Baru-baru ini seorang warganet Facebook, Tuah Kencana berkongsi projek kolam renang versi ‘kampung’ yang dibina di rumahnya.
Menariknya, tidak seperti seperti kebanyakan kolam renang lain yang dibina di rumah mewah, kolam ini hanyalah terletak di kawasan tanah kampung di sebelah rumah.
Malah proses pembinaannya juga agak unik kerana lubang kolam tersebut dikorek nbukan dengan jentera besi, sebaliknya hanya tenaga manusia sahaja.
Nak mendalami lebih lanjut? Mari kita ‘melawat’ sebentar ke kolam renang kampung ala-ala Bali melalui perkongsiannya di bawah ini.
Pemuda Ini DIY Kolam Renang Hanya Dalam 2 Hari!
Membina private pool di laman kampung. Pembinaan private pool ini telah bermula sejak tamat PKP lalu iaitu pada pertengahan Jun 2020.
Pada asalnya, kawasan ini hanyalah laman kampung biasa dengan tumbuhan-tumbuhan di dalam pasu. Proses pembinaannya bukan suatu perkara yang mudah kerana struktur tanah yang berair dan ditambah lagi dengan cuaca yang tidak menentu.
Apa yang menarik, private pool dengan keluasan 15 feet x 10 feet ini digali secara manual sepenuhnya, tanpa menggunakan backhoe. Memang kuat kudrat pekerja ni kan.
Inspirasi Dari Villa Bali :
Mengambil inspirasi dari vila di sekitar Ubud, Bali, beberapa elemen Bali seperti pintu masuk, pergola dan ukiran batu di dinding digunakan.
Cabaran berikutnya adalah untuk mengekalkan tahap kebersihan, nilai Ph dan klorin kolam.
Hampir enam bulan selepas projek dimulakan, akhirnya kami mampu tersandar tenang mendengar deruan air sambil menimati suasana tenang dan nyaman di dalam kawasan private pool ini.
Gali ‘Manual’, Tak Guna Jentera :
Jelasnya, projek ini hanya menggunakan perkhidmatan kontraktor kampung sahaja dan tempoh penggaliannya mengambil masa sehingga dua hari dengan kekuatan lima pekerja.
“Tetapi dua hari hanya untuk menggalo banyak lagi benda mereka perlu lakukan untuk bina kolam itu.
“Backhoe tidak digunakan kerana kontraktor sangka mudah untuk gali secara manual, rupa-rupanya tanah berair dan seperti tanah liat,” katanya ketika dihubungi Siakap Keli hari ini.
Cabaran Menyiapkannya Kolam Renang :
Cabaran yang dihadapi adalah kekangan tempoh PKP sendiri menyebabkan kerja-kerja tertangguh berkali-kali.
Selain itu jelasnya, kawasan itu perlu ditambak tinggi beberapa kaki bagi mengelakkan banjir berlaku, memandangkan tanah di situ agak rendah.
“Cuaca yang tidak menentu menyukarkan proses menggali menyebabkan air dari tanah cepat bertakung semula walaupun selepas dipam.
“Cabaran lain adalah kontraktor kampung biasa bina kolam kampung sahaja. Oleh itu kita perlu beritahu secara jelas apa yang kita mahu dan tunjukkan contoh-contoh dalam bentuk gambar,” katanya.
Dalam masa sama, penjagaan kualiti air dan klorin juga antara cabaran besar yang dihadapinya .
“Setiap hari wajib untuk hidupkan pam untuk kitaran air. Kemudian, klorin perlu dimasukkan sekali setiap minggu.
“Seminggu sekali (juga) perlu masukkan bahan anti-alga. Semua barang ini boleh dibeli dari Shopee,” tambahnya lagi.
Kronologi Pembuatan Dari Mula Sampai Akhir :
Maka dengan itu, mari lihat kronologi pembinaannya dari mula hingga tamat projek melalui gambar-gambar ini.
1. Kawasan tapak asal kolam. Ia hanya kawasan laman kampung biasa.
2. Dinding dinaikkan dahulu untnk memudahkan pekerja membuat aktiviti gali menggali.
3. Inilah rupa setelah tanah digali. Kolam renang ini digali secara manual ya.
4. Dalam masa dua hari sahaja mereka sudah siap menggali kolam renang ini. Saiz 15 x 10 dengan kedalaman empat kaki.
Projek Tergendala Seketika :
5. Air hujan tak henti-henti pulak. Makin lambatlah projek ini siap.
6. Air keruh akibat resapan daripada air tanah.
7. Bermulalah pemasangan jubin. Pekerja bising kerana jubin kecil kecil dan lambat dipasang. PENTING, untuk kolam renang pastikan anda guna jubin kecil kerana ada fungsi untnk meningkatkan ketahanan kolam. Lagipun jubin besar akan akibatkan kolam seperti kolah masjid.8. Kerahan tentera-tentera kecil untuk bersihkan kolam renang. Sebab semangat nak mandi, sanggup rajin bekerja.
9. Inilah pintu masuk ala-ala Bali. Jadilah bajet ‘ciput’.
10. Platform kayu itu beli di Shopee. Hanya cantum-cantum sahaja. Satu keping dalam RM8. Keadaan sebelum letak artificial grass dan pondok wakaf.
11. Tak lengkap rasanya tanpa ada ‘pergola’ dan ‘wakap’ (pondok wakaf).
12. Hasilnya! Kolam renang yang sangat cantik. Alhamdulillah
Selain menggunakan tembok dinding atau pagaran, inisiatif lain yang boleh kita guna adalah untuk mewujudkan privasi terhadap kediaman adalah dengan menggunakan tanaman pagaran.
Penggunaan tanaman seperti ini bukan saja boleh dijadikan fungsi privasi kediaman, bahkan boleh juga boleh membantu kediaman anda kelihatan cantik dan menceriakan.
Ada tanaman renek dan beberapa jenis pokok yang lebih sesuai dijadikan sebagai tanaman pagaran menggantikan tembok yang keras. Antara tanaman yang sesuai dijadikan pagaran adalah seperti dibawah.
Tanaman pagaran:
1. Baphia Nitida
Tanaman pagaran ini kerap dijadikan sebagai pagaran kerana ia berupaya mencecah ketinggian lebih 2 meter. Tanaman ini diketegorikan sebagai pokok. Dikenali dengan nama Bafia atau Barwood, tanaman ini tidak memerlukan penjagaan yang rumit. Yang paling penting, cantasan perlu dilakukan secra kerap untuk mengawal tumbesarannya agar tumbuh dengan cantik.
2. Carmona Retusa
Kalau dulu-dulu, Cormosa retusa atau nama tempatannya teh pagar ini kerap menjadi pilihan sebagai tanaman pagaran. Daun yang tidak terlalu lebat dan padat, menjadikan tanaman renek ini mudah dibentuk.
3.Duranta Gold
Duranta kuning mudah dibiak melalui keratan batang. Tanaman yang mempunyai bentuk daun seperti teh pagar namun sedikit lebar dan berwarna kekuningan. Menariknya, duranta mempunyai gugusan bunga berwarna ungu yang akan menghasilkan buah.
4.Ixora Siamensis
Ixora Siamensis dikenali dengan nama pokok jarum-jarum. Ia disebabkan oleh bentuk bunganya yang seakan jarum. Terdapat pelbagai warna bunga ixora seperti merah, putih, pink, kuning dan mempunyai madu. Kalau mahu dijadikan sebagai penarik serangga penghisap madu, pokok ini amat disarankan untuk dijadikan sebagai pagaran.
5. Ficus Benjamina/Nitida
Dua jenis tanaman ara ini sebenarnya dikategorikan sebagai pokok. Tetapi jika anda kerap memangkas, ia mampu mengawal kadar pertumbuhan dan saiznya untuk membentuk pagaran. Pohon ara ini selalunya dijadikan sebagai tanaman bonsai kerana tekstur daun dan dahannya mudah dilentur.
6. Gardenia Jasminoides
Pokok jasmin juga sesuai dijadikan sebagai tanaman pagaran kerana tekstur daunnya yang padat. Bunganya yang berwarna putih dan berbau harum boleh dijadikan sebagai terapi. Selain itu juga, bunganya juga kerap dijadikan sebagai teh untuk amalan perubatan tradisional.
7. Acalypha Siamensis
Acalupha siamensis dikenali dengan nama Teh Tehan. Kebiasaannya tanaman ini menjadi pilihan bagi tanaman berkonsepkan formal seperti taman-taman di istana Inggeris.
Bil elektrik melambung tinggi pada musim PKP? Persoalannya patutkan anda pasang sistem panel solar di rumah? Perkongsian dibawah ini mungkin akan menjawab seribu satu persoalaan yang bermain difikiran anda.
Dengan norma baharu ekoran Covid-19, ramai rakyat Malaysia kini banyak menghabiskan masa di rumah. Amalan bekerja dari rumah kini menjadi kelaziman. Hasilnya, bil elektrik meningkat antara 20 ke 50 peratus.
Jika anda pernah berkira-kira untuk memasang panel solar di kediaman, jadi sekarang inilah masa terbaik untuk melakukannya! Anda boleh menjimatkan bil elektrik di samping berpotensi memperoleh pendapatan sampingan.
Apa itu solar?
Panel solar biasanya diletakkan di kawasan terbuka dan cerah (biasanya di atas bumbung). Ia menggunakan sel solar photovoltaic (PV) untuk menyerap cahaya matahari yang kemudiannya ditukar kepada tenaga elektrik. Iklim Malaysia yang sentiasa panas menjadikan negara ini sesuai untuk penghasilan tenaga suria secara mampan.
Hasilnya, anda tidak lagi perlu membeli bekalan elektrik dari grid kuasa. Ini menjimatkan bil elektrik anda. Malah lebihan tenaga elektrik yang anda hasilkan boleh dijual kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi skim Pemeteran Tenaga Bersih (“Net Energy Metering” atau NEM) seperti yang diterangkan di bawah.
Berikut adalah ilustrasi oleh TNB mengenai bagaimana panel solar berfungsi:
Manfaat sistem panel solar di rumah :
Panel solar merupakan cara yang baik untuk menjana tenaga elektrik anda sendiri. Tenaga suria bukan sahaja menjimatkan wang tetapi turut menyumbang kepada kelestarian alam dan boleh menjana pendapatan sampingan. Berikut adalah 10 manfaat yang boleh anda peroleh dengan panel solar anda sendiri:
Penjimatan bil elektrik antara 54% ke 87% setiap bulan bergantung pada bil anda (menurut GSPARX, sebuah anak syarikat milik penuh TNB dan pelabur solar photovoltaic yang berdaftar di bawah Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (“Sustainable Energy Development Authority” atau SEDA Malaysia).
Insentif lumayan oleh kerajaan Malaysia.
Insentif 24% elaun cukai pelaburan MIDA bagi syarikat yang diperbadankan di Malaysia yang membuat permohonan rasmi kepada Insentif Cukai untuk Meningkatkan Pembangunan Hijau – rujuk nota kaki.
Pengecualian cukai penjualan 10% jika anda membeli peralatan solar photovoltaic buatan tempatan.
Kenaikan nilai hartanah.
Ciri sampingan yang baik bagi pengubahsuaian mesra alam rumah anda.
Menggunakan ruang yang banyak di atas bumbung secara produktif.
Membawa kesan positif kepada alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan bahan bakar fosil dan pengeluaran karbon dioksida.
Sumber tenaga elektrik yang mampan dan mampu bertahan sehingga 30 tahun.
Perkara yang perlu untuk pemasangan sistem panel solar di Malaysia :
Setelah memilih jenis panel solar untuk kediaman, berikut adalah perkara lain yang anda perlukan untuk pemasangan panel solar:
Mendaftar sebagai pelanggan TNB.
Mempunyai bumbung atau halaman rumah yang luas dan boleh memuatkan peralatan solar anda.
Mempunyai bumbung yang kukuh tanpa sebarang kebocoran atau kerosakan bagi menyokong sistem solar yang berat.
Kawasan yang mempunyai pengudaraan yang baik untuk menyimpan bateri.
Perkara berkaitan teduhan kawasan panel solar bagi memanfaatkan tenaga solar dengan cekap.
Mematuhi undang-undang tempatan dan memenuhi keperluan pembekal tenaga elektrik anda untuk menyambung ke grid kuasa.
Jika anda tinggal di hartanah strata, anda perlu berurusan dengan Badan Pengurusan Bersama (“Joint Management Body” atau JMB) atau Perbadanan Pengurusan (“Management Corporation” atau MC) untuk memasang panel solar.
Pembekal panel solar di Malaysia :
Membeli peralatan panel solar di Malaysia tidak semudah mengunjungi mana-mana kedai perkakasan. Mujurlah SEDA Malaysia menyediakan senarai pembekal sistem tenaga solar yang berdaftar dan boleh dipercayai.
Buat masa ini terdapat lebih 110 pembekal panel solar PV dan 27 pelabur sistem panel solar PV yang berdaftar dengan SEDA Malaysia. Anda boleh menghubungi kesemua syarikat ini bagi mendapatkan tawaran terbaik. Para pembekal ini turut menawarkan bantuan membuat permohonan dan pemasangan jika diperlukan.
Berikut adalah tiga pembekal yang kami syorkan:
Aco Eco– Syarikat bereputasi baik dalam penyediaan perkhidmatan tenaga suria yang memuaskan pemilik kediaman di Malaysia.
AEE Solar– Pemborong bereputasi baik yang membekalkan panel solar kepada kediaman dan premis perniagaan.
Goal Zero– Penyedia panel solar inovatif dan mudah alih yang boleh dipasang di mana-mana pada bila-bila masa untuk kemudahan anda.
Anda boleh membeli secara terus daripada pembekal perkhidmatan yang diiktiraf SEDA Malaysia atau beli secara dalam talian (online) di laman e-dagang seperti Lazada dan Shopee.
Kos pemasangan sistem panel solar :
Pemasangan panel solar bukan murah. Kos sebuah sistem tenaga solar berpenarafan 4kWp untuk sebuah kediaman dua tingkat, termasuk khidmat pemasangan profesional, boleh mencecah antara RM50,000 ke RM60,000.
Berikut adalah cara membuat anggaran kos panel solar mengikut Solar Panel Malaysia:
Langkah 1: Periksa bil elektrik dan dapatkan purata penggunaan elektrik anda dalam jam kilowatt (kWh) setahun.
Langkah 2: Buat pemerhatian bilangan jam dalam sehari bagi cahaya matahari di kawasan anda.
Langkah 3: Tentukan peratusan tenaga elektrik solar yang diperlukan oleh isi rumah anda.
Langkah 4: Gunakan formula berikut yang digunakan di seluruh dunia untuk menganggarkan saiz panel diperlukan. Berdasarkan saiz, anda boleh mendapatkan belanja yang diperlukan dalam bentuk simpanan atau pinjaman bank.
Sebagai contoh, jika bil elektrik RM100 sebulan dengan purata penggunaan 1,000kWh sebulan dan anggaran 5 jam pancaran matahari dalam sehari pada liputan 75%:
Saiz jujukan dalam kilowatt = (12,000kWh/setahun) ÷ (365 hari) ÷ (5kWh/sehari) x (75%) ÷ (75%) =6.58kW
Penghitungan ini adalah untuk anggaran kos panel solar sahaja. Satu lagi kos yang perlu anda tanggung adalah pemasangan yang didorong oleh faktor seperti:
Purata penggunaan tenaga elektrik sebulan.
Amaun tenaga elektrik yang ingin anda imbangi.
Pancaran cahaya matahari di kawasan anda.
Seperti yang disebut di atas, kos keseluruhan boleh mencecah antara RM50,000 ke RM60,000.
Adakah insentif sistem panel solar untuk pemilik rumah di Malaysia?
1. Pemeteran Tenaga Bersih (Net Energy Metering atau NEM)
SEDA Malaysia telah memperkenalkan program Pemeteran Tenaga Bersih (Net Energy Metering atau NEM) bagi membolehkan anda menjana tenaga solar dan memperoleh pendapatan daripadanya, memandangkan ia membolehkan anda menyimpan tenaga elektrik di dalam grid. Tenaga boleh baharu yang dijana boleh digunakan oleh isi rumah dan selebihnya boleh dijual kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi Semenanjung Malaysia dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) bagi Sabah dan Labuan. Anda boleh mengambil bahagian dalam NEM menerusi pembiayaan atau pemilikan pihak ketiga, tertakluk kepada saling persetujuan dengan pelabur.
Setakat Januari 2019, satu konsep baru NEM telah diperkenalkan. Pembilan bersih yang digunakan sebelum ini telah ditukar kepada pemeteran tenaga bersih sebenar yang membolehkan lebihan tenaga solar PV dieksport semula ke grid secara pengimbangan satu kepada satu. Ini bermakna setiap 1kWj yang dieksport ke grid akan diimbang oleh 1kWj yang digunakan daripada grid, dan bukannya konsep kos teralih yang digunakan sebelumnya. Inisiatif baru ini akan menambahbaik pulangan pelaburan (ROI) solar PV di bawah program NEM.
Sebelum ini, pengguna boleh memilih untuk menyertai program Tarif Galakan (Feed-in Tariff atau FiT) yang membolehkan peserta menjual tenaga elektrik pada harga yang dijamin bagi setiap kilowatt jam yang dihasilkan oleh sistem tenaga solar mereka.Penyertaan bagi program FiT ini bagaimanapun telah ditutup sejak 2017 dan telah digantikan dengan mekanisme NEM.
NOTA: Kuota penguntukan baru bagi NEM adalah 500MW sehingga tahun 2020, dan permohonan untuk NEM adalah berdasarkan ‘tiba dahulu layan dahulu’ sehingga kuota dipenuhi. Permohonan boleh dibuat oleh pembekal perkhidmatan PV berdaftar yang dilantik oleh anda dan perlu dihantar sama ada secara biasa atau menerusi portal permohonan dalam talian SEDA. Klik di sini untuk mengetahui garis panduan terbaru permohonan NEM.
2. Pemajakan Solar di bawah program Perjanjian Bekalan Bagi Tenaga Boleh Baharu (Supply Agreement for Renewable Energy atau SARE)
Pilihan ini adalah bagi yang berminat untuk bertukar ke tenaga solar tetapi kurang berkemampuan untuk melabur dalam sistem panel solar.
SARE membolehkan pelanggan membuat perjanjian atau kontrak dengan pelabur / pemilik solar photovoltaic dan Tenaga Nasional Berhad. Program ini bertujuan membolehkan lebih ramai pelanggan di Malaysia memanfaatkan sistem solar PV. Menerusi SARE, pemilik /pelabur memajak sistem solar PV kepada pelanggan manakala pembelian tenaga solar oleh pelanggan akan dikenakan caj oleh TNB. Di sini TNB memainkan peranan sebagai ejen kontrak dan pengutipan yuran perkhidmatan. Sebagai pelanggan, anda akan membayar fi pemajakan kepada pemilik menerusi TNB. Sebagai ganti, anda tidak perlu membayar kos pendahuluan pemasangan sistem solar PV.
Kredit: Iproperty
Kerja gila! Kalau dulu IKEA jual peralatan dekorasi rumah, kini rumah keluaran IKEA pun ada! Tak logik betul! Tapi sebenarnya, itu lah hakikat sebenar. Perkongsian pada kali ini adalah mengenai IKEA kini keluarkan rumah "jenama" mereka sendiri!
Menurut laporan yang diterbitkan di dalam Lonely Planet, jika sebelum ini kita berasa teruja selepas mendapat tahu jenama perabot terkemuka dunia, IKEA bakal menjual perabot second hand demi membina rumah yang berkonsepkan mesra alam.
Kini, IKEA juga dikatakan telah bekerjasama dengan Vox Creative dan RV serta Escape iaitu pengusaha bagi kediaman/rumah yang bersaiz kecil atau juga dikenali sebagai tiny house.
IKEA Kini Keluarkan Rumah "Jenama" Mereka Sendiri! :
Walaupun menggunakan treler rumah sebagai kediaman, jenama tersebut tetap mengekalkan konsep keselesaan dan kemewahan dalam menggunakan perabot IKEA bagi membina rumah yang bercirikan mesra alam.
“Kami telah memaparkan sebilangan produk IKEA dalam reka bentuk kediaman kecil kami yang terdapat di seluruh negara.
“Demikian kerana jenama tersebut mencerminkan bahan yang boleh digunakan semula dan dikitar semula yang kami gabungkan ke dalam struktur sebenar,” kata Dan Dobrowolski, Pengasas Escape kepada Lonely Planet.
Rumah/kediaman kecil tersebut akan diubah suai serta dilengkapi dengan pelbagai keperluan yang harus dimiliki oleh pemilik rumah. Barangan tersebut merangkumi konsep mesra alam seperti panel solar, tandas kompos dan bekalan air panas mengikut permintaan.
Rumah/ Tiny House IKEA
Di dalam treler rumah tersebut, terdapat tempat tidur yang bersaiz ‘queen’, sofa lipat dan tempat penyimpanan. Pemilik rumah boleh melengkapkan ruang dengan perabot mereka sendiri atau mereka boleh membinanya sendiri dengan menggunakan perabot IKEA.
Difahamkan, rumah tersebut hanya mengambil masa kira-kira 60 hari bagi membina serta melengkapkan rumah tersebut dengan barangan yang boleh dikitar semula. Harga kediaman kecil tersebut bermula dengan harga RM192,173.32 ($47, 550).
Rumah bersaiz kecil dan menggunakan treler BOHO XL itu bagaimanapun setakat ini difahamkan hanya dijual di Amerika Syarikat.
Tetapi jika anda mempunyai kediaman atau rumah yang kecil dan mungkin kontena bersaiz besar (jika ia mampu dimuatkan dengan perabot), anda mungkin boleh menjadikan rekaan tiny house ini sebagai inspirasi anda yang seterusnya.
Kredit: Travel and Leisure
Menjadi penghuni penjara sememangnya satu pengalaman yang menggerunkan kerana penempatan di penjara tidaklah selesa seperti tidur di hotel. Tetapi perkara ini terjadi sebaliknya di Sweden, bilik cantik persis rumah studio ternyata dijadikan sebagai penjara di negara Sweden.
Ruang sel tahanan atau lokap kebiasaanya berada dalam keadaan suram dan menakutkan. Namun, tidak semua penjara nampak ‘ganas’ kerana di Sweden, penjaranya sangat berbeza dan tidak ubah seperti sebuah penginapan percutian.
Baru-baru ini tular di Twitter di mana ada seorang pengguna memuat naik beberapa posting gambar sel tahanan di dalam sebuah penjara Sweden yang dikatakan serba mewah. Tweet yang disiarkan pada 13 Disember 2020 tersebut tular dengan jumlah likes 197,900 dan retweet 27,500 kali.
Ruang sel penjara persis rumah studio di San Francisco
“Sel di penjara Nordic ini persis rumah apartment di San Francisco yang bernilai USD3,000 (+-RM12,155),”
Sungguh selesa dan dilengkapi dengan kemudahan yang serba canggih. Jika anda perhatikan pada lampiran gambar tersebut, kesemua dekorasi ruang penjara Sweden ini dihiasi dengan perabot dan perhiasan yang simple dan minimalis.
Menariknya, satu ruang sel hanya menempatkan dua banduan yang pastinya membuatkan mereka berasa bertambah selesa untuk tinggal di situ.
Paling penting, ruang sel penjaranya yang dibina tidak berada dalam mood suram. Dikatakan ia dilengkapi dengan kemudahan asas seperti lampu tidur, tingkap terbuka, kerusi, meja dan katil yang serba canggih.
Di samping itu, terdapat juga kamar mandi yang gah dengan binaan mozaiknya serta ruang makan banduan ala kafe hipster.
Mengapa penjara di Negara Nordic sangat berbeza berbanding negara lain?
Berdasarkan kajian yang dilakukan pada tahun 2010, secara puratanya menunjukkan populasi banduan di kesatuan negara-negara Nordic adalah sedikit dengan jumlah 608 (England), 458 (New Zealand), 324 (New South Wales), 92 (Finland), 87 (Sweden) dan 73 (Norway).
Menerusi tweet Darrel Owens, beliau juga membahaskan bahawa sistem penjara di negara-negara Nordic lebih mengutamakan pemulihan akhlak banduan berbanding menjatuhkan hukuman ke atas jenayah yang mereka lakukan.
Tindakan tersebut bukan sahaja dapat mengurangkan kes jenayah malahan ia berpotensi untuk meningkatkan taraf kualiti kehidupan banduan pada masa yang akan mendatang.
Jadi, tidak hairanlah mengapa pihak penjara Sweden menyediakan sel tahanan mewah kerana kadar populasi banduan yang diterima setiaptahun adalah terlalu rendah iaitu bawah daripada 100 orang sejak 2004 sehingga kini.
Dikhabarkan juga penjara Sweden ini hampir ditutup disebabkan kurangnya bilangan pesalah jenayah yang disabitkan kesalahan pada setiap tahun.
Tiada sekatan pekerjaan atau melanjutkan pelajaran jika ada rekod banduan
“Hidup di penjara Sweden ini umpama ‘percutian sementara’. Setelah dibebaskan, anda bebas untuk mencari peluang pekerjaan dan melanjutkan pelajaran walaupun ada rekod masa lampau sebagai banduan,” ujar Nils, 36 tahun, seorang banduan penjara Sweden yang pernah ditemu ramah oleh wartawan Daily Mail.
Undang-undang penjara seperti ini dilaksanakan bagi membantu bekas banduan penjara Sweden supaya menjadi orang yang berguna dan demi memberikan jaminan supaya mereka tidak lagi dimasukkan ke penjara semula.
Pihak penjara Sweden juga memberikan layanan mesra kepada banduan-banduan mereka. Bukan itu sahaja, banduan juga diberikan kebebasan untuk berkomunikasi bersama pelawat-pelawat mereka bila-bila masa sahaja dan bebas bergerak tanpa dikurung di dalam sel penjara.
Perbezaan penjara Sweden dan Amerika Syarikat
Tidak seperti sistem penjara di Amerika Syarikat di mana rata-rata banduan mereka tidak diberikan hak untuk mencari pekerjaan dan melanjutkan pelajaran setelah mereka dibebaskan gara-gara disebabkan rekod jenayah yang pernah mereka miliki.
Lebih menyedihkan, rata-rata bekas banduan Amerika Syarikat juga disisihkan oleh masyarakat. Disebabkan tiada kelulusan untuk memohon pekerjaan, ada antara mereka yang bertindak untuk memilih jalan dengan menjadi seorang gelandangan.
Begitulah cara Sweden ‘merawat’ banduan yang dimasukkan ke dalam penjara sweden. Ia berkesan dalam mengurangkan kes jenayah di sana tetapi adakah sistem penjara seperti ini berkesan di tempat lain?
Remote control selalu hilang? Hari ini kami ingin kongsikan cara DIY sendiri rak guna lebihan casing penghawa dingin. Hal ini kerana salah satu objek yang sering hilang ketika diperlukan ialah alat kawalan atau remote control jauh televisyen ataupun pendingin hawa.
Sekejap ada atas meja, sekejap hilang ‘ditelan’ sofa. Silap hari bulan, ada masanya boleh ‘terbang’ ke dapur.
Bagi rumah yang ada anak kecil pula, kadangkala alat ini pun menjadi permainan mereka. Semuanya berpunca apabila tiada ruangan khas untuk meletakkan alat kawalan ini yang jauh daripada capaian anak-anak.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Encik Aidil Azhar berkongsi tips digunakannya untuk menghasilkan sendiri rak alat kawalan jauh. Apa yang menariknya, beliau menggunakan lebihan casing pendingin hawa sahaja untuk membuat rak berkenaan. Jimat.
Jom baca perkongsiannya.
Remote Control Selalu Hilang? Ini Cara Yang Paling Mudah! :
Remote mana bang?
Ni la soalan yang biasa setiap hari. Semalam remote aircond ghaib! Habis selongkar katil, bantal, bawah sofa, dalam laci. Ghaib. Akhir sekali pergi DIY beli baru.
Ok. Soalannya, macam mana mahu elakkan hilang semula. Fikir-fikir, ini lah hasilnya. Tempat letak remote. Sekurang-kurangnya remote ada tempat khas. Hilang jugak, aku letak mangga terus.
Langkah-langkah :
1. Kumpul dan mula agak-agak jarak remote.
2. Congak jarak dan besar lubang yang akan ditebuk nanti.
3. Ukur saiz setiap remote control dan ambil saiz remote yang paling besar supaya yang lain semua muat.
4. Ukur dan guna sesiku L untuk buat garisan lurus bagi jarak dan lebar lubang remote.
5. Ukur tebal, jadi kalau tebuk lubang nanti takla besar sangat atau tak muat. Bila remote fit nampak kemas sikit.
6. Plotkan pada casing.
7. Siap lukis dan plot. Puas hati kita teruskan. “Measure twice, cut once.”
8. Potong lebihan tepi. Guna la apa-apa peralatan yang korang ada. Janji putus.
9. Untuk lubang tengah aku cadangkan guna gerudi. Guna steel bit. Tebuk tepi supaya senang nak potong dengan pisau nanti.
10. Ini lepas potong dan kemaskan guna pisau. Perlukan steady hand, sama ada kau akan cedera atau tepotong bekas PVC. Jadi berhati-hati.
11. Kita buat cubaan atas darat. Kalau okey, kita teruskan.
12. Letak dinding aku guna double tape je. Mudah. Tidak perlu tebuk lubang. Kalau kamu tidak yakin, boleh tebuk.
13. Kalau anda perasan lekuk pada bibir PVC menghalang remote dari menggelongsor dari kedudukannya. Jadi insyallah tidak akanjatuh. Kecuali kau sesaja buat bijak tolak.
14. Inilah hasil DIY rak remote control yang boleh letak 4. Kalau andaada sepuluh remote, boleh tebuk ikut suka.
Sebelum terlupa. Remote aku yang hilang baru jumpa tadi. Anak aku letak dalam lunch box kakak dia.
Kredit: Aidil Azhar
Daripada Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sembahyang berjemaah adalah lebih utama (baik) daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh darjat”.
Pelbagai langkah dan cara dilakukan oleh pihak pengurusan masjid untuk menggalakkan lebih ramai orang datang ke rumah Allah. Begitu juga dengan salah sebuah masjid di Turki yang dikenali sebagai Masjid Lukisan Hamidiye Camii
Masjid Lukisan Hamidiye Camii, yang diilhamkan oleh ayat-ayat al-Quran untuk membantu mengingatkan orang ramai tentang keindahan syurga dan menambah rasa ketenangan untuk beribadah.
Lukisan Masjid Hamidiye Camii Cantik & Menarik :
Masjid kecil cantik ini terletak di tengah bandar Kirsehir, Turki. Masjid ini telah menarik perhatian ramai orang dengan kecantikan lukisannya serta rekaan dalam masjid yang menarik.
Silingnya dipenuhi dengan lukisan langit dan awan yang cantik, ruang utama imam dilukis air terjun yang indah, pokok-pook di antara tingkap dan permaidaninya seakan-akan rumput.
Masjid :
Reka bentuk
Perkara yang paling menyeronokkan apabila korang penat-penat balik kerja terus dapat ‘lepak’ dalam bilik yang sangat nyaman dan bersih. Kalau bilik bersih, tekanan di tempat kerja pun hilang, betul kan? Perkongsian ini adalah dari Lady Boss. Perkongsiannya adalah mengenai cara deco bilik tidur guna barangan shopee mampu milik.
Hiasan bilik ini sangat simple but nice. Tambahan pula penggunaan perabot dan barangan hiasan yang murah tidak langsung "cacatkan" bilik tidur yang indah tersebut malah lebih berpuas hati dengan kecantikkannya.
Malah buat mereka yang sememangnya jenis suka berada di rumah, bilik tidur antara salah satu ruang boleh menenangkan minda dan memberi semangat positif.
Cara Deco Bilik Tidur Guna Barangan Shopee Mampu Milik :
Bilik tidur yang cantik dan kemas juga diibaratkan seperti terapi untuk merehatkan diri. Cara deco bilik tidur adalah simple sahaja
Terbaru, melalui laman Twitter, seorang gadis telah berkongsikan beberapa perabot dan barangan serta eksesori bilik tidur yang boleh dibeli melalui laman Shopee.
Ternyata barangan yang dikongsikan itu bukan sahaja mampu milik tetapi sememangnya berbaloi dan sesuai untuk mereka yang ingin mendekorasi ruang peribadi itu menjadi lebih cantik dan menawan.
Jom lihat perkongsian penuh di bawah :
1) Kerusi
Macam anda nampak dalam ini, inilah kerusi yang kebanyakan Korean drama guna. Cantik kan? Boleh jadikan sebagai kerusi belajar dan jika beli banyak boleh guna untuk letak kat dapur. Berbaloi, nanti barang sampai pandai-pandailah pasang sendiri.
Yang ini pula untuk anda gantung baju. Harga pun murah dan berbaloi. Macam biasa kena ada kudrat untuk pasang sendiri Lepas iron baju terus gantung atau gantungkan sahaja sweatshirt atau hoddie dan jeans anda Senang.
Kalau anda jenis ada banyak beg atau suka gantung barang dekat mana-mana, boleh beli yang ini. Sesuai untuk gantung baju, topi, tudung, beg. Harga sangat berpatutan.
Siapa kat sini peminat tapestry? Tak kisah lah jenis bohemian/tropical or etc. Tapestry ini cantik kalau gantung kat dinding bilik! Mostly orang guna as background untuk ambil gambar lawa or jadikan as video background. Nak buat live or record video boleh lah guna ni.
Vinyl floor ini sesuai untuk yang nak lantai bilik diubahsuai dengan cantik dan menarik. Serious lawa gila kalau letak vinyl floor ini naik seri bilik anda.
Cadar ini dia macam terapi untuk kita tau. Kalau cadar tu cantik dan sedap pakai kita pun jadi selesa nak tidur. Jadi, nii adalah antara suggestion untuk anda. Boleh pilih nak saiz yang macam mana semua ada kat Shopee.
Trolley ini tak kisah anda nak letak dalam bilik ke untuk kat dapur ke pun boleh sebab dia multipurpose tapi lagi baik letak dalam bilik untuk yang ada banyak barang tu susun elok-elok kat dalam trolley ni untuk nampak kemas dan cantik.
Yang ni wajib beli jika anda nak tilam bebas dari kotor macam air tertumpah ke dan untuk wanita jika ada darah bocor masa datang bulan ke, yang ini boleh cover terus dari kena kat tilam.
Yang ni tak beli kat shopee pun tak apa, anda boleh beli dekat Mr Diy, Daiso, Ecoshop, Ninso, Kaison. Ni hanya untuk yang tak keluar rumah dan menunggu barang sampai gitu. Wall grid ini boleh guna letak kat dinding dan hias dengan gambar.
Yang ini memang popular dari dulu sampai sekarang pun orang masih guna untuk cantikkan bilik. Atleast tidur malam ada lampu kelip-kelip jadi peneman kan? Ni antara salah satu jenis lampu yang anda boleh letak untuk deco bilik.
Yes itu nama lampu ni if korang cari kat shopee. Yang ni best sebab dia lampu yang ada sekali boleh connect dengan lagu. Jadi, jika buat kerja ke apa malam-malam, nak feeling-feeling boleh la buka lagu. Berbaloi untuk beli.
Yang ini jika anda wajib beli sebab senang la untuk study. Harga pun tak adalah mahal sangat, tapi berpatutan. Tapi jika tak nak beli kat Shopee boleh beli kat IKEA! Ni suggestion utk yg kat shopee je tau.
Ingat! barang underwear anda pun salah satu aset penting tau! Kena susun kemas-kemas tak adalah kelam kabut mencari. Yang ni anda boleh sahaja jumpa kat kedai luar, hanya siapa yang tak nak beli luar nak order tunggu barang sampai.
Carpet pun penting untuk kecantikan bilik kita tapi bergantung la ada yang jenis suka jenis berbulu macam itu. Jadi saya letak dulu jenis yang kita biasa tengok. Yang ini ada macam-macam size, jadi harga pun ada pelbagai.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.
Siapa cakap yang anda tidak boleh hias rumah sewa macam rumah yang dibeli? Antara ruang yang paling penting dalam rumah buat seorang wanita sudah semestinya adalah kawasan dapur. Jadi, dekorasi dan susun atur dalam kawasan tersebut perlulah sentiasa kemas. Perkongsian kali ini adalah dari Nur Diyana. Perkongsian pada kali ini adalah mengenai deco bajet dapur rumah sewa tanpa kabinet.
Namun, bukan semua dalam kalangan kita yang mempunyai bajet besar untuk mendekorasi dapur supaya kelihatan grand. Jadi, ini perkongsian DIY dekorasi bajet dapur rumah sewa ala-ala farmhouse. Cantik!
Deco Bajet Dapur Rumah Sewa Gaya Farm House :
Assalamualaikum. Terima kasih pada kawan kawan kaki deko yang memberikan komen positif dan tak kurang juga kritikan pada hasil dekorasi ruang tamu di rumah sewa saya tempoh hari.
Episod kali ini saya akan kongsikan berkenaan dapur pula.Saya pasti ramai kawan kawan yang buntu bila masuk ke rumah sewa yang dapurnya tidak dilengkapi dengan apa apa keperluan asas, kan?
Jadi saya akan kongsikan susun atur dapur di rumah sewa saya yang juga tidak ada kitchen cabinet apatah lagi table top yang bertemakan dekorasi bajet ala ala farmhouse pula.
Setiap penerangan ini insyaAllah ada saya sertakan di caption gambar jadi saya mohon kawan kawan luangkan masa untuk baca dan fahamkan. Maaf sekiranya saya tak selalu ada masa untuk jawab soalan berulang.
Semoga perkongsian & penulisan ini bermanfaat untuk semua terutama pada kawan kawan yang masih menyewa juga.
Bajet :
Dengan kawalan bajet yang ketat, saya yakin saya mampu siapkan keperluan dapur ini dengan bajet kurang dari RM 500! "Biar betul ko ni dik bajet RM 500 satu dapur ni ?". Mungkin itu lah yang ada di dalam fikiran acik acik dan akak akak sekalian. Sungguh, itulah anggaran yang hangus untuk peralatan utama yang saya gunakan :
• 2 Unit gas stove rack ( RM 70/each @ Shoppe)
• 4 Unit rak penstoran Hyllis saiz besar ( RM 49.90/each @ Ikea)
• 2 Unit rak penstoran Hyllis saiz kecil ( RM 39.90/each @ Ikea)
• Cat yang digunakan pula adalah cat lebihan dari ruang tamu
TOTAL : RM 419.40
Jadi misi perbelanjaan barangan asas saya berjaya! Tambahan lain seperti keperluan untuk membeli balang makanan di dapur, hiasan dinding, troli, para, skirting, kuali & periuk serta pinggan mangkuk berbeza bagi setiap isi rumah jadi, jadi bajet tambahan itu terpulang pada anda.
Hasil Manfaat Ruang Yang Secukupnya :
Inilah hasil dapur kami setelah kami berkahwin tiga bulan yang lepas. Saya cuba manfaatkan ruang dengan sebaiknya. Hasilnya,saya boleh katakan dapur ini hampir lengkap, saya ada :
• tempat memasak yang luas
• preparation area bersebelahan sinki
• rak susunan makanan kering
• rak khas untuk kitchen appliance
• rak khas untuk alatan mandian & cucian
• ruang khas untuk susunan pinggan mangkuk harian
• ruang khas untuk stok inventori makanan yang belum dibuka
• ruang khas untuk kuali & periuk
Bahkan beberapa perincian ringkas bagi menghidupkan mood farmhouse di dapur. Meskipun tidaklah mewah, saya sudah cukup gembira dengan keadaan ruang dapur saya sekarang. Segala keperluan mencukupi dan terlihat sempurna bagi keperluan kami berdua.
‘Mood Farmhouse’
Bersebelahan dapur memasak disediakan troli beroda tiga tingkat dengan setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri. Aras 1 diletakkan bekas bagi food garnishing. Senang lepas masak boleh terus tabur, aras 2 bahagian plastik sampah dan aras 3 dimuatkan roll tisu dapur. Barangan ini pasti saja memudahkan kerja pembersihan semasa atau selepas memasak.
Barangan wajib ketika masak yang disusun dalam radar mudah capai bersebelahan dapur gas -garam, gula, serbuk kunyit dan minyak masak. Bekas kedap udara ini saya beli di Daiso. Harganya cuma RM 5.90 satu. Botol minyak pula dari Eco Shop sahaja.
Di atas preparation area saya gantungkan pula para Ikea Burhult dengan pendakap berharga RM 14.90 sekadar untuk menampung stock tuala dapur, tuala tangan dan hiasan ringkas.
“Eh rak ini bercahaya ke?”- Ya benar, mari saya ceritakan.Walaupun saya promote rak Ikea dan Shoppe di hampir setiap caption, saya tidak akan lupakan Eco Shop di mana segala-galanya idea deko kita sebagai rakyat marhaen boleh direalisasikan.
Di setiap tingkat rak Hyllis ini saya tambahkan lampu viral yang harganya cuma RM 2.10. Ianya akan melekat kukuh kerana ada alat penggantung (magnet& double sided pelekat Velcro) di belakang lampu. Beginilah keadaan rak di open pantry saya apabila semua lampu ditutup pada waktu malam. Terang kan?
Ini satu idea yang pasti memudahkan kebanyakkan ibu-ibu di rumah. Meskipun tidak ada built in cabinet downlight, kita tidak perlu lagi berdepan dengan masalah gelap dalam dalam kabinet bila malam, ketika bancuh air pun tak nampak.
Keadaan semasa. Ini ruangan sinki saya. Awas bawang rangers ! Sebelum taip apa apa, baca dulu dan buka minda anda. Kawasan sinki saya TIDAKLAH DIHIAS DENGAN JAMBANGAN BUNGA sebegitu pada hari biasa. Inilah yang kita namakan for Instagram purpose.
Ruang Penstoran Alat Cucian Juga Penting :
Bahagian bawah sinki menjadi ruang penstoran bagi alat cucian dan toiletries. Saya cuma gunakan rak Hyllis size kecil yang telah saya nyatakan di atas. Setiap alatan disusun di dalam rumah masing masing jadi secara tidak langsung saya peka dengan stok barangan yang masih ada ataupun yang perlu dibeli.
Simpanan dalam peti sejuk.
Kemas! Tak semestinya tunggu rumah sendiri baru nak hias cantik-cantik bukan?
Pasti anda tertanya-tanya bukan, apakah 10 cara berkesan untuk halang cicak dari masuk ke kediaman rumah kita. Tertebih dahulu, cicak merupakan antara binatang yang tidak digemari tetapi sering menjadi ‘penghuni’ rumah kita selain tikus dan lipas. Meskipun bertubuh kecil, kehadiran haiwan ini sebenarnya boleh mendatangkan bahaya dan kekotoran pada rumah kita sekiranya terus dibiarkan membiak. Perkongsian kali ini adalah mengenai 10 cara berkesan halang cicak ceroboh kediaman anda.
Antara dua perkara yang kurang digemari terhadap cicak iaitu bunyinya yang kadang-kala boleh membuatkan kita atau anak-anak kecil menjadi terkejut dan najisnya yang banyak dan boleh memenuhi ruang serta mengotorkan rumah.
Untuk anda di luar sana yang runsing dengan masalah cicak di rumah anda dan bingung dengan kaedah untuk mengelak dari haiwan ini memasuki kediaman anda.
Perkongsian kali ini kami bawakan cara berkesan yang dikongsi oleh Dr Hani Mynis di laman Facebooknya tentang 10 cara menghilangkan cicak dari rumah.
10 Cara Berkesan Halang Cicak Ceroboh Kediaman Anda :
Hani tahu ramai yang tunggu hani post pasal pengurusan cicak kat rumah ni. Hani anti kat cicak ni bukan lah sebab semata-mata sebab geli dengan cicak tapi najis nya yg merata-rata tu mengotorkan dan susah nak dibersihkan bila dah kering.
Punyalah hani anti (dan geli) dengan cicak, ha hambik satu post hani buat khas utk dia
haha
Sebelum hani kongsi macam mana nak elak atau taknak cicak masuk rumah ni, jom kita berkenalan dengan cicak ni dulu. Kita dah kenal dia baru kita boleh “hapus”kan.
Biodata cicak
Makanan cicak : binatang/serangga kecil seperti semut, nyamuk, lalat, kumbang, unggas, labah-labah kecil.
Pemangsa cicak: burung
Habitat cicak : Tempat yang hangat (disebabkan sekarang ini musim hujan sebab itu banyak cicak masuk rumah, dorang sejuk kat luar), belakang almari, belakang tv, sekitar peti ais, sekitar lampu, belakang bingkai gambar dan cermin.
Kesukaan : persekitaran yang kotor, tempat yang berbau hapak seperti timbunan kertas terutamanya surat khabar, timbunan kasut, timbunan baju
Kebencian : bau yang tengik seperti bau bawang merah, bawang putih, tembakau, cuka, ubat gegat
10 cara nak elakkan cicak berkampung kat rumah kita.
Hilangkan bekalan makanan cicak kat rumah kita , iaitu kita uruskan dulu masalah nyamuk dan semut yang banyak kat rumah. Gunakan racun semut (yang jual sepeket rm1 tu sangat berkesan) dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk. Bila bekalan makanan dia takda kat rumah kita automatik cicak akan berkurang atau takda lansung. Hani gunakan cara ni juga yang menyebabkan kat rumah hani susah nak jumpa cicak.
Disebabkan cicak takut dengan burung, bela burung di rumah! Eh eh tidak perlu sampai macam itu sekali memadai sediakan jejak burung seolah-olah ada burung kat rumah kita dengan cara:
Letak beberapa kulit telur burung puyuh pada area tingkap atau mana tempat cicak boleh masuk. Dia nampak saja telur burung puyuh, confirm tak jadi masuk rumah.
Lekatkan bulu pelepah burung di tempat masuk cicak. Kalau mahu cantik boleh letak bulu pelepah burung merak lekat kan dinding jadikan perhiasan.
Disebabkan cicak suka lepak belakang almari dan bingkai cermin dan dinding, semasa susun atur perabot jangan rapatkan perabot kat dinding. Jarakkan dalam 10 cm dari dinding. Kalau di rumah banyak cicak, kurangkan perhiasan sangkut-sangkut macam bingkai cermin dan gambar.
Jaga kebersihan rumah, pastikan tong sampah bertutup. Sebab bila sampah dan sisa makanan tarik perhatian lalat, automatik cicak pun datang ramai-ramai panggil 'geng' dia sebab banyak makanan dia kat rumah.
Elakkan suka melonggok barang samada kain-kain, kertas dan kasut. Kitar semula surat khabar lama. Re-organise semua barang supaya teratur dan berada di rumah dan tempat khas untuk setiap barang.
Letakkan beberapa ulas bawang putih atau hirisan bawang merah dalam kabinet. Tapi ini kena berhati-hati sebab perlu ditukar selang 3 hari. Kang membusuk lain pulak jadinya.
Letak ubat gegat dalam kabinet atau laci. Tapi laci/kabinet berisi makanan tidak digalakkan.
Lap permukaan meja makan/ kaunter kabinet dengan semburan campuran cuka (diy surface cleaner) untuk elakkan cicak melintas atas meja makan kita
Cara membuat d.i.y surface cleaner:
250ml air biasa (air paip)
50ml cuka (cuka murah2 je cuka sintetik pn ok)
3 sudu plastik dish soap (hn guna Joy)
1 sudu plastik dettol
Guna pelekat perangkap lalat. Boleh beli di Eco. Tampalkan di sebelah peti ais atau belakang tv, bingkai cermin atau gambar. Cicak akan melekat kat atas pelekat tu dan kita boleh buang bila dah ada beberapa cicak melekat. Tak digalakkan utk org penggeli cicak mcm hani hahaha hani x berani buat ni
Bela kucing sbb kucing boleh tolong tangkap cicak, bukan setakat cicak kadang2 sumpah2 pun dorang boleh “hadiahkan” kat tuan dia
So pilihlah cara yang mana satu yang nak diguna untuk singkirkan cicak kat rumah.
Tidak dinafikan, cara cuci kuali dan pelbagai peralatan dapur dengan mudah memainkan peranan dalam aspek kebersihan rumah. Kebersihan rumah perlu sentiasa di jaga. Rumah yang bersih dan kemas sudah semestinya menjamin kehidupan yang lebih berkualiti bukan? Perkongsian kali ini adalah dari 5 Minutes Craft. Perkongsiannya adalah mengenai cara cuci kuali dan peralatan dapur dengan mudah.
Bagaimanapun, bukan semua orang suka mengemas rumah. Sesetengah berpendapat bahawa mengemas rumah adalah perkara yang membosankan. Tambah-tambah jika anda menghadapi kesukaran untuk menghilangkan kotoran pada sesuatu barang, misalnya kerak hitam pada permukaan atas kuali.
Kali ini kami ingin kongsikan dengan anda beberapa tips mudah yang boleh anda lakukan di rumah untuk mencuci kuali dan pelbagai peralatan dapur yang lain dengan mudah.
Cara Cuci Kuali Dan Peralatan Dapur :
1. Kerak hitam pada kuali
Memasak makanan bergoreng kadang-kala boleh meninggalkan kesan kerak hitam pada permukaan dalam kuali. Kadang-kadang kerak hitam tersebut sangat susah ditanggalkan biarpun sudah mencuba pelbagai produk pencuci.
Mudah sahaja, dengan menggunakan ubat gigi, kerak hitam tersebut boleh ditanggalkan. Picit ubat gigi pada bahagian yang hendak dicuci kemudian gosok dengan span lembut hingga tanggal kerak-kerak hitam berkenaan dan sebelum dibilas dengan air bersih.
2. Kotoran pada bahagian dalam botol
Ini antara cabaran terbesar bagi mereka yang gemar menyimpan botol untuk dijadikan bekas menyimpan minuman. Disebabkan bukaan lubang botol yang kecil, ternyata agak sukar untuk memasukkan span dan mencuci di bahagain dalam.
Apa yang perlu anda buat adalah dapatkan dua span pencuci, dua magnet kecil dan gam. Belah pada bahagian tengah span, kemudian masukkan magnet di bahagian dalam span tersebut dan gam kembali kawasan yang dibelah.
Ketika anda ingin membasuh bahagian dalam span tersebut, anda cuma perlu memasukkan span dengan magnet ke dalam botol dan biarkan trik ‘magik’ zaman kanak-kanak anda lakukan tugas membersih itu.
3. Mencuci bahagian dalam pengisar
Sesetengah suri rumah mendapati ianya agak sukar membersihkan bahagian dalam pengisar sekiranya ia digunakan untuk mengisar bahan masakan mudah melekat ataupun berminyak.
Sebenarnya ada tips mudah dimana anda mampu menghapuskan kesan kotoran ini dalam tempoh masa 10 saat sahaja.
Mula-mula, anda masukkan air sederhana panas kedalam pengisar dan tambahkan sedikit pencuci. Kemudian hidupkan pengisar dan biarkan pergerakkan di dalam pengisar mencuci serta menanggalkan semua kotoran yang melekat.
Banyak lagi tips-tips berguna untuk anda cuba dengan menonton video dibawah. Semoga bermanfaat.
Disetiap rumah pasti ada kuali yang bergantungan di dinding dapur bukan? Kadang-kala kita sendiri pun serabuk tengok kuali dalam keadaan bergantungan disetiap penjuru dinding dapur begitu. Tetapi apa boleh buat, tiada tempat yang sesuai dan terlindung untuk menyimpan kuali-kuali kesayangan itu supaya dapur kelihatan lebih kemas. Perkongsian kali ini adalah dari seorang lelaki yang bernama Ijal Rizal Rohani. Perkongsiannya adalah mengenai diy penyangkut kuali boleh tarik mudah dan simple.
Jadi mari ikuti perkongsian dari wanita ini dimana suaminya membuat penyangkut kuali boleh tarik dalam kabinet untuknya. Beruntungnya badan ada suami tercinta boleh tolong buatkan. Idea suami wanita ini boleh diberikan kredit kerana ianya boleh dikatakan sangat kreatif .
Semoga perkongsian dari Ijal Rizal Rohani melalui akaun facebook beliau dapat memberikan inspirasi untuk anda membuat DIY tempat simpan kuali boleh tarik dalam kabinet seperti ini.
DIY Penyangkut Kuali :
Semalam birthday kesayangan hamba Cek Berry aka hakak misi kiranya ini salah satu hadiah birthday PKP 2020 untukku kepada dia la.
Senyum lebar dia malam tadi Alhamdulillah.
Ini adalah peralatan yang digunakan bagi menjayakan diy ini untuk isteri tercinta.
Untuk melihat cara-cara melakukan diy seperti ini, anda boleh tekan link dibawah dan lihat sendiri cara yang mudah dan ringkas untuk hasilkan diy seperti ini.
Itu sahaja perkongsian yang dapat dikongsikan oleh Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Diharap dengan perkongsian ini dapat sedikit sebanyak membantu anda dalam melakukan diy seperti ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba. Hasilnya mampu untuk membuatkan hati isteri anda ceria dan tersenyum lebar tau.
Semua orang mahukan dapurnya kelihatan cantik dan bersih. Kali ini giler deco ingin berkongsi mengenai idea dekorasi dapur idaman semua wanita yang sangat menarik untuk dijadikan sumber inspirasi. Setiap wanita mengimpikan dekorasi dapur yang menarik untuk mereka.
Untuk dapatkannya, pemilik rumah tidak perlu nantikan ruang dapur yang besar untuk menjadikan ruang dapurnya kelihatan cantik dan selesa. Dengan susunan dan pemilihan rekabentuk yang tepat akan menjadikan ruang dapur anda naik berseri.
Seperti yang kita ketahui, dapur merupakan ruangan penting untuk memasak, menyimpan peralatan makan, tempat makan dan sebagainya. Susunan kekemasan sesuatu dapur bergantung pada cara kita kendalikan peralatang di dalam ruang dapur agar tersusun rapi dan kemas walaupun ruang dapur sempit.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco pada perkongsian kali ini.
Idea Dekorasi Dapur Idaman Semua Wanita :
[foogallery id="5970"]
Bagaimana? dah dapat idea untuk hiasan dapur anda? Semoga melalui perkongsian gambar-gambar di atas, anda mendapat idea terbaik untuk menghias dapur anda tidak kira dapur luas ataupun sempit. Tidak perlu sebenarnya mengupah orang lain untuk melakukan hiasan atau susunan di ruang dapur.
Kita sendiri sebenarnya boleh melakukan kerja-kerja menghias dan menyusun ruang tersebut. Selain itu, Cukup sekadar kita menyusun peralatan yang ada sedia tanpa mengubah sesuatu yang sukar seperti kabinet, rak dan sebagainya.
Apa yang penting adalah, rancang dahulu bagaimana menghias dan menyusun bahagian dapur agar mudah bagi anda melaksanakannya. Selain itu, usaha juga penting bagi merialisasikan impian dapur yang indah dan kemas. Semoga Perkongsian ini bermanfaat untuk anda.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco pada kali ini. Diharap perkongsian kali ini dapat membantu anda dalam cuba untuk menghias rumah.
Bilik tidur utama merupakan pelengkap kepada sebuah rumah. Maka, dekorasi bilik utama memainkan peranan penting untuk sesebuah rumah. Biasanya kita akan deko bilik tidur utama kerana ia punca kebahagian dan ketenangan hati suami dan isteri. Bilik utama sempit dan kurang luas bukanlah penghalang untuk kita menghias menjadi indah. Perkongsia kali ini adalah mengenai 7 tips dekorasi bilik utama yang menarik.
Bilik yang sempit, jika pandai mengenakan warna dan perabut ia pasti nampak lebih luas. Hari ini Giler Deco ingin berkongsi dengan anda 100 Idea Dekoras Bilik Tidur Utama Simple dan Eksklusif". Kadang-kadang tu bila pergi ke hotel-hotel mewah pasti teringin nak cantikkan bilik tidur utama seperti bilik hotel.
Bila balik ke rumah, terus lupa nak hias cantik-cantik. Jadi, jom kita lihat 7 tips dekorasi bilik utama supaya kelihatan cantik dan mempersona.
7 Tips Dekorasi Bilik Utama Yang Menarik Untuk Anda :
Tips Dekorasi Bilik Tidur Utama
1. Warna cat bilik Jika kita melihat, trend sekarang lebih kepada warna-warna polos seperti putih, coklat dan krim. Warna-warna ini akan menjadikan bilik lebih warm dan redup. Cuba elakkan dari memilih warna-warna terang seperti merah terang atau oren. Penggunaan warna memainkan peranan penting pada mood semulajadi suasana.
2. Perabot
Pilih perabot yang bersesuaian dengan konsep bilik tidur utama anda. Pastikan katil dan meja sisi ditempatkan di ruang yang sesuai. Elakkan meletak katil bertentangan dengan pintu masuk, lebih-lebih lagi jika pintu tersebut menghadap ruang tamu. Pastikan saiz perabot bersesuaian dengan ruangan bilik dan pilih almari yang mempunyai ruang stor yang lebih fleksible dan luas.
3. Wallpaper dinding
Jika anda ingin memasang wallpaper pada dinding bilik, pilih kemasan yang lembut dan ringkas. Elakkan corak terlalu sarat kerana ia akan menjadikan suasana kamar menjadi sesak dan tidak menarik.
4. Warna langsir
Padankan warna langsir dengan warna dinding dan juga cadar. Jika bilik tidur utama anda kecil, pilih langsir polos atau corak motif yang lebih kecil.
5. Penggunaan cadar
Pilih corak cadar yang sesuai dengan konsep ruang bilik tidur utama anda. Gunakan cadar yang lebih polos dan natural kerana ia akan membuat bilik tidur utama anda lebih kemas dan tenang.
6. Dekorasi dinding
Jika dinding kosong, letak sedikit hiasan deko yang menarik seperti frame bunga atau gambar perkahwinan di atas kepala katil atau mana-mana tempat yang sesuai. Frame besar akan menjadi titik tumpu untuk sesebuah bilik. Elakkan letak di sekeliling bilik, lebih-lebih lagi pada bilik yang kecil.
7. Bau-bauan, udara dan pencahayaan
Letakkan penyegar dan haruman yang mampu membuat bilik anda terasa nyaman dan segar. Jangan biarkan bilik anda terkedap tanpa sebarang pencahayaan. Sesekali buka tingkap atau pintu untuk pengaliran udara dan cahaya yang baik.
Ini adalah idea dekorasi bilik tidur yang mempunyai ruang kecil dan terhad. Tujuan utama menghias bilik tidur tidak lain tidak bukan adalah untuk kepuasan diri sendiri. Selepas seharian penat bekerja, apabila tibanya di rumah anda pasti akan terus menuju ke bilik, iaitu ruangan untuk anda beristirehat. Bilik yang cantik sedikit sebanyak dapat memberikan keselesaan, jadi tak salah untuk anda melaburkan sedikit duit untuk bilik tidur anda. Perkongsian pada kali ini adalah dari Hias Bilik Tidur. Perkongsiannya adalah mengenai 11 idea dekorasi bilik tidur ruang kecil dan terhad.
Tetapi bagaimana pula jika bilik tidur anda kecil? Jangan risau, kali ini kita lihat tips dekorasi bilik tidur yang kecil dan sempit! Memiliki ruang tidur yang kecil bukan menjadi penghalang untuk anda menghias bilik tidur.
Apa yang anda perlukan adalah sedikit masa untuk membuat research tentang dekorasi yang sesuai dengan ruangan bilik tidur anda. Zaman moden kini research hanya di hujung jari, tinggal petik saja! Ikuti perkongsian ini untuk ketahui tips makeover bilik tidur dengan ruang terhad supaya kelihatan luas dan cantik!
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian deco bilik tidur yang menarik ini.
Idea Dekorasi Bilik Tidur Yang Mempunyai Ruang Kecil Dan Terhad :
[foogallery id="5271"]
Kesimpulannya, tidak susah sebenarnya untuk menghias bilik tidur yang kecil. Hadkan barang di dalam bilik dan ikuti kesemua tips di atas untuk memberikan ilusi bilik tidur yang luas.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Diharap dengan perkongsian sini sedikit sebanyak dapat memberi sumber idea dan inpirasi dalam cuba untuk deco bilik tidur anda.
Waktu membesar adalah waktu paling penting untuk perkembangan otak dan diri kanak-kanak. Dalam tahap perkembangan ini , kanak-kanak akan lebih banyak belajar perkara baru untuk perkembangan otak mereka. Jadi sebagai ibu-bapa ,pastinya anda inginkan suasana terbaik untuk perkembangan anak-anak anda.
Ibu bapa memberi penekanan di dalam aspek keselesaan dan dekorasi yang bertepatan dengan ‘jiwa’ anak-anak untuk membuatkan mereka tidak merasa bosan apabila mendiami ruang tersebut. Pemilihan dekorasi bilik tidur pastel juga perlu bersesuaian dengan konsep dan rona warna untuk anak perempuan dan lelaki.
Susunan perabot dan kelengkapan di dalam bilik disamping pemilihan warna yang betul boleh mempengaruhi emosi dan kelakuan anak-anak semasa proses mereka membesar dan belajar. Kami kongsikan kepada anda idea dan inspirasi bilik tidur dengan rona warna pastel dan lembut yang tidak terhad kepada bilik anak perempuan tetapi juga sesuai untuk bilik anak lelaki anda.
Dekorasi Bilik Tidur Pastel
[foogallery id="5226"]
Pasti anak-anak anda amat menghargai usaha anda untuk membuat dekorasi sebegini. Semoga bermanfaat!
Susunan Bilik Tidur Yang Betul
Apabila anda mempunyai bilik tidur sendiri, pastinya akan teruja kan? Jadi untuk maksimum lagi dekorasi bilik anda, pastikan susunan bilik itu betul. Antaranya ialah :-
Katil dirapatkan ke dinding agar ruang tengah akan nampak lebih luas.
Perabot yang lain rapatkan dan diletakkan berhampiran dengan katil.
Pastikan katil berada bertentangan dengan pintu
Pasti anak-anak anda amat menghargai usaha anda untuk membuat dekorasi sebegini. Semoga bermanfaat!
Melengkapkan dapur, setiap wanita mahu menjadikan ia kawasan yang berfungsi dan selesa untuk memasak dan makanan keluarga. Reka bentuk baru membolehkan kami membuat bilik yang sangat bergaya, harmoni dan selesa - tumpuan sebenar kesejahteraan keluarga. Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah mengenai dekorasi dapur tema hitam yang menarik.
Reka bentuk dapur 2019-2020 adalah gabungan kesempurnaan dan kepraktisan dengan unsur eletrik, perkembangan teknikal terkini dan pencahayaan yang dibina dengan cekap. Koleksi tema ini dipanggil untuk mendapatkan idea-idea segar untuk diperbaiki dan diilhamkan oleh pilihan dalaman yang sedia dibuat.
Memiliki dapur yang cantik dan kemas memang menjadi idaman setiap pemilik rumah terutamanya suri rumah. Hal ini kerana kecantikan memang sangat berkait dengan kaum wanita. Lebih-lebih lagi sesuatu tempat yang sering digunakan oleh kaum wanita. Memang mereka mahu mendapatkan keadaan dapur yang cantik dan kemas.
Apa yang menarik untuk perkongsian kali ini adalah kerana disini Giler Deco ada sediakan beberapa gambar perkongsian yang menarik untuk anda. Gambar itu adalah mengenai dekorasi dapur yang warnanya sangat cantik untuk digunakan iaitu warna hitam.
Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang menarik ini dengan melihat gambar-gambar dibawah ini.
Dekorasi Dapur Tema Hitam Yang Menarik :
[foogallery id="5193"]
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap perkongsian pada kali ini dapat memberi manfaat kepada anda dalam mendekorasi dapur rumah anda. Semoga perkongsian ini dapat memberi idea dan inspirasi kepada anda dalam cuba untuk mengubahsuai dan mendekorasikan dapur anda supaya kelihatan cantik dan kemas. Semoga artikel ini dapat memberikan idea untuk anda membuat dekorasi menarik di dapur rumah anda.
Perkara yang paling menyeronokkan apabila korang penat-penat balik kerja terus dapat ‘lepak’ dalam bilik yang sangat nyaman dan bersih. Kalau bilik bersih, tekanan di tempat kerja pun boleh hilang bukan ? Perkongsian ini adalah dari Dekorasi Rumahku Syurgaku. Perkongsiannya adalah mengenai dekorasi bilik tidur menarik. Memang seronok apabila dapat tinggal didalam keadaan yang cantik, kemas dan selesa. Dengan tinggal didalam keadaan seperti ini. Anda juga susah untuk mendapatkan stress apabila berada dalam keadaa tenang.
Hiasan bilik ini sangat simple but nice. Tambahan pula penggunaan perabot dan barangan hiasan yang murah tidak langsung ‘cacatkan’ bilik tidur yang indah tersebut malah lebih berpuas hati dengan kecantikkannya. Penggunaaan hiasan yang kena dengan konsep bilik anda mampu membuatkan bilik anda kelihatan cantik dan berseri-seri. Bukan itu sahaj, Memiliki bilik tidur yang kelihatan cantik mampu memberi keselesaan untuk anda apabila ingin tidur.
Bagi anda yang sedang mencari idea dekorasi untuk bilik tidur, jadi amat sesuai lah untuk anda yang menggemari dekorasi simple but nice seperti ini. Anda patut ikuti perkongsian dari Giler Deco ini bagi memastikan konsep dan dekorasi yang anda inginkan bersesuai dengan keadaan bilik anda.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik yang ingin dikongsi oleh Giler Deco ini.
Dekorasi Bilik Tidur Menarik :
[foogallery id="5186"]
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap perkongsian pada kali ini mampu membantu anda dalam memilih cadar yang sesuai dengan keinginan anda dalam menghias bilik tidur. Selain itu, anda juga dapat melakukan dekorasi yang cantik dan berbaloi dengan ahrga murah. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Semoga bermanfaat
Tempat yang paling damai, tenang, selesa di setiap kediaman, tentu saja adalah bilik tidur. Sudut damai ruang untuk berehat, bersantai, serta membolehkan anda untuk tidur nyenyak. Oleh itu, suasana bilik tidur haruslah mempunyai ciri-ciri yang mendamaikan. Perkongsian yang menarik Giler Deco ingin kongsikan pada kali ini adalah dari Noor Zulia. Perkongsiannya adalah mengenai idea dekorasi bilik tidur bertemakan pink.
Kami kongsikan dekorasi bilik tidur anak perempuan dengan tema pink atau merah jambu. Siapa yang tidak suka warna merah jambu bukan? Kebanyakkan orang perempuan akan tertarik dengan warna pink lebih-lebih lagi anak perempuan. Memang sudah menjadi lumrah untuk golongan wanita yang sukakan warna yang lembut dan cantik seperti ini. Mana tidaknya boleh dikatakan kanak-kanak wanita memang akan memilih warna pink sebagai warna kegemaran mereka
Ibu bapa yang ingin menghias bilik tidur anak perempuan perlu menitikberatkan apa yang mereka suka supaya anak perempuan anda akan berasa lebih selesa bila berada di bilik tidur sendiri.
Jadi jom sama-sama kita saksikan beberapa gambar perkongsian yang ingin dikongsi oleh wanita ini mengenai dekorasi bilik warna pink yang cantik dan menarik ini.
Idea Dekorasi Bilik Tidur Bertemakan Pink Yang Menarik :
Dekorasi bertemakan warna pink seperti ini tentunya sangat mendamaikan, anak-anak pasti akan menyukainya.
Itu sahaaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap perkongsian kali ini mampu memberikan idea untuk anda dalam cuba untuk mengubahsuai dan mendekorasikan bilik anak anda dengan tema pink. Sesungguhnya memiliki bilik yang cantik mampu menceriakan hari-hari anak anda dirumah. Lagi-lagi jika memiliki bilik yang diidamkan oleh anak-anak anda.
Tahun 2020 adalah tahun yang begitu sukar untuk kita dimana kita semua berhadapan dengan pandemik COVID-19. Gelombang ketiga penularan COVID-19 di negara ini dijangka berlarutan hingga awal tahun depan, seiring peningkatan kes jangkitan virus itu di seluruh dunia. Perkongsian kali ini adalah dari Mohd Faridzul Ishak. Perkongsiannya adalah mengenai idea dekorasi pejabat mini sewaktu pkp.
Tambahan pula, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) yang telah diperkuatkuasa hampir diseluruh negara kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan. Dengan ini kita dapat menyaksikan ramai orang mula bekerja di rumah berbanding bekerja di pejabat.
Antara salah satu yang akan membantu seseorang aktif dan produktif ketika bekerja di rumah adalah ruang bekerja. Oleh itu, saya kongsikan sedikit idea dari carian Google tentang idea untuk menyusun dan menghias pejabat mini yang boleh dilakukan sama ada di bilik tidur, bilik tetamu, bilik utiliti, bilik khas, laluan atau lorong mahupun berkongsi ruang dengan ruang tamu dan ruang-ruang lain. semuanya boleh dilakukan. Tiada yang mustahil!
Memang benar kita memerlukan tempat yang selesa dan tenang untuk melakukan kerja dirumah. Jika keadaan agak bising kita akan sukar untuk fokus apa bila melakukan kerja dirumah.
Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang menarik ini mengenai idea-idea yang menarik untuk bilik pejabat mini ini.
Idea Dekorasi Pejabat Mini Sewaktu PKP 2.0 :
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Diharap dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak idea untuk anda dalam mengatasi masalah yang kurang selesa apabila melakukan kerja dirumah sempena pandemik dan wabak Covid19. Semoga bermanfaat! Semoga anda dapat bekerja dari rumah dengan selesa dengan adanya pejabat mini seperti ini.
Siapa tidak suka kalau hiasan dalaman rumah menarik dan mempesonakan, bukan? Bila dah ada rumah, tak kiralah menyewa atau hartanah sendiri, mesti ada rasa nak menghias sehingga sedap mata memandang. Perkongsian kali ini adalah dari Shiha Sazali. Perkongsiannya adalah mengenai dekorasi menarik rumah bertemakan biru dan putih.
Tapi tulah, kadang-kadang tidak ada idea hiasan mana yang sesuai dengan rumah kita. Kalau tengok online pula, memang banyak sangat pilihan sampai rambang mata dibuatnya! Jadi, untuk memudahkan anda, kami dah kumpul beberapa jenis hiasan rumah cantik yang ada, dan susunkan dalam beberapa kategori untuk anda pilih.
Anda bolehlah menjamu mata dengan inspirasi rumah yang ada di bawah ini, dengan dekorasi bertemakan warna biru dan putih yang minimalis yang sangat mempesonakan. Semoga sedikit sebanyak perkongsian ini dapat memberikan inspirasi kepada anda. Perkongsians sebegini bertujuan untuk memberi idea dan sumber inpirasi kepada anda dalam menghias rumah.
Jom sama-sama kita saksikan perkongsian tentang konsep dan warna yang menarik ini.
Dekorasi Menarik Rumah Bertemakan Biru Dan Putih :
Dengan ini, kami harap anda menemui hiasan dalaman yang bersesuaian dengan rumah dan citarasa anda.
Itu sahaja perkongsian yang dapat dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap perkongsian kali ini dapat membantu anda dalam cuba untuk mencari idea dan tema yang sesuai untuk digunakan untuk rumah anda. Semoga perkongsian yang bermanfaat ini dapat menmberi manfaat kepada. Semoga anda berjaya mencari konsep dan tema yang sesuai untuk rumah anda nanti.
Jangan lupa untuk menikmati setiap saat yang anda luangkan untuk menjadikan rumah lebih cantik dan hebat. Yang penting, anda gembira!
Cadar katil sebenarnya sangat penting untuk keselesaan tidur kita terutamanya pada waktu malam. Terdapat beberapa jenis kain cadar berbeza di pasaran dan pasti kita tak pernah terfikir tentang kualiti cadar yang ada bukan?Cadar yang bagus sebenarnya mempunyai kategori masing-masing seperti thread count, jenis fabric, ketebalan, warna dan juga corak. Perkongsian kali ini adalah mengenai promosi shopee yang menarik dan murah. Perkongsiannya adalah mengenai pemilihan cadar katil yang murah tapi cantik.
Secara generalnya, semakin tinggi bilangan thread count, semakin lembut kualiti cadar tersebut, jadi cadar itu akan tahan lebih lama juga. Cadar kualiti tinggi dengan bilangan thread count yang tinggi juga makin lama akan menjadi lebih lembut dan sedap dipakai. Cadar yang bagus selalunya mempunyai bilangan thread count daripada 200 sehingga 800.
Namun, kadangkala, cadar yang berharga sangat mahal dan mewah mempunyai thread count sehingga 1,000. Ayuh lihat cadar terbaik untuk kegunaan anda dan bersesuaian dengan jenis katil.
Ikuti perkongsian cadar di bawah dengan pelbagai pilihan menarik untuk anda:
Cadar cotton ini sesuai buat sesiapa yang ingin cadar yang murah dan berwarna menarik. Sesuai dikenakan dengan sarung comforter yang bercorak. Material cadar ini sangat lembut dan selesa digunakan oleh katil jenis single. Warna cadar ini tidak akan mudah luntur dan kecut walaupun anda membasuhnya berkali-kali.
Itu sahaj perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco mengenai promosi shopee ini. Diharap perkongsian kali ini dapat membantu anda dalam mencari cadar dengan harga mudah dan berbaloi. Pemilihan cadar yang cantik akan membuatkan bilik anda kelihatan ceria.
Bersempena promosi 11.11, jangan lepaskan peluang dengan membeli barangan keperluan anda dengan harga yang memang tidak akal! Menghampiri detik 11.11, semakin banyaklah kedai sama ada secara dalam talian atau pun kedai biasa sudah mewar-warkan promosi jualan hebat mereka. Perkongsian kali ini adalah mengenai promosi yang dibuat oleh aplikasi shopee. Promosi ini hanya terhad mengikut masa yang ditentukan sahaja. Perkongsiannya adalah mengenai cermin dekorasi bilik hanya dengan harga rm0.65.
Tidak terkecuali juga, dua platform beli belah atas talian seperti Shopee dan Lazada yang menawarkan percuma pengeposan untuk barang RM11 ke atas!
Untuk promosi kali ini, kami senaraikan harga cermin dinding untuk hiasan rumah dariharga serendah RM0.65 sehingga RM9.99. Harga pecah kepala.
Jadi jom sama-sama kita ikuti perkongsian promosi yang menarik ini. Semoga anda dapat membeli barangan yang anda inginkan tanpa dikenakan cas pengeposan.
Cermin Dekorasi Bilik Yang Murah :
[foogallery id="5056"]
Selain berbelanja dengan harga murah, anda juga boleh mengumpul mata dan pulangan wang tunai cashback dengan setiap pembelian. Jadi tanda kalendar anda sekarang untuk detik 11.11 ini.
Apa yang membuatkan promosi ini menarik adalah harga yang ditawarkan apabila promosi dibuat sangat luar biasa. Bayangkan anda membeli barangan tidak sampai satu ringgit tetapi anda dapat pengeposan secara percuma. Menarik bukan tawaran yang dilakukan oleh shopee ini? Tetapu untuk kali ini pengeposan percuma ditetapkan jika anda membeli barangan sebanyak rm 11 keatas. Tapi itu sudah memadai kerana harga yang ditetapkan tidaklah begitu mahal.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian promosi shopee 11.11 ini mampu untuk memudahkan anda untuk membeli barangan dengan harga murah. Jangan lepaskan peluang keemasan yang menarik ini.
Hiasan ruang tamu adalah salah satu aspek penting untuk sesebuah rumah agar rumah nampak ceria dan menarik. Rumah merupakan idaman setiap orang lebih-lebih lagi bagi yang sudah berumah tangga.
Bagi yang sudah membina rumah, reka bentuk luaran dan dalaman rumah menjadi keutamaan agar rumah nampak cantik dan indah.Manakala hiasan ruang tamu atau susunan ruang tamu antara yang terpenting kerana tempat keluarga serta tetamu duduk bersantai terutama ketika rumah terbuka atau keluarga dari jauh datang bertandang.
Sebenarnya tidak perlu mengupah orang lain untuk mencantikkan atau hiasan ruang tamu yang indah. Mari ikuti perkongsian menarik tentang idea dekorasi ruang tamu ini.
Idea Dekorasi Ruang Tamu Yang Cantik Elegan
[foogallery id="5016"]
Kombinasi beberapa warna atau rekaan juga mempengaruhi dalam aspek menghias ruang tamu agar lebih menyerlah. Oleh itu, jangan tersalah dalam pemilihan warna untuk dekorasi ruang tamu.
Untuk idea ruang tamu yang maksimum anda boleh cuba beberapa perkara yang penting ini. Antaranya ialah :-
Jangan selalu gunakan warna yang terlampau cerah untuk dekorasi ruang tamu anda.
Minimalis kan penggunaan perabot pada bahagian ruang tamu agar tidak nampak serabut
Melakukan pembersihan setiap kali
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Sekiranya perkongsian ini bermanfaat, silalah share artikel ini dengan menekan tombol share di bawah. Terima kasih.
Suasana bilik tidur yang kondusif dikatakan boleh mempengaruhi emosi seseorang. Kawasan tidur yang mempunyai pengudaraan dan dekorasi bilik tidur yang baik boleh membawa sesuatu yang diingini dan menjadikan waktu rehat sangat menyenangkan.
Mencari katil yang betul mungkin menjadi keutamaan dalam reka bentuk bilik tidur, tetapi dekorasi juga menambah rasa ruang. Itulah sebabnya kami menyediakan artikel ini supaya anda boleh mengumpul idea, menghiasi bilik tidur anda sendiri dan menikmati tidur malam dengan baik!
Tanpa perlu berbelanja banyak, kita boleh menaikkan seri hiasan dalam rumah dengan DIY saja dan berbekalkan sedikit kreativiti dan kerajinan. Jom ikuti perkongsian menarik di bawah ini:
14 Idea Suasana Bilik Tidur
[foogallery id="5000"]
Untuk penjagaan bilik tidur yang maksimum anda boleh cuba beberapa perkara yang penting ini. Antaranya ialah :-
Selalu kemaskan bilik apabila tidak gunakannya
Bersihkan bilik dengan vakuum bilik setiap sekali seminggu
Menyusun perabot atau apa-apa barang agar tidak berselerak
Minimumkan penggunaan perabot didalam bilik anda. Jika terlampau banyak perabot, ia kelihatan tidak terurus.
Ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco ini. Kami berharap perkongsian daripada kami ini dapat memberikan inspirasi kepada anda yang sedang mencari idea untuk dekorasi bilik tidur yang menarik.
Jam dinding adalah hiasan yang sempurna untuk hampir setiap bilik. Hal ini demikian adalah kerana peranan jam dinding itu sendiri. Jam dinding dapat membantu anda menguruskan masa dengan baik.
Pada masa yang sama, ia juga berfungsi sebagai hiasan untuk ruang tertentu itu. Di sini, kami ingin kongsikan satu idea diy jam dinding yang amat mudah hasil sumbangan Nurfatin Liyana Mohd Noor. Hasilnya memang menarik, unik, dan nampak mewah!
DIY Jam Dinding Yang Simple
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
Jam = RM5.00 (Beli di Tesco masa diskaun. Kalau nak guna jam dinding sedia ada pun boleh)
Chopstick = RM2.70 dari Mr DIY
Garfu = RM1.90 (Boleh juga gunakan sudu plastik)
Spray = dah ada di rumah. (Boleh beli dari Mr DIY)
Gam tembak
Manik/ cermin = untuk hiasan kelip-kelip
CARA-CARANYA:
1. Spray chopstick dan garfu.
Mula-mula, spray kan chopstick dan garfu plastik dengan warna hitam. Kalau nak warna lain pun boleh. Terpulang pada kreativiti anda. 2. Begini hasilnya. Tunggu ia kering.3. Lekatkan chopstick.
Seterusnya, tandakan sedikit tempat untuk kita gamkan chopstick tadi pada belakang jam. Ikut kedudukan nombor 1 hingga 12. 4. Lekatkan garfu plastik.
Seterusnya, lekatkan garfu plastik tadi di antara 2 chopstick.Yang ini kedudukannya lebih kurang agak-agak pun boleh. Kalau nak tanda pun boleh juga. 5. Biarkan kering sekejap. Nampak cantik kan? Kejap, belum siap lagi
6. Bubuh manik
Akhir sekali, kita make-up kan sikit dengan manik biar nampak cantik dan mengerlip. Tampalkan juga dengan gam tembak tadi. Kalau nak gunakan kepingan cermin atau apa-apa bahan lain pun boleh. 7. Hasilnya.
Bolehlah gantungkan di ruang yang sesuai.
Ternyata, walaupun tanpa modal yang tinggi, idea dekorasi ini berjaya menaikkan lagi seri ruang rumah anda.
Ramai yang merungut penat untuk mencuci kipas syiling memandangkan kedudukan yang tinggi dan susah untuk dibersihkan. Mana tidaknya, kalau guna penyapu atau bulu ayam habis satu rumah penuh habuk hitam. Perkongsian pada kali ini adalah mengenai cara bersihkan kipas siling dengan cepat.
Tambahan pula, jika mahu cuci kipas syiling menggunakan tangga, situasi ini boleh membahayakan keselamatan. Jadi, jangan bimbang anda sebenarnya tidak perlu menggunakan penyapu atau tangga kerana ada anda cara yang lebih mudah!
Mari ikuti perkongsian menarik dari seorang youtuber melalui saluran youtube beliau iaitu CrazyIndianHacker langkah bersihkan kipas siling dalam masa 57 saat tanpa penyapu atau tangga.
Cara Bersihkan Kipas Siling Dengan Cepat :
Bahan-bahan Yang Dilakukan :
Penyapu bulu ayam
Penyampung paip pvc
Paip pvc
Kayu
Langkah-Langkah :
1. Sediakan dua batang penyapu bulu ayam macam gambar di bawah ini.
2. Potongkan pada bahagian pemegang penyapu bulu ayam seperti yang dilakuka ini.
3. Pasang atau cantumkan penyambung paip pvc bersama paip pvc yang lain.
4. Masukkan 2dua batang penyambung bulu ayam tersebut pada penyambung paip pvc itu. Ia akan menjadi roda bulu ayam seperti gambar di bawah ini.
5. Sambungkan kayu yang panjang dan lekatkan dengan salotape untuk dijadikan pemegang.
6. Ini adalah hasil akhir yang telah siap.
7. Dan sekarang anda boleh mula mencuci kipas syiling rumah dengan mudah tanpa penyapu atau tangga. Paling best seminit sahaja bersih kipas.
Ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Kami berharap perkongsian daripada kami ini dapat memberikan inspirasi kepada anda yang ingin mengetahui langkah bersihkan kipas siling. Semoga berjaya dan semoga bermafaat untuk anda semua.
Ternyata ruangan dapur impian bagi setiap wanita bukan sahaja perlu kelihatan cantik malah ia juga perlu kelihatan kemas, bersih dan berkilat. Ini juga merupakan antara kriteria impian ramai.
Namun bila sudah selalu sibuk dengan kerja dan anak-anak, impian untuk memiliki ruang rumah khususnya dapur yang bersih dan berkilat itu agak sukar untuk dicapai.
Bahagian ini, jika dilakukan cucian harian pun masih sukar untuk menanggalkan kotoran kesan masakkan yang telah mengering
Tetapi jangan risau, apa kata kita cuba cara dari perkongsian wanita ini dimana beliau berkongsi cara mudah cuci kotoran degil pada dapur gas hanya menggunakan bahan yang sudah sedia ada didapur!
Cara Mudah Cuci Kotoran Degil
Bahan-bahan:
Cuka
Baking Soda
Tisu
Berus
Cara-cara:
1. Sapu sisa kotoran menggunakan kain
2. Masukkan cuka kedalam botol (memudahkan proses penggunaan)
3. Semburkan cuka tadi di seluruh permukaan dapur gas
4. Letak tisu dan lakukan beberapa lapisan dan setiap lapisan disembur lagi dengan cuka.
5. Biarkan selama 30 minit
6. Tanggal semua lapisan tisu dan lap sampai kering
7. Taburkan baking soda pada keseluruhan permukaan dapur gas
8. Semburkan sekali lagi cuka, dan gosok dengan span atau berus lembut seperti berus gigi lama.
9. Sental sehingga segala kotoran tertanggal
10. Lapkan dengan kain bersih sehingga betul-betul kering dan pasang semula alas tungku.
Sebagai seorang isteri, pastinya anda akan memasak setiap hari untuk suami dan anak-anak. Apatah lagi sekarang ini musim pandemik, kita tidak digalakkan untuk makan diluar. Jadi sebagai ibu, kitalah yang menggalas tanggungjawab untuk memasak. Perkongsian kali ini adalah dari CrazyIndianHacker. Perkongsiannya adalah mengenai cara mudah bersihkan kuali hitam.
Setiap masa ada sahaja makanan yang ingin dimasak. Bila suami dan anak-anak suka apa yang kita masak adalah menjadi satu kepuasan untuk kita para ibu. Tapi, yang tidak best adalah apabila kuali yang dulunya putih bersih bertukar menjadi hitam dan berkerak.
Jadi apa kata ikuti perkongsian yang di buat dari youtube iaitu cara mudah bersihkan kuali hitam tanpa perlu menyental.
Cara Mudah Bersihkan Kuali Hitam Paling Berkesan :
Bahan-bahan:
Ubat gigi
Baking soda
Kulit telur
Lemon
Berus besi
Cara-cara:
Masukkan satu sudu ubat gigi seperti yang ditunjukkan didalam gambar dibawah ini.
Masukkan dua sudu baking soda kedalam cawan seperti yang diajar dibawah ini.
Pecahkan telur, ambil kulit telur itu dan pecahkan sehingga menjadi ketulan kecil.
Tambahkan tiga per empat air perahan lemon ke dalam cawan.
Gaul kesemua bahan tersebut sehingga sebati.
Lumurkan bahan-bahan tadi pada permukaan kuali yang hitam.
Biarkan selama 30 minit.
Sental menggunakan berus besi.
Kemudian bilas supaya bersih.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada kali ini. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam mengatasi masalah kesan hangus hitam pada kuali yang suakr untuk dibersihkan. Dengan tips dan cara ingin mungkin mampu mengatasi masalah yang anda hadapi itu. Apa pun selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
Setiap kali memasak, penggunaan papan pemotong sememangnya sentiasa menjadi peralatan penting bagi menyediakan bahan-bahan, memotong daging atau ikan dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa kadang-kala hanya satu sahaja papan pemotong yang digunakan oleh ibu-ibu di dapur. Perkongsian kali ini adalah dari CrazyIndianHacker . Perkongsiannya adalah mengenai cara bersihkan papan pemotong hitam berdaki.
Hal ini menyebabkan papan pemotong tersebut mudah kotor dan susah untuk dibersihkan. Ada sesetengah yang terus membuang papan pemotong tersebut dan membeli yang baru. Jangan susah-susah, kotoran yang ada pada papan pemotong tersebut sebenarnya sangat mudah untuk ditanggalkan.
Jom sama-sama kita saksikan perkongsian tricks dan tips yang menarik ini dalam memastikan papan pemotong kembali putih dan bersih.
Cara Bersihkan Papan Pemotong Hitam Berdaki Menggunakan 3 Bahan Mudah :
1. Cuka
2. Baking Soda3. Limau NipisLangkah-langkah:
1. Langkah pertama adalah dengan membelah dua limau nipis dan menaburkan baking soda pada permukaan papan pemotong.
2. Seterusnya, gosok papan pemotong dengan limau tersebut dan biarkan selama 10 minit.
3. Setelah itu, gosok sekali lagi dengan limau tersebut dan tuangkan cuka.
4. Selepas itu, gosok sekali lagi dan anda juga boleh menggunakan berus besi bagi mendapatkan hasil yang lebih baik.
5. Akhir sekali, bilas papan pemotong tersebut dengan air dan anda pasti terpesona dengan hasilnya.
Inilah hasilnya.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap perkongsian pada kali ini dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah yang membelenggu anda dalam membersihkan papan pemotong rumah anda. Diharap dengan melakukan cara seperti diatas mampu memberi kesan yang positif untuk papan pemotong anda. Semoga bermanfaat dan selamat mecubanya dirumah. Pasti anda anda berpuas hati dengan hasil yang anda dapat nanti!