Waktu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan, ramai yang dilihat tidak begitu kreatif kerana sibuk dengan kerja masing-masing. Namun semasa PKP dijalankan, kita boleh melihat betapa kreatifnya rakyat Malaysia ini dalam mengisi waktu lapang mereka. Ada sesetengah orang yang mencipta minuman kopi Dalgona, ada yang mula menceburi dalam bidang seni jahit, ada yang berkebun, ada yang sudah mula bersenam di dalam rumah masing-masing dan banyak lagi yang telah viral di media sosial. Perkongsian kali ini adalah mengenai hasilkan diy dangau untuk keluarga tercinta.
Bagi yang terlebih kreatif, ada yang renovate seluruh bahagian rumah kerana terlalu banyak idea yang ingin diketengahkan. Walaupun habis banyak wang, namun ianya bukan menjadi satu penghalang buat mereka untuk menjadi lebih kreatif. Seperti yang dikongsikan oleh Nursuhaida Rosdin di mana ayahnya telah berjaya membina serta menghiaskan sebuah dangau yang kelihatan sangat cantik yang dihiasi dengan kayu-kayu antik di sekelilingnya. Buat pengetahuan anda, dangau bermaksud pondok kecil tempat untuk beristirehat ataupun tempat untuk menunggu durian luruh. Mari kita lihat antara koleksi hiasan dangau yang dibina oleh ayah kepada Nursuhaida Rosdin ini.
Dangau PKP ayah cheq. Ayah
Rusdin Daudseorang yg tak reti dok diam, super duper kreatif. Ada ja idea dlm kepala dia.
Masa PKP mula2 dikuatkuasa pada 18 Mac aritu, bermula la idea dia buat dangau tepi rmh. Semua kayu2, rotan, atap daun langkap dia amik kat hutan blkg rmh. Semua guna kederat dia dan dibantu mak.
Kalo tgk keseluruhan dangau ni, memang bukan kaleng-kaleng. Antik dan penoh seni. Amat bernilai kurniaan Allah kat ayah.
Alhamdulillah, beruntung kami anak cucu dapat merasa suasana mcm ni. Dangau ni dah jadi tempat liburan kami sekeluarga. Tenang, damai, sejuk
[foogallery id="3058"]