Jam dinding adalah hiasan yang sempurna untuk hampir setiap bilik. Hal ini demikian adalah kerana peranan jam dinding itu sendiri. Jam dinding dapat membantu anda menguruskan masa dengan baik.
Pada masa yang sama, ia juga berfungsi sebagai hiasan untuk ruang tertentu itu. Di sini, kami ingin kongsikan satu idea diy jam dinding yang amat mudah hasil sumbangan Nurfatin Liyana Mohd Noor. Hasilnya memang menarik, unik, dan nampak mewah!
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
CARA-CARANYA:
1. Spray chopstick dan garfu.
Mula-mula, spray kan chopstick dan garfu plastik dengan warna hitam. Kalau nak warna lain pun boleh. Terpulang pada kreativiti anda.
2. Begini hasilnya. Tunggu ia kering.3. Lekatkan chopstick.
Seterusnya, tandakan sedikit tempat untuk kita gamkan chopstick tadi pada belakang jam. Ikut kedudukan nombor 1 hingga 12.
4. Lekatkan garfu plastik.
Seterusnya, lekatkan garfu plastik tadi di antara 2 chopstick.Yang ini kedudukannya lebih kurang agak-agak pun boleh. Kalau nak tanda pun boleh juga.
5. Biarkan kering sekejap. Nampak cantik kan? Kejap, belum siap lagi
6. Bubuh manik
Akhir sekali, kita make-up kan sikit dengan manik biar nampak cantik dan mengerlip. Tampalkan juga dengan gam tembak tadi. Kalau nak gunakan kepingan cermin atau apa-apa bahan lain pun boleh.
7. Hasilnya.
Bolehlah gantungkan di ruang yang sesuai.
Ternyata, walaupun tanpa modal yang tinggi, idea dekorasi ini berjaya menaikkan lagi seri ruang rumah anda.
Mudah saja nak buat, kan? Selamat mencuba!
Kredit: Nurfatin Liyana Mohd Noor