Bagi anda yang baru sahaja mempunyai rumah sewa sebagai tempat untuk didiami, sudah pasti kebanyakan perabot tidak akan disediakan oleh tuan rumah. Untuk membeli sebuah almari, bajet yang besar diperlukan untuk membeli almari. Ianya tidak berbaloi untuk anda menggunakan wang yang banyak hanya untuk sebuah almari sahaja.
Buat anda yang masih dilema nak simpan baju di mana, cara ini mungkin dapat menghilangkan sakit kepala anda. Hanya diy sahaja rak bakul dari paip pvc sahaja, anda sudahpun boleh menyimpan baju yang banyak di rak baju tersebut.
Jangan terkejut kerana modal yang diperlukan hanyalah sekitar RM 30 hingga RM 40 sahaja tau. Idea DIY rak baju pvc ini telah dikongsikan oleh Puan Ekinzaid Zaid dan menerusi perkongsian tersebut. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian beliau.
Sejak kami sewa rumah kami takda almari. Ada la almari 2 pintu waktu bujang dulu. Sekarang 3 orang dah mana muat selalu lipat-lipat susun atas lantai bilik blkng
Nak beli almari mahal nauu laki kerja sorang oii.. so terfikir laa nk buat mcm ni.. dlm rm30-rm40 je sebiji.. boleh kami suruh laki kami buat dalam 2 3 biji hahah (DIY ni untuk bahagian penyangkut sangat elok laa untuk baju baby atau anak-anak kalau baju kita ni berat).
Bahan-Bahan yang digunakan :
1. PVC paip 11 batang (rm1. 60/sebatang)
2. Elbow paip 10pcs (rm0. 41/keping)
3. T-Socket paip 6pcs (rm0. 66/keping)
4. Cable tie (1paket rm2. 56/ sepeket)
5. Fitting D/E socket 2pcs (rm0. 47/1 keping).
(socket fitting ni untuk sambungkan bagi penyangkut tu bg tinggi rak baju tersebut).
6. Bakul 6pcs ( RM 2. 10 dan boleh dibeli di kedai Eco).
Cara untuk membuatnya :
Sambungkan paip PVC dengan menggunakan paip elbow dan T socket lalu susun bakul-bakul dan ikatkan ia dengan menggunakan cable tie. Anda boleh rujuk gambar di bawah untuk lebih faham.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda di luar sana.
Kredit : Ekinzaid Zaid