Cara Tukar Langsir Lama Jenis Hook Kepada Eyelet Ring

Ditulis oleh

Nak tukar langsir dari jenis hook ke eyelet, tapi sayang pula nak buang langsir lama. Tambahan pula langsir jenis eyelet mahal. Tidak jadi masalah, langsir lama itu kita boleh ubah jadi langsir eyelet. Langsir jika anda pandai dan tahu cara menggayakan dan dipasang dengan cara betul memang cantik rumah anda. Cuma biasanya orang di malaysia ini suka memberi langsir mengikut tahun dan tidak cuba untuk melakukan diy langsir yang telah lama. Perkongsian kali ini adalah dari saudara Nor Salehan Jamaludin. Perkongsiannya adalah mengenai cara tukar langsir lama jenis hook kepada eyelet ring.

Nak tahu bagaimana cara mudah untuk pasang eyelet ring pada langsir? Ayuh ikuti langkah-langkah mudah dibawah ini.

Cara Tukar Langsir Lama Kepada Gaya Baru :

 

 Langkah-langkah :

Pastikan anda membeli ring yang bersesuaian dengan saiz langsir rumah anda. Anda boleh baca dibawah untuk info yang lebih lanjut.

  1. Beli ring secukupnya mengikut rekabentuk yang sesuai dengan corak atau longsir langsir.
  2. Lukis bulatan mengikut saiz dalam eyelet ring seperti dalam gamabr dibawah:

  3.  Gunting bahagian yang telah dilukis tadi seperti gambar dibawah:

  4. Masukkan ring di bahagian bawah terlebih dahulu sehingga betul-betul kemas.

  5. Pasangkan ring di bahagian hadapan pula dan tekankan sehingga kemas.

  6. Dan inilah hasilnya:
    Cantik bukan hasil yang diperoleh? Dari langsir yang kelihatan lama dan lusuh tadi terus kelihatan seperti langsir baru.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada perkongsian kali ini. Diharap perkongsian kali ini dapat memberi inspirasi dan idea kepada anda dalam cuba untuk melakukan diy langsir lama seperti ini. Diharap perkongsian kali ini bermanfaat kepada anda. Selamat mencuba untuk melakukan diy langsir seperti ini.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Julai 20, 2020
Dikemaskini pada
Julai 20, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram