DIY Wall Bouquet Hanya Guna Tudung Saji Terpakai

Ditulis oleh

Apabila pulang ke kampung halaman, barangan ini sering kali dilihat di ruangan dapur milik ibu ayah ataupun atuk dan nenek. Barang ini sangat penting di kalangan kaum perempuan kerana ianya berfungsi untuk menutup hidangan daripada terus dihinggapi lalat atau terkena habuk serta kotoran-kotoran dari persekitaran rumah. Haa anda pasti tertanya-tanya apakah barangan yang min tulis ni kan? Perkongsian kali ini adalah dari . Perkongsiannya adalah mengenai diy wall bouquet hanya guna tudung saji terpakai.

Untuk pengetahuan anda, barang yang min tulis itu adalah Tudung Saji. Pada zaman dulu, kegunaan tudung saji sangatlah meluas dan hampir setiap rumah yang kita melawat akan ada tudung saji ini kerana banyak kegunaan yang boleh dibuat. Namun, sejak akhir-akhir ini, tudung saji kian tidak mendapat tempat serta ramai yang sudah tidak menggunakan barangan tersebut di rumah masing-masing.

Walaupun begitu, tudung saji yang tidak digunakan itu janganlah dibuang kerana banyak kegunaan yang anda boleh buat sebagai tempat menyimpan barangan dapur. Selain itu, anda juga boleh men"DIY" menghasilkan tempat untuk menggantung bunga seperti yang telah dilakukan oleh Puan Norpadilah Binti Afandi ini. Sebelum ni min ada tulis berkaitan beliau yang berkongsikan cara untuk DIY dengan menggunakan tempurung kelapa sahaja. Kali ini pula beliau ada berkongsikan cara untuk DIY dengan menggunakan tudung saji pula. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada beliau.

DIY Wall Bouquet Mudah Dan Senang :

DIY Wall Bouquet
Dari tudung saji terpakai.
Tudung saji ni usianya lebih kurang 8 tahun dah,berlubang sana sini. Kalau guna jugak memang buat cik lalat gelakkan kita je la nak buang mmg kita ni sejenis penyayang orgnya
Untuk menghargai jasa2 si saji ni kita abadikan dia di dinding polos kita...disitu dia as my humble creation
Step by step di caption. Sekadar idea buat penuhkan dinding
HappyDIYCrafters
Langah-langkah :
1. Anda semestinya memerlukan tudung saji untuk membuat projek ini.
2. Potong dua tudung saji macam ni. Untuk memotong, anda disarankan menggunakan mesin pemotong kayu dan anda hendaklah berhati-hati semasa proses memotong ini.
3. Staple pada sekeping plywood yang dipotong mengikut saiz tudung saji tadi. Guna staple gun yang besar(rujuk gambar di bawah) sebab dawainya lebih kukuh.
4. Nota tambahan : Anda boleh untuk menggunakan cat shellac untuk kelihatan lebih rustic.
Dah siap, sekejap je kan dan yang paling penting mudah sahaja untuk membuat DIY ini. Lepas dah siap tu, anda boleh gantungkannya di mana-mana saja yang anda inginkan. Min yakin ruang rumah anda makin kelihatan berseri-seri dengan adanya "Wall bouquet" ini.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca di luar sana.

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Oktober 24, 2020
Dikemaskini pada
Oktober 24, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram