Buat anda yang tertanya-tanya apakah itu console table ini dan apakah kegunaan meja ini. Jom kami kongsikan apakah itu sebenarnya console table ini. "Console Table" ataupun dikenali sebagai meja konsol merupakan meja yang diletakkan pada dinding yang ada pelbagai saiz dan ketinggian. Perkongsian pada kali ini adalah mengenai cara diy "console table" hanya rm10.
Fungsi sebenar meja konsol ini merupakan tempat penyimpanan barang-barang seperti barang make-up, jam tangan dan lain-lain. Selain itu ianya turut dijadikan sebagai perabot hiasan. Bahagian atas meja ini boleh dihiaskan dengan bingkai yang bergambar, hiasan bunga segar, dan cermin muka.
Menerusi perkongsian daripada Puan Norpadilah Binti Afandi di mana beliau telah berkongsikan cara-cara untuk DIY console table. Tidak dapat dinafikan lagi puan Norpadilah sememangnya seorang yang sangat kreatif dalam men DIY kan sendiri barang-barang perhiasan di dalam rumahnya. Jom kita ikuti perkongsian daripada beliau :
Semua kayu pallet dibuka kecuali kayu yang berada di atas dan bawah sahaja.
Selain itu, kayu pallet di bahagian belakang dan tengah juga dibuka.
Akhir sekali, cantumkan balik pallet di bahagian atas dan bawah tersebut.
HAA dahh siappp... Mudah saja kan cara nak buat meja konsol ini. Apa yang anda perlu buat hanyalah cabut dan cantumkan balik je kayu tersebut.