Sekiranya anda pernah atau sedang duduk di rumah yang mempunyai ruangan yang terhad, sudah pasti anda akan mengalami kesukaran untuk menyusun barangan perabot. Sekiranya anda tersalah meletakkan perabot ke ruang yang salah, sudah pasti ianya akan mengganggu pergerakan kita di rumah.
Oleh itu, penggunaan meja lipat atau pun lebih dikenali sebagai "Foldable Table" merupakan salah satu idea yang begitu praktikal. Kediaman Puan Farah Fauzana Ismail ini telah memberikan idea menarik dengan membuat sendiri DIY meja lipat dengan tujuan untuk memudahkan proses pembelajaran anak-anaknya.
Lebih menarik apabila beliau ada berkongsikan cara-cara untuk DIY meja lipat ini. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada beliau.
1. Gambar di bawah merupakan meja asal anaknya.
2. Apa yang diperlukan hanyalah papan meja sahaja. Maka, anda perlu membuka dahulu segala jenis skru dan bracket yang ada di situ.
3. Alaskan permukaan meja tersebut dengan wallpaper kerana rupa asalnya yang tidak begitu sesuai untuk membuat hiasan.
Nota Tambahan : Bagi pemilihan wallpaper, ianya terpulang kepada kreativiti masing-masing dan disarankan untuk memilih wallpaper berwarna putih kerana ianya sukar untuk dibersihkan lebih-lebih lagi apabila anak-anak anda yang belajar di meja study tersebut.
4. Sekiranya anda tidak pasti bagaimana rupa adjustable bracket itu, anda boleh rujuk gambar di bawah. Adjustable bracket ini dijual sepasang dan harganya sekitar RM13.90 sahaja.
5. Seterusnya, pasang bracket tersebut di kedua dua bahagian belakang permukaan meja study.
6. Ukur dan tanda mengikut ketinggian serta keselesaan anak-anak anda. Selepas siap tanda, anda hanya perlu drill lubang dan pasang bracket ini di lubang yang sudah ditebuk.
Tadaa dah siapp.
Info Tambahan :
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca di luar sana. Selamat mencuba.
Kredit : Farah Fauzana Ismail