Cara Berkesan Hilangkan Kesan Hangus Pada Seterika

Ditulis oleh

"Alamak habis rosak baju aku. Ni seterika hangus ni punya pasal la, habis melekat kat baju aku". Haa pernah tak anda mengalami situasi sedemikian? Masa tu kalau nak menyesal pon dah tak de guna dah. Baju pon dah rosak, masa pon dah xleh nak putar balik dah. Jadi sebelum nasi menjadi bubur, apa kata anda ikuti cara-cara ini untuk hilangkan kesan hangus seterika demi menyelamatkan baju-baju kesayangan anda daripada rosak. Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah mengenai cara berkesan hilangkan kesan hangus pada seterika.

Jom sama-sama kita ikuti cara yang ingin dikongsi ini.

Cara Berkesan Hilangkan Kesan Hangus Setarika :

 

Cara-caranya adalah:

 

1. GARAM

Bahan yang paling senang untuk bersihkan seterika yang hangus adalah dengan menggunakan garam. Caranya sangat mudah. Pertama sekali taburkan garam di atas sehelai surat khabar atau alminium foil dan kemudian panaskan seterika menggunakan suhu paling maksimum.

Selepas itu, gosokkan permukaan seterika di atasnya hingga tertanggal semua kesan hangus. Berkesan!

2. LILIN

Gunakan sebatang lilin dan gosok pada seterika yang dah dipanaskan hingga lilin menjadi cair. Selepas itu, tonyohkan permukaan seterika pada kain buruk / kain yang tak digunakan lagi.

Cubalah, permukaan seterika akan kembali licin.

3. DAUN PISANG

Kalau di rumah ada banyak daun pisang, bolehlah gunakan teknik ini. Ia juga petua yang biasa digunakan oleh mak-mak kita.

Caranya, gosokkan saja di atas daun pisang. Kalau kesannya susah nak tanggal, kikiskan dengan pisau dan gosok semula dengan daun pisang untuk licinkan permukaan seterika tadi.

4. UBAT GIGI

Kalau di rumah ada banyak daun pisang, bolehlah gunakan teknik ini. Ia juga petua yang biasa digunakan oleh mak-mak kita.

Caranya, gosokkan saja di atas daun pisang. Kalau kesannya susah nak tanggal, kikiskan dengan pisau dan gosok semula dengan daun pisang untuk licinkan permukaan seterika tadi.

DAH BERSIH & LICIN MACAM BARU!

Mudah saja kan? Jadi sebelum anda membelanjakan duit untuk membeli seterika baru, cubalah teknik ini untuk membersihkan kesan hangus pada seterika.

Apapun, pastikan berhati-hati terutamanya ketika menggunakan teknik yang melibatkan seterika yang panas.

Selamat mencuba.

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
September 19, 2020
Dikemaskini pada
September 19, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram