Anda pasti rasa kurang selesa melihat rumah dalam keadaan berselerak bukan? Tapi ketandusan idea bagaimana cara untuk menyimpan barang-barang atau pakaian supaya kelihatan lebih tersusun. Perkongsian pada kali ini adalah dari My Wee Adobe. Apa kata ikuti cara mudah hasilkan rak cantik ini.
Tidak boleh dinafikan, faktor persekitaran juga sebenarnya memberi kesan kepada emosi seseorang. Kawasan persekitaran yang kemas dan tersusun sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk lebih tenang apabila berada di rumah.
Baru lah anda boleh aplikasikan konsep 'rumahku syurgaku' hehe. Ayuh kita ikuti perkongsian ibu ini dalam menyediakan beberapa 3 alat utama yang mampu menghasilkan rak yang cantik dan sangat unik ini.
3 Bahan Utama yang digunakan untuk meghasilkan rak bakul ini adalah:
Setelah siap dipasang, boleh lah anda susun baju atau barang-barang anda dalam rak ni. Pasti menarik bukan? Mungkin ada juga yang lebih gemar untuk letak tuala dalam rak ni kerana simple dan mudah letak tetapi ad juga yang kurang berminat dengan cara diy ini.
Tapi terpulang pada anda juga lah, nak susun baju atau barang-barang lain yang sesuai menggunakan rak ni. Mungkin barang lain tu contohnya seperti barang make up dan sebagainya.
Selain daripada pasang dalam bilik tidur atau ruang tamu, kalau anda nak pasang dalam bilik air pun boleh juga.
Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk perkongsian pada kali ini. Diharap dengan perkongsian yang menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari idea dan sumber inspirasi untuk melakukan diy bagi mencantikkan rumah kediaman anda.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. Selamat mencuba.