Cara Memohon Pembacaan Semula Meter

Ditulis oleh

Sejak PKP berlangsung pada pertengahan bulan Mac yang lepas ramai yang merungut kerana mendapati bil eletrik mereka melebihi kadar biasa. Sehinggakan ada yang sampai beratus-ratus. Jika sebelum ini hanyalah puluh-puluh lain pula ketika pandemik covid-19 ini. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara memohon pembacaan semula meter.

Kenapa banyak sebenarnya? Hal tersebut kerana pihak TNB tidak boleh datang ke rumah-rumah dan tidak boleh melakukan pembacaan meter. Mereka hanya mengira dengan tariff lain. Jadi bagi pihak yang mendapati bil mereka lebih banyak daripada kadar biasa, anda boleh mohon pembacaan semula meter dengan cara ini.

Berikut adalah Cara Memohon Pembacaan Semula Meter :

Langkah 1

Download apps myTNB melalai aplikasi google yang selalu anda gunakan iaitu googleplay. Jika anda pengguna Ios anda hanya perlu download di aplikasi apple apps store anda. Mudah sahaja pastikan internet anda kuat sebelum download ya.

 

Langkah 2

Daftar apps menggunakan nombor akaun di bill lama. Anda boleh rujuk bill sebelum ini untuk mendapatkan nombor akaun bil lama. Cukup simple dan mudah.

Langkah 3

Tekan show more untuk buka ruangan feedback. Anda wajib tekan pada bahagian ini.

Langkah 4

Apabila sudah membuat langkah seperti yang tertulis diatas, anda perlu tekan submit feedback.

Langkah 5

Selepas itu, Anda perlu tekan give us feedback.

Langkah 6

Tulis pembacaan semula meter dan lampirkan bacaan semasa meter di rumah anda seperti didalam gambar dibawah ini.

Langkah 7

Pegawai TNB akan whatsapp nombor  yang didaftarkan di apps setelah selesai pembacaan semula dilakukan.

Tambahan:

Upload dalam lampiran photo di ruangan feedback

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk kali ini. Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda. Terima Kasih

Sumber: Facebook Faris Harun

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Mei 28, 2020
Dikemaskini pada
Mei 28, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram