Cara Mudah DIY Rak Baju Simple Guna Barang Bajet

Ditulis oleh

Mesti anda sakit telinga kan bila selalu sahaja dengar mak anda membebel sepanjang masa sebab tak simpan baju di tempat yang sepatutnnya. Masalahnya adalah rak untuk menyimpan baju sudah penuh dan padat dan tiada tempat lagi untuk kita letak baju tersebut. Perkongsian pada kali ini adalah mengenai cara mudah diy rak baju simple guna barang bajet.

Kalau hendak beli bakul yang baru nanti akan bertambah banyak bakul dirumah. Sekaligus membuat rumah kita nampak bersepah dan tidak akan terurus. Jadi, apa kata kita buat DIY sendiri rak baju versi moden.

Sebagai anak yang cakna dan prihatin , Giler Deco hari ini ingin berkongsikan idea dari Juriah Sidek dalam membuat diy rak baju bertingkat dan hasilnya sangat berguna dan mampu memuaskan hati mak anda.

Cara Mudah DIY Rak Baju Simple Guna Barang Bajet :

Janji kemas.

Murah tak semestinya tak berguna, mahal tak semestinya sempurna, Diy sendiri dari 20 biji bakul, 1 paket cable tie dan 2 biji bakul kecil..

Bahan-Bahan yang diperlukan :

  • Bakul bersaiz besar (bilangan bakul bergantung kepada keperluan anda. Contohnya 10 biji atau 20 biji bakul).
  • Bakul bersaiz kecik (bilangan bakul bergantung kepada keperluan anda. Contohnya 10 biji atau 20 biji bakul).
  • 1 paket cable tie.
  • Pisau ataupun gunting.

Langkah-langkah Membuat DIY Rak Baju : 

DIY Rak BajuLangkah 1

Kiri dan kanan sisi bakul itu dipotong supaya menjadi bentuk tingkap. Ruang yang dipotong ini akan digunakan untuk tempat penyimpanan baju kelak.

P/s : Untuk memudahkan anda semasa proses memotong itu, panaskan pisau itu terlebih dahulu tetapi hati-hati agar pisau yang panas itu tak terkena di tangan anda.

[foogallery id="2637"]

Langkah 2

Ulang langkah di atas dengan menggunakan bakul yang lain.

DIY Rak BajuLangkah 3

Ikat bakul yang telah dicantum menggunakan cable tie. Ikat kedua dua bakul itu menggunakan cable tie .

Langkah 4

Lebihan cable tie yang telah dicantum itu dipotong. Lakukan ia terhadap semua bakul yang diikat. 

DIY Rak BajuHasil Akhir

Siap! hasilnya pasti akan memuaskan hati anda semua. Betul, sebiji macam rak baju dan anda boleh pindahkannya sesuka hati anda.

DIY Rak BajuItu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Julai 29, 2020
Dikemaskini pada
Julai 29, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram