Apabila pulang ke kampung halaman, barangan ini sering kali dilihat di ruangan dapur milik ibu ayah ataupun atuk dan nenek. Barang ini sangat penting di kalangan kaum perempuan kerana ianya berfungsi untuk menutup hidangan daripada terus dihinggapi lalat atau terkena habuk serta kotoran-kotoran dari persekitaran rumah. Haa anda pasti tertanya-tanya apakah barangan yang min tulis ni kan? Perkongsian kali ini adalah dari . Perkongsiannya adalah mengenai diy wall bouquet hanya guna tudung saji terpakai.
Untuk pengetahuan anda, barang yang min tulis itu adalah Tudung Saji. Pada zaman dulu, kegunaan tudung saji sangatlah meluas dan hampir setiap rumah yang kita melawat akan ada tudung saji ini kerana banyak kegunaan yang boleh dibuat. Namun, sejak akhir-akhir ini, tudung saji kian tidak mendapat tempat serta ramai yang sudah tidak menggunakan barangan tersebut di rumah masing-masing.
Walaupun begitu, tudung saji yang tidak digunakan itu janganlah dibuang kerana banyak kegunaan yang anda boleh buat sebagai tempat menyimpan barangan dapur. Selain itu, anda juga boleh men"DIY" menghasilkan tempat untuk menggantung bunga seperti yang telah dilakukan oleh Puan Norpadilah Binti Afandi ini. Sebelum ni min ada tulis berkaitan beliau yang berkongsikan cara untuk DIY dengan menggunakan tempurung kelapa sahaja. Kali ini pula beliau ada berkongsikan cara untuk DIY dengan menggunakan tudung saji pula. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada beliau.
DIY Wall BouquetDari tudung saji terpakai.
Tudung saji ni usianya lebih kurang 8 tahun dah,berlubang sana sini. Kalau guna jugak memang buat cik lalat gelakkan kita je la nak buang mmg kita ni sejenis penyayang orgnyaUntuk menghargai jasa2 si saji ni kita abadikan dia di dinding polos kita...disitu dia as my humble creationStep by step di caption. Sekadar idea buat penuhkan dinding
HappyDIYCrafters