Cara Cuci Mesin Basuh Berkeladak Jadi Bersih Seperti Baru

Ditulis oleh

Tahukah anda, sebenarnya kita kena melakukan maintenance atau mengetahui cara cuci mesin basuh supaya ia dapat berfungsi dengan lebih baik dan supaya jangka hanyatnya tahan lebih lama. Bagi pasangan yang ingin mencuci pakaian bayi, tentulah ciri kebersihan ini perlu dititikberatkan.

Oleh itu, anda wajib mencuci mesin basuh sekurang-kurangnya 2-3 minggu sekali agar kebersihan pakaian anak-anak anda terjamin. Bahkan, kebersihan baju-baju anda juga turut terjamin. Disini, kami berbesar hati untuk berkongsi cara mencuci mesin basuh yang berkeladak menjadi bersih seperti baru beli!

Ikuti perkongsian menarik daripada Khairul Abdullah menerusi laman facebook nya dimana beliau telah memberi tunjuk ajar step by step cara untuk cuci mesin basuh dengan berkesan.

Cara Yang Betul Cuci Mesin Basuh Berkeladak

Aku cuci mesin basuh aku ni setiap 2-3 minggu sekali.

Itu pun tiap kali cuci air dia akan berwarna sedikit dan tetap berbuih juga walaupun tiada baju dan tak masukkan sabun pencuci. Sebabnya tiap kali basuh baju, akan ada saki baki sabun dan kotoran yang tertinggal kat dalam mesin tu.

So lagi kerap basuh lagi banyak sisa sabun dan sisa kotoran tertinggal dalam tu. Jadi kalau rajin setiap minggu boleh cuci, aku jenis malas maka 2-3 minggu sekali.

Boleh jer beli segala jenis pencuci khas kat Shopee tu atau aku suka guna baking soda dengan cuka jer. Beli jenama Meriah tu dalam tiga ringgit lebih pastu campur cuka sebotol aku tak ingat harga dia. Boleh guna banyak kali. Dan kalau ada clorox pun lagi bagus jugak.

 

CARANYA MUDAH SAHAJA

 

1. Masukkan setengah cawan baking soda ke dalam tub/drum, dan masukkan 1 cawan cuka ke dalam bahagian sabun pencuci tu. Set “clean tub” kalau ada atau set pada basuhan yang paling lama sekali.

Kalau mesin yang ada setting air panas maka set air paling panas, dan biarlah dia berpusing-pusing tanpa kain baju dalam tu. Sesekali datang check tengok warna air, seram ke tidak. Dah siap basuh buka penutup dan biarkan.

Cara Cuci Mesin Basuh
Aku guna jenama Meriah dan cuka cap Jalen. Sedap oihh..

2. Kalau ada bleach klorox tu boleh buat satu round lagi. Masukkan setengah cawan bleach dalam tempat sabun tu dan basuh dengan air panas atau set basuhan yang paling singkat dan biarkan.

Cukup 2 round ni maka mesin basuh tu kira cun dah.
Kalau takde dont worry.


Air tu tetap berbuih macam letak sabun, padahal tak pun. Ada nampak warna ge;ap sedikit air tu. Itu cuci setiap 2-3 minggu, kalaulah tak pernah cuci langsung, mau hitam kot.

3. Tempat letak sabun, softener tu pun jangan biar berkerak. Tray tu biasanya boleh cabut dan keluarkan. So cuci bersih-bersih dan bilas dengan clorox. Bahagian mana yang nampak dan boleh cuci maka cucilah.

Cara Cuci Mesin Basuh
Buka tray sabun tu dan cucilah bersih-bersih. Aku guna berus basuh botol susu anak 

Cara Cuci Mesin Basuh
Meghelit menghelap aihh kata orang kedah.

Kena rajin sikitlah kalau nak pakaian kita sentiasa bersih.
Lepas tu basuh baju lepas ni mesti wangi. Sebelum ni letak sabun paling wangi dengan softener paling best pun tak berapa nak wangi ye dak?

Moh ler kite pakat cuci mesin basuh selalu, agar pakaian kita sekeluarga dijamin bersih suci dan bermutu.
Wahh macam iklan makanan pulak dah.

Kredit : Khairul Abdullah

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Oktober 8, 2020
Dikemaskini pada
Oktober 8, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram