Setiap masa kita sudah pasti akan menggunakan mesin basuh untuk mencuci pakaian keluarga kita. Lebih-lebih lagi apabila tibanya musim tengkujuh ini, sudah pasti kita akan lebih banyak menggunakan mesih basuh untuk membasuh pakaian yang basah. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara untuk bersihkan mesin basuh sampai berkilat.
Walaupun begitu, apabila tersangat kerap digunakan, sudah pasti mesin basuh tersebut akan menjadi berkeladak dengan air kotoran yang hitam serta sisa-sisa kotoran dari mesin tersebut.
Jangan risau kerana setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Perkongsian daripada Khairul Abdullah ini boleh dijadikan panduan bagaimana ingin cuci mesin basuh dengan mudah, cepat dan paling penting menjimatkan. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripadanya.
Saya cuci mesin basuh ni setiap 2-3 minggu sekali.
1. Masukkan setengah cawan baking soda ke dalam tub/drum, dan masukkan 1 cawan cuka ke dalam bahagian sabun pencuci tu. Set “clean tub” kalau ada atau set pada basuhan yang paling lama sekali.
Kalau mesin yang ada setting air panas maka set air paling panas, dan biarlah dia berpusing-pusing tanpa kain baju dalam tu. Dah siap basuh buka penutup dan biarkan.
2. Kalau ada bleach klorox tu boleh buat satu round lagi. Masukkan setengah cawan bleach dalam tempat sabun tu dan basuh dengan air panas atau set basuhan yang paling singkat dan biarkan.
Artikel berkait :