Buat anda yang sedang khusyuk memasak sampai lupa untuk menutup api sampai periuk yang anda masak itu sudahpun hangus. Jangan risau dan jangan panik untuk membuang periuk itu secepat mungkin kerana min ada beberapa tips mudah untuk anda menanggalkan kembali kesan hangus tersebut. Caranya simple dan senang sahaja hanya perlukan beberapa barang yang telah ada didapur. Dengan hanya menggunakan cuka dan serbuk penaik saja sudah cukup untuk menanggalkan kesan kotoran tersebut. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara hilangkan kesan kerak hangus.
Menerusi perkongsian daripada Susun Atur Sioca di mana beliau telah berkongsikan cara untuk membersihkan kesan kerak hangus dalam periuk dengan cara yang mudah dan tidak perlu menyental melalui akaun Facebook miliknya. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada beliau.
Cara Hilangkan Kesan Kerak Hangus :
Kalau ada periuk atau kuali yang hangit, jangan terus buang. Cuba langkah ni dulu.
1. Didihkan air dalam periuk yang hangit.
2. Masukkan 1/2 cawan baking soda.
3. Masukkan 1/2 cawan cuka.
4. Biarkan mendidih 10 minit.
5. Tutup api dan biarkan terus terendam.
6. Dah sejuk, bilas dengan air paip.
7. Periuk akan kembali bersih.
Ni tips yang kami guna masa merendang hari tu. Bila panas-panaskan dah terlupa. Jadi, gunakan kaedah ni nak bersihkan balik kerak tu. Memang menjadi!
Ps - Gambar dari Instagram Preston & Co sebab gambar sendiri tak ada.
Wah menarik kann langkah-langkah ini dan sangat mudah untuk anda mencuba nanti. Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap perkongsian pada kali ini dapat memberi manfaat kepada anda dalam cuba untuk mengatasi masalah seperi ini. Selamat mencuba.