Cara DIY Pasu Bunga Bajet

Ditulis oleh

Orang Malaysia sememangnya terkenal dengan DIY ataupun lebih dikenali sebagai Do It Yourself. Mereka ini tersangat kreatif dengan membuat sendiri pelbagai barang seperti pasu bunga, perabot, makanan dan lain-lain. Kali ini min nak kongsikan kepada anda cara-cara untuk DIY pasu bunga yang harganya jauh lebih murah berbanding di beli di kedai bunga berdekatan. Pasu bunga merupakan satu elemen yang sangat penting supaya laman anda akan tampak lebih berseri-seri. Selain itu, ia juga untuk memastikan pembesaran tumbuhan dapat berjalan dengan subur. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara diy pasu bunga bajet

Menerusi perkongsian daripada Puan Maria Ariana, beliau telah berkongsikan projek pasu bajet di mana harganya hanyalah menggunakan bahan-bahan dari kedai Eco dan bahan sedia ada sahaja. Jom kita ikuti perkongsian daripada beliau.

Cara DIY Pasu Bunga Bajet :

Assalamualaikum.
Ni kita nk share satu lagi projek terbaru dari cik abang kita.
Pasu berkaki namanya .
Pasu bajet. Sebab guna bakul dari kedai eco sahaja. Bahan-bahan lain ada yang sedia ada di rumah dan ada di beli di kedai hardware.
Ok. ini ada tutorialnya. Semoga dpt memberi manfaat kepada yg nk cuba diy.selamat mencuba.
Bahan-Bahan yang diperlukan :
  • Bakul (boleh dibeli di kedai Eco)
  • Kayu 2 inci X 1/2inci
  • Kayu batang mop
  • Tali (Boleh rujuk gambar di bawah sekiranya anda tidak pasti tali apa yang digunakan)
  • Paku atau skru

Langkah-Langkah :

 

1. Kita guna kayu ukuran 2inci X 1/2inci.panjang pulak ikut la bakul hampa berapa lebar.kita punya ukuran 9 inci ja.yg tengah² kayu tu potong mcm dlm gmbr tau sbb nnt nk cantumkan dia.

2. Ini kayu batang mop..potong 4.panjang pun ikut la hampa nk mcm mana.kita buat 10 inci ja setiap 1 batang tu.

3. Ok ni kita dah cantumkan kayu yg hampa tengok kat pic awal tadi.lepas dah cantum mcm tu.hampa paku atau skru tengah² tu.(dlm gmbr ni x nmpk paku sbb belum paku dah snap gmbr).

4.

Step seterusnya..cantumkan batang mop tu dgn kayu bersilang tengah tu.ikut cita rasa hampa nk paku atau skru..dlm gmbr ni kita guna skru.kayu silang tu ikut hampa la nk letak paras mana.kalau nk pasu hampa dduk tinggi hampa lebihkan la kaki tu ke bawah.ikut cita rasa masing² naa.
5. Ok ni gmbr testing..try letak tengok lawa ke tak lawa kalau kaki tinggi tu..ok jom tengok gmbr seterusnya pulak.
6. Haa ni bukti kata kita guna bakul kedai eco ja..tapi ni tak penting pun..sebenarnya ikut hampa la nk guna bakul atau pasu mcm mana pun.ikut citarasa masing².dan ikut poket masing² hampa jgn tnya saiz bakul ni tau sbb kita tak ukur pun.
7. Dah siap kaki tu,kita pun try la letak bakul tu..ngam² kaki ngan bakul tu..tapi kannnn..ermm tak lawa laaa,sbb nmpk lubang kat atas tu..nmpk sgt murahnyaaa .So kita touch up la sikit bakul tuuu..
8. Kita guna tali..tali apa nama pun tak tau laa..cari kat kedai hardware ada jual.harga tak mahal.dalam 2@3 hinggit ja kot.
9. Haa...siap dah balut dgn tali tak tau nama tu..balut sikit ja kat bahagian atas tu.nk cover lubang ja.
10. Kot ada yg tnya camna nk balut..cara nya hampa lilit ja bakul tu..lepastu gam.
11. Jeng jeng jeng...siap dah.simple ja kan.oh yaa,batu tu ikut hampa la nk letak ke tak nk.dah kat umah kita ada batu ni byk so kita letak la

Siap

 

Oh yaaa..kot ada yg nk tau kos dia kan.tak temasuk pokok lah noo..ada kot lebih kurang tolak pi tolak mai dalam Ringgit Malaysia tak sampai 5 hinggit kot..rasanya lah.sbb kayu tu mmg dok ada kat umah ni.batu pun sama dok ada kat umah ni.ok bye

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
September 1, 2020
Dikemaskini pada
September 1, 2020

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram