Cara Mudah Hilangkan Kesan Conteng Dinding

Ditulis oleh

Dinding selalu diconteng oleh anak-anak tetapi pening dan keliru macam mana nak selesaikan masalah dinding rumah anda yang kotor itu. Jangan risau, Giler Deco akan kongsikan cara yang mudah untuk menghilangkan kesan conteng pada dinding rumah anda.

Anda hanya memerlukan 3 bahan ini saja untuk menghilangkan kesan contengan pada dinding rumah anda. 3 Bahan itu ialah Soda Bikarbonat, Ubat Gigi dan juga Cuka.

Daripada 3 bahan tersebut, anda hanya perlu ada salah satu daripada 3 bahan sahaja iaitu soda bikarbonat, ubat gigi, dan cuka masakan. Jom ikuti perkongsian daripada Norhada Azhar ini untuk cara menghilangkan kesan contengan pada dinding rumah dengan mudah dan cepat

3 Bahan Utama Cara Menghilangkan Kesan Conteng Dirumah :

Anak-anak ni sangat berseni. Makin di larang bagai di suruh. Penghasilan mural yang tiada tolak bandingnya. Kreatif sangat.

Meh kak De kongsi cara DIY mudah untuk hilangkan mural cantik pada dinding. Alahai anak. Membesar ah kamu dengan sihat.

Senarai 3 Bahan Utama :

1. Bahan Pertama - Cuka Masakan :

Selain digunakan untuk diletakkan dalam masakan, cuka juga berfungsi untuk membersihkan kesan conteng yang terdapat di dinding-dinding rumah. Anda hanya perlu tuangkan cuka tersebut menggunakan kertas tisu atau kain lap dan sapukan ia di dinding yang terdapat kotoran tersebut.

cara menghilangkan kesan conteng2. Bahan Kedua - Soda Bikarbonat :
Gunakan kain yang bersih ataupun span dan celupkan soda bikarbonat ini yang telah dicampur dengan air. Selepas itu, sentalkan kain tersebut secara perlahan-lahan pada dinding yang diconteng sehingga hilang kesan conteng tersebut.
cara menghilangkan kesan conteng
3. Bahan Ketiga - Ubat Gigi :
Letakkan sedikit ubat gigi pada berus gigi yang tidak digunakan. Kemudian berus dinding yang diconteng secara cermat lalu bilaskan ia dengan air ataupun kain yang lembap. InsyaAllah cara ini mampu menghilangkan kesan-kesan pensil warna ataupun permanent marker di dinding yang telah diconteng.
Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Julai 26, 2020
Dikemaskini pada
Julai 26, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram