Setiap kali melihat anak-anak sedang aktif bermain bersama mainan kegemaran yang dibeli oleh ibubapa mereka atau oleh saudara-mara pasti kita akan merasa sangat gembira. Tetapi alangkah baiknya jika mereka pandai menyimpan mainan mereka tanpa disuruh oleh ibubapa mereka. Di sini terdapat beberapa contoh bekas penyimpanan mainan untuk anak-anak anda.
Bekas Penyimpanan Mainan Boleh Dibuka Dari Depan
Jenis bekas ini merupakan jenis yang mesra dengan kanak-kanak yang masih kecil. Jenis ini mudah untuk kanak-kanak untuk mengambil mainan mereka dengan membuka pintu kotak tersebut dari depan sahaja.
Selain itu, mereka tidak perlu berdiri sepenuhnya untuk mengambil mainan mereka. Oleh itu, kotak ini sesuai untuk dijadikan tempat penyimpanan mainan anak-anak anda dan merekapasti akan rasa senang untuk mengambil dan menyimpan mainan itu kembali ke tempat asalnya.
Link produk Shopee - https://shp.ee/ec8qbrd
Beg Penyimpanan Mainan Bersama Tali Serut
Mungkin keluarga anda selalu melancong ke luar negeri atau balik ke kampung? Beg ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai beg penyimpanan mainan anak-anak anda.
Ini memudahkan ibubapa untuk menyimpan mainan anak mereka dengan cepat dan menjimatkan masa. Beg ini juga boleh melatih anak-anak anda untuk menyimpan mainannya dengan sendiri dengan menarik beg tersebut dan masukkan ke dalam kereta. Ini boleh meningkatkan lagi tahap disiplin anak-anak jika diajar dengan betul.
Link produk Shopee - https://shp.ee/4525kjd
Beg 2 Dalam 1 Simpanan Mudah Alih Bersama Tikar Permainan
Anak anda seorang yang suka bermain mainan mereka di merata tempat. Kadang-kadang ibubapa penat untuk mengemas kembali mainan anaknya. Jadi beg seperti ini sesuai dijadikan sebagai beg pilihan untuk menyimpan mainan anak-anak.
Beg ini sangat seauai dengan kanak-kanak yang berumur 2 tahun hingga 5 tahun. Mereka hanya duduk dan bermain dengan mainan mereka di dalam kawasan tikar itu sahaja. Jadi ibubapa juga dapat menyimpan mainan anak-anak mereka dengan cepat kerana hanya meletakkan mainan tersebut sekali gus sahaja.
Link produk Shopee - https://shp.ee/6xzksmd
Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco. Harap dengan perkongsian idea ini dapat membantu ibubapa di luar sana.
Sumber : House Beutiful