DIY Globe Terpakai Jadikan Bekas Hiasan

Ditulis oleh

Sudah menjadi kebiasaan apabila kita mendengar nama wanita ini iaitu Puan Norpadilah binti Afandi dalam bidang Do It Yourself (DIY). Hal ini kerana sudah banyak barang yang sudah di DIY oleh beliau dan barangan tersebut sangatlah kreatif kerana tak terpikik dek akal untuk kita membuatkannya. Perkongsian pada kali ini adalah mengenai diy globe terpakai jadikan bekas hiasan.

Terkini, beliau ada berkongsikan cara-cara untuk DIY globe terpakai daripada sebiji globe kepada 4 barangan keperluan dapur dan dekorasi rumah. Perkongsian ini telah dikongsikan menerusi laman media sosial Facebook Page Giler Deco.

Antara 4 barangan yang telah di DIY dari globe terpakai oleh beliau adalah tempat untuk dijadikan bekas tisu, tapak frame gambar, bekas makanan ringan, tempat untuk menggantung pasu. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada Puan Norpadilah.

DIY Globe Terpakai :

Salam PKPB

Sharing kita kali ni, tentang globe kita yang bertukar jadi bebola sakti. Kreatif sangat anak cucu kita. Tak puas tengok peta pusing-pusing dibukak. Dibentang pulak ke lantai kasik rata. Dari sebiji globe ni kita buat beberapa diy untuk repurposed kepada barang keperluan dapur dan dekorasi.

 

1. Tissue holder
2. Tapak frame gambar
3. Bekas makanan ringan
4. Pasu gantung
Happy Diy Crafter!

Langkah-Langkah DIY Semula Globe Terpakai :

1. Untuk membuat projek ni, anda semestinya memerlukan globe yang tidak digunakan lagi.

2. Buka globe seperti ini. Ada 3 item untuk dilakukan semula.

3. Pemegang globe kita pasangkan skru hook macam ni. Masukkan wall plug dalam lubang pemegang, adjust sikit untuk bagi muat.

4. Lepas dah siap pasangkan skru pada hook tersebut, anda boleh meletakkan tisu pada canguk pemegang globe ini dan sudah siap.

DIY Globe Terpakai

5. Untuk membuat tapak frame pula, pasangkan ice cream stick pada tapak globe tersebut dan lekatkan frame gambar dengan hotglue.

DIY Globe Terpakai6. Potong globe tersebut menjadi separuh menggunakan pemotong seperti ini.

7. Lapiskan globe tersebut dengan kain guni. Untuk lapiskannya, anda disarankan untuk guna hotglue gun supaya tahan lama.

DIY Globe Terpakai8. Campurkan dia dengan kaki sofa lama kita, buat bekas jajan dekat dapur.

9. Lagi sebelah globe  kita pasangkan chain, buat pasu gantung. Sangat cantik tau.

DIY Globe TerpakaiSekiranya anda mengingikan lagi perkongsian yang menarik daripada kami, anda boleh ikuti kami di Facebook page Giler Deco ataupun ke Facebook Group Giler Deco.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
November 24, 2020
Dikemaskini pada
November 24, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram