Ditulis oleh

Bila sebut je nama Puan Norpadilah Binti Afandi ni, secara automatik akan teringatkan dengan projek-projek DIY ala-ala farmhouse beliau yang begitu kreatif dan cantik. Mana taknya, idea yang dicurahkan oleh beliau sangatlah kreatif dan apa yang lebih penting puan Norpadilah hanya menggunakan barang terpakai sahaja untuk projek DIY beliau.

Apa yang min nak bagitau, sekiranya anda ada minat dalam mendeko atau men"DIY" ini, Puan Norpadilah adalah contoh sesuai yang anda boleh ikuti kerana beliau tidak perlu membeli barang-barang baru pun dan hanya sekadar barangan terpakai sahaja sudah cukup buat beliau untuk meneruskan minatnya.

Terbaru, beliau ada berkongsi cara-cara untuk DIY rak buku ataupun boleh dijadikan sebagai Side Table. Menerusi perkonsian beliau, himpunan laci tersebut hanya di ambil di tempat barangan terpakai sahaja. Menarik bukan projek yang dibuat ni. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada beliau.

DIY Idea Rak Buku Menggunakan Bahan Terpakai

Idea Recycle Laci Terpakai.
DIY Side Table / Book Rack
Minggu lepas dapat rezeki terpijak....encik suami yg baik hati bawak kita ke lubuk laci terpakai, dah macam jumpa lombong emas.
Dari situ dapat la timbunan laci terpakai yg papannya masih kukuh dan solid. So....ini first projek yang kita share dari himpunan laci tu...dan akan kita share lagi lepas ni beberapa idea yg tak seberapa untuk recycle semua laci terpakai jadi peralatan rumah. Moga ada manfaat
HappyDiyCrafters
Total kita guna 3 buah laci terpakai, bahagian depan laci kita buang sbb kayu campuran habuk papan yg dah rosak.
Satu bahagian tutup habis, buat side table rustic mcm ni.
Satu bahagian buat rak buku mcm ni.
diy rak buku
Nota Tambahan : Boleh je nak letak roda untuk mudah alih. Kita belum boleh pasang roda takut anak kecik buat free ride dalam rumah.
Gosok sikit permukaan guna kertas pasir utk smooth kn dia sblm sapu cat. Kita guna shellac seamaster woodfinish kod meranti. Kaedah sapuan guna kain buruk je untuk dpt sapuan yg light je.
diy rak buku
Hasil kejadiannya, sungguh cantik dan boleh dijadikan sebagai tempat menyimpan bahan bacaan selepas ini.
diy rak buku
Setakat itu sahaja perkongsian daripada beliau. Min berharap agar perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca di luar sana.
Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Oktober 15, 2020
Dikemaskini pada
Oktober 15, 2020

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram