Tips Wangikan Rumah Anda Dengan Tips Yang Berguna Ini

Ditulis oleh

Buat anda yang mempunyai sebuah rumah, sudah pasti anda inginkan persekitaran rumah anda sentiasa dalam keadaan bersih dan wangi. Sudah pasti anda tidak mahu sekiranya ada tetamu ataupun jiran datang melawat rumah anda dan bau yang tidak menyenangkan telah membuat tetamu anda tidak senang duduk.

Justeru itu anda semakin buntu dan tidak tahu cara apa lagi untuk buatkan rumah anda kembali wangi. Jangan risau dan jangan khuatir, min ada beberapa tips wangikan rumah yang anda boleh ikuti dan min pasti yang rumah anda akan lebih wangi dan disenangi oleh tetamu-tetamu anda kelak.

Jom kita sama-sama ikuti beberapa tips wangikan rumah anda ini.

Tips Wangikan Rumah Anda

 

1. HABUK TAK MELEKAT PADA PERABOT
Bahan-Bahan :
  • 1 penutup pelembut fabrik
  • 10 cawan air
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda.
Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.
2. KILATKAN LANTAI RUMAH
tips wangikan rumah
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
Bahan-Bahan :
  • 1 penutup pencuci lantai
  • Cuka
  • Air panas
Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!
3.WANGIKAN RUMAH
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Bahan-Bahan :
  • 1 penutup pelembut fabrik
  • Cuka
Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!
4. SEGARKAN BILIK AIR
Bahan-Bahan :
  • 1 sudu kecil teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 cawan air
Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
Selamat Mencuba Semua
Kredit : Petua ibu

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
September 29, 2020
Dikemaskini pada
September 29, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram