Sekiranya anda ada ternampak buah kelapa yang sudah kering, anda disarankan untuk tidak membuangnya kerana banyak perkara yang anda boleh lakukan dengan buah kelapa tersebut. Sebagai contoh, anda boleh gunakan sabut kelapa dengan membuatkannya sebagai pasu bunga, tempat menggantung pokok "money plant" dan lain-lain. Perkongsian pada kali ini adalah mengenai cara diy walldecor underbudget simple dan kreatif
Antara insan yang giat melakukan DIY ialah Puan Norpadilah Binti Afandi. Nama beliau tidak lagi asing dalam kalangan peminat DIY ataupun peminat farmhouse. Manakan tidak, ada saje idea-idea kreatif beliau yang tidak terpikir dek akal.
Baru-baru ini beliau ada kongsikan idea untuk diy "walldecor underbudget". Iaitu tempat untuk menggantung bunga artificial dengan hanya menggunakan barang-barang terpakai sahaja.
Anda mungkin tertanya tanya apakah barang-barangan terpakai yang digunakan oleh puan Norpadilah ini? Haa kalau begitu apa kata kita sama-sama ikuti perkongsian daripada beliau.
DIY Walldecor UnderbudgetAlhamdulillah. Menyempatkan diri harini untuk share diy walldecor ni. Super duper jimat.
1. Papan kek terpakai dan spray paint
2. Tanggalkan kertas pembalut papan, spray warna pilihan. Separuh sahaja.
3. Sabut kelapa dan chickenwire/mata punai
4. Ceraikan/siat sabut kelapa.
5. Susun sabut atas dawai dan lipat dua dawai untuk balut sabut.
6. Potong dawai ikut saiz separuh papan..lebihkan sikit dalam 2 inci.
7. Lipat di belakang papan, staple guna staplegun.
8. Siap mcm ni(Rujuk gambar di bawah).
9. Tebuk lubang bahagian tengah/atas papan.
10. Papan backdrop guna papan terpakai.
Inilah hasil yang sudah siap. Senang bukan nak buat papan gantung sabut kelapa ni dan yang paling penting bajet yang digunakan hanyalah rendah saja kerana hanya barangan terpakai yang diguna pakai.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.