Remote control selalu hilang? Hari ini kami ingin kongsikan cara DIY sendiri rak guna lebihan casing penghawa dingin. Hal ini kerana salah satu objek yang sering hilang ketika diperlukan ialah alat kawalan atau remote control jauh televisyen ataupun pendingin hawa.
Sekejap ada atas meja, sekejap hilang ‘ditelan’ sofa. Silap hari bulan, ada masanya boleh ‘terbang’ ke dapur.
Bagi rumah yang ada anak kecil pula, kadangkala alat ini pun menjadi permainan mereka. Semuanya berpunca apabila tiada ruangan khas untuk meletakkan alat kawalan ini yang jauh daripada capaian anak-anak.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Encik Aidil Azhar berkongsi tips digunakannya untuk menghasilkan sendiri rak alat kawalan jauh. Apa yang menariknya, beliau menggunakan lebihan casing pendingin hawa sahaja untuk membuat rak berkenaan. Jimat.
Jom baca perkongsiannya.
Remote mana bang?
Ni la soalan yang biasa setiap hari. Semalam remote aircond ghaib! Habis selongkar katil, bantal, bawah sofa, dalam laci. Ghaib. Akhir sekali pergi DIY beli baru.
Ok. Soalannya, macam mana mahu elakkan hilang semula. Fikir-fikir, ini lah hasilnya. Tempat letak remote. Sekurang-kurangnya remote ada tempat khas. Hilang jugak, aku letak mangga terus.
1. Kumpul dan mula agak-agak jarak remote.
2. Congak jarak dan besar lubang yang akan ditebuk nanti.
3. Ukur saiz setiap remote control dan ambil saiz remote yang paling besar supaya yang lain semua muat.
4. Ukur dan guna sesiku L untuk buat garisan lurus bagi jarak dan lebar lubang remote.
5. Ukur tebal, jadi kalau tebuk lubang nanti takla besar sangat atau tak muat. Bila remote fit nampak kemas sikit.
6. Plotkan pada casing.
7. Siap lukis dan plot. Puas hati kita teruskan. “Measure twice, cut once.”
8. Potong lebihan tepi. Guna la apa-apa peralatan yang korang ada. Janji putus.
9. Untuk lubang tengah aku cadangkan guna gerudi. Guna steel bit. Tebuk tepi supaya senang nak potong dengan pisau nanti.
10. Ini lepas potong dan kemaskan guna pisau. Perlukan steady hand, sama ada kau akan cedera atau tepotong bekas PVC. Jadi berhati-hati.
11. Kita buat cubaan atas darat. Kalau okey, kita teruskan.
12. Letak dinding aku guna double tape je. Mudah. Tidak perlu tebuk lubang. Kalau kamu tidak yakin, boleh tebuk.
13. Kalau anda perasan lekuk pada bibir PVC menghalang remote dari menggelongsor dari kedudukannya. Jadi insyallah tidak akanjatuh. Kecuali kau sesaja buat bijak tolak.
14. Inilah hasil DIY rak remote control yang boleh letak 4. Kalau andaada sepuluh remote, boleh tebuk ikut suka.
Sebelum terlupa. Remote aku yang hilang baru jumpa tadi. Anak aku letak dalam lunch box kakak dia.