Cara Baiki Sofa Rosak Kepada Gaya Baru

Ditulis oleh

Sebelum anda membuang perabot rosak anda, cuba berikannya nafas baru dengan idea-idea DIY yang mempunyai pelbagai fungsi ini. Mungkin anda terfikir untuk menggantikan  perabot-perabot yang rosak di rumah anda dengan yang baru, tetapi alangkah bagusnya jika anda mengetahui cara-cara untuk memperbaiki perabot-perabot tersebut. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara baiki sofa rosak kepada gaya baru.

Membeli perabot yang baru bukanlah sesuatu yang murah. Jadi, mari ikuti idea lelaki yang dikenali sebagai Pak Salleh ini berkongsi cara-cara untuk membaiki sofa rosak menjadi baru dan multi-fungsi.

Cara Baiki Sofa Rosak :

 

Jika anda adalah seorang penggemar kucing maka tidak hairan lah jika sofa dirumah anda asyik rosak.  Tapi nak buat macam mana jika hati dah terlalu minat untuk membela kucing. Tidak salah untuk memelihara kucing kerana kucing juga merupakan binatang kegemaran Rasullullah SAW. Selain itu kucing juga dikatakan boleh dijadikan sebagai terapi kepada orang yang membelanya kerana sifat kucing yang seakan memahami jiwa manusia.

Jadi amat sesuailah jika anda mengetahui cara-cara untuk membaiki sofa rosak seperti mana yang dikongsikan oleh Pak Salleh ini. Cara ini mungkin memberi jalan keluar kepada para penggemar kucing di luar sana untuk menghadapi masalah sofa yang asyik rosak akibat dicakar kucing.

Bahan-bahan yang digunakan adalah:

1. Papan Plywood 9mm
2.Gam Kayu
3.Paku Kecil
4.Pemegang Laci
5.Syelek Warna Mahogany


Ukuran yang yang tepat telah dibuat mengikut saiz rangka sofa lalu dipotong plywood mengikut saiz yang telah diukur.


Lelaki ini telah membuat tiga laci pemyimpanan pada bahagian bawah sofa

Untuk proses pemasangan, pemilik hanya menggunakan gam kayu dan juga paku kecil untuk memasangnya.


Untuk sentuhan terakhir, sapuan syelek berwarna mahgony telah dikena pada sofa seperti ini.

Maka inilah hasilnya Bukan sahaja cantik malah multi-fungsi. Selamat Mencuba.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Ogos 24, 2020
Dikemaskini pada
Ogos 24, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram