Kalau nak beli sofa baru boleh tahan tinggi juga harganya. Apa salahnya kalau kita cuba untuk diy sendiri sofa cleopatra ini. Dah la cantik lepastu memang jimat bajet. Almaklum lah guna bahan terpakai sahaja. sapa jer yang tak nak kan dapat kerusi yang cantik dan murah. Perkongsian kali ini adalah dari Mastura Mohd Yusoff. Perkongsiannya adalah mengenai diy kurusi lama kepada baru.
Hanya berbekalkan tenaga dan minat jer, semua benda boleh jalan. Yang kata tak de masa untuk semua ini hanya alasan jer bak kata pepatah "nak seribu daya tak nak seribu dalih". Pepatah ini memang sesuai lah kalau kita gunakan untuk situasi ini. Kalau kita nak melakukan sesuai tu perkara itu, kita sebenarnya memang boleh lakukannya walaupun dalam keadaan busy macam mana pon. Kita akan curi masa untuk buat sesuatu perkara tu. Seperti kakak ini, beliau sangat kreatif dalam membuat tranformasi sofa menggunakan kerusi terpakai walaupun busy kerja-kerja lain.
Jadi tanpa terlengah lagi mari kita ikuti perkongsian menarik wanita ini :
Assalamualaikum salam sejahtera sahabat semua. Sekali lagi jumpa 2 kerusi meja makan yanag orang buang. Saya kutip dan jadikan sofa kayu ni. Cuma beli kain, spray clear dan span je. Span tu, saya guna span tebal 8mm dan lapis kan 4 keping.
Di sini saya ada tunjuk kan step by step cara untuk membuat nya ya. Siapa-siapa yang ada kerusi meja makan yang dah tak elok tu, jangan ia dibuang. Boleh la buat sofa kayu ini.
1.Bersihkan kerusi dan buang alas tempat duduk kemudian potong kaki kerusi di bahagian hadapan seperti dalam gambar.
2. Sambung kedua-dua biji kerusi dengan menggunakan kayu yang mempunyai lebar hampir sama dengan bingkai kerusi. Kemudian pakukan.
3.Potong separuh bahagian penyandar. Pastikan ketinggian tempat potong tu sama. Kalau tak nak potong pun tak jadi masalah. Tapi sisi kerusi ini akan jadi lebih tinggi.
4. Dah potong penyandar, kemas dan bentuk kan semula bahagian tersebut supaya lebih cantik dan menarik. Saya ambil dari bahagian bertanda 'X' sebagai ganti.
5. Untuk alas tempat duduk, saya gunakan playwood tebal. Kemudian playwood tadi saya letakkan 4 keping span 8mm dan balut kan dengan kain.
6. Nak nampak lebih cantik saya buat lekuk-lekuk pada permukaan span dengan menggunkan skru dan tampalkan butang di atas skru tadi.