Diy Kipas Aircond Yang Sejuk Seperti Aircond Baru Dibeli

Ditulis oleh

Cuaca yang tidak menentu melanda Malaysia ini amatlah membimbangkan, sekejap panas terik sekejap hujan lebat. Justeru membuatkan badan kita berada tidak normal dan mudah berpeluh. Hal ini disebabkan cuaca panas terik yang membuatkan anda mudah berpeluh

Apabila berpeluh, anda cenderung untuk mencari aircond untuk menyejukkan badan anda. Tetapi pada masa sama anda sangat risau dengan bil elektrik yang makin meningkat.

Namun, anda jangan risau lagi kerana min akan kongsikan beberapa langkah untuk anda ikuti dalam cara untuk DIY kipas berdiri di rumah anda lalu jadikan ia sejuk seperti sebuah aircond yang baru dibeli. Anda hanya perlu guna 3 bahan sahaja.

3 Bahan Utama Untuk Lakukan DIY Kipas Aircond

Hari ini saya ingin kongsikan kepada anda macam mana untuk lakukan DIY kipas aircond yang senang dan jimat

Bahan-bahan yang diperlukan

Hanya 3 Bahan yang diperlukan iaitu 2 botol minuman, pisau yang tajam dan jugak dawai besi sedikit saja yang diperlukan. Kipas stand merupakan bahan WAJIB yang perlu ada. Kalau tak, DIY ni tak dapat dijalankan.

DIY Kipas Aircond

Anda perlu potong bahagian bawah botol tersebut dengan berhati-hati supaya tidak terkena jari anda. Potongkan ia seperti lubang pintu dan jangan potong sampai terputus

Buatkan lubang pada botol yang sudah dipotong. Untuk memudahkan kerja anda, gunakan paku yang panas.

DIY Kipas Aircond

Gunakan sedikit dawai lalu ikatkan ia pada botol di belakang kipas .

Ini adalah hasil selepas anda sudah mengikat botol di belakang kipas.

DIY Kipas Aircond

Seterusnya, masukkan beberapa ketulan ais ke dalam botol tersebut. In sya Allah ianya akan tahan sejuk selama 3-4 jam.

Sekiranya ketulan ais tadi telahpun cair, buka penutup botol dan keluarkan ais yang cair tersebut. Masukkan ketulan ais yang baru.

DIY Kipas Aircond

Selain menjimatkan bil elektrik rumah, anda juga boleh cuba tips ini ketika balik beraya di kampung halaman ataupun di kampung mertua anda. Dengan ini, anda pastinya lebih disayangi oleh mertua anda.

Selamat Mencubaaa  ^_^

Kredit : Sihat Secara Fitrah

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Ogos 6, 2020
Dikemaskini pada
Ogos 6, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram