Setiap pemilik rumah pasti menginginkan rumah yang cantik dan tenang untuk didiami. Jika anda baru memiliki rumah Semi D sudah pastinya anda teruja untuk melakukan ubahsuai rumah supaya nampak menarik dan ceria.

Walaupun anda tiada kepakaran sebagai interior designer, tidak salah untuk anda cuba mengupah seorang interior designer yang mahir dalam melakukan dekorasi. Perkongsian ini adalah dari interior designer yang bernama  Anis Syuhada mengenai transformasi sebelum dan selepas rumah semi D.

Transformasi Dekorasi Rumah Semi D

 

Penggunaan perabot yang berwarna lembut dan cerah di bahagian ruang keluarga ditambah lagi dengan sentuhan warna pastel kelabu pada langsir menjadikan ruang ini menarik lagi berseri.

RUANG KELUARGA

transformasi sebelum

semi d

semi d

Selain itu, pemilihan meja yang kecil dan karpet yang simple membuatkan ruang ini menjadi luas untuk bersantai  bersama keluarga sambil menonton TV.

RUANG TAMU

semi d

Ruang untuk menyambut tetamu pula nampak cantik dan cerah apabila hasil gabungan warna pastel kelabu diserikan dengan langsir berwarna kelabu dan frame gambar yang berwarna-warni.

 semi d

semi d

Manakala ruang makan bersama keluarga pula mengunakan warna yang sedikit terang, sesuai dengan gabungan warna meja makan. Gubahan bunga di meja menyerikan lagi meja makan tersebut dan menampakkan meja makan lebih luas dan kemas.

RUANG MAKAN

semi d

semi d

 

Perabot yang sedia ada masih lagi sama dan tidak diubah. Tetapi, beberapa kerusi ditambah untuk memudahkan penghuni rumah makan di dapur atau dijadikan tempat persediaan makanan kering. Ruang dapur kering dan basah disekalikan bagi menjimatkan ruang.

RUANG DAPUR

Rutin harian suri rumah ialah membasuh baju, mengeringkan dan melipat baju. Oleh itu, tempat yang selesa dapat memudahkan dan mempercepatkan urusan tersebut.

Ruang laundry baju perlu disusun atur dengan kemas dan bersih supaya kita dapat membasuh dan mengeringkan baju dengan cepat dan bersih.

RUANG LAUNDRY

semi d

transformasi rumah

Dekorasi ruang bilik tidur  utama sangat penting supaya penghuni rumah dapat beristirehat setelah penat bekerja. Oleh itu, warna yang lembut dan pengunaan perabot yang kemas dapat memberikan aura ketenangan semasa tidur di bilik.

Langsir pula digantikan dengan bidai moden supaya cahaya matahari dapat menerangi ruang bilik. Selain itu, penggunaan almari baju yang mempunyai cermin besar sebagai pintu menampakkan ruang bilik tidur utama luas.

RUANG BILIK TIDUR UTAMA

transformasi

semi d

 

Idea bilik tidur anak boleh menggunakan warna yang berbeza untuk memberikan suasana nyaman dan tenang. Penggunaan warna-warna yang lembut seperti biru muda dan beige menjadikan ruang bilik tidur tampak lebih luas.

RUANG BILIK TIDUR ANAK

semi d

Setakat ini sahaja perkongsian idea transformasi rumah pada kali ini. Diharap perkongsian dekorasi rumah yang simple tetapi cantik ini sedikit sebanyak dapat memberi idea dan inspirasi kepada anda.

Semoga bermanfaat.

Kebiasaannya, pada bulan December, musim tengkujuh kebanyakkan penduduk pantai timur akan berjaga-jaga dan berpesan kepada anak dan kaum kerabat mengenai persiapan yang perlu dilakukan apabila banjir.

Pemilik rumah dikawasan rendah antara orang yang sibuk untuk membuat persediaan jika hujan lebat turun tidak berpanjangan. Oleh itu, kita perlu membuat persiapan yang rapi supaya tidak berlakunya kerugian dan kemusnahan yang teruk.

Bak kata pepatah, "Sediakan payung, sebelum hujan". Jika kita lalai dan mengambil ringan akan perkara ini, banyak hal yang tidak diingini akan berlaku.

Ironinya, pada tahun ini, banjir berlaku di sebelah pantai barat dan ramai tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan.

Tips Menghadapi Banjir

Berikut perkara yang perlu anda ketahui apabila banjir berlaku supaya anda tidak panik dan kelam-kabut:

1.Kemas barang dan dokumen penting.

Antara dokumen yang penting adalah seperti surat beranak, IC, sijil,geran tanah & rumah, surat perjanjian loan bank dan sebagainya. Seeloknya perlu disimpan di tempat yang senang dicapai  dalam satu fail kalis air supaya ianya mudah dibawa apabila berpindah ke pusat pemindahan.

2. Sentiasa berwaspada.

Pada permulaanya, kita akan teruja dan terpesona apabila melihat air jernih memasuki rumah. Untuk pengetahuan anda, penduduk pantai timur atau kampung akan mula berjaga-jaga walaupun perkara itu berlaku pada waktu malam dan mereka tidak akan tidur.

Mereka akan memindahkan barang-barang penting seperti kereta, motosikal dan barangan elektronik di tempat yang tinggi dan selamat.

3.Siap sedia untuk berpindah apabila air menjadi keruh.

Untuk makluman, air berlumpur sangat laju dan akan cepat naik mendadak sehingga ke paras bahaya. Pada waktu ini, nyawa menjadi keutamaan.

4.Berpindah segera apabila air menjadi berlumpur.

Justeru, anda perlu memastikan kesemua ahli keluarga berkumpul dan terus berpindah supaya tidak ada seorang ahli keluarga pun yang tertinggal di dalam rumah terkapai-kapai keseorangan.

Perkara yang paling utama anda perlu mengabaikan perasaan sayang nak meninggalkan rumah.  Di dalam situasi genting sebegini, keselamatan dan nyawa lebih utama berbanding harta benda.

5.Kunci pintu rumah

Pastikan pintu rumah dikunci bagi mengelakkan barangan dalam rumah terkeluar dari rumah akibat banjir.

6.Tutup suis utama

Tutup segala suis utama dan cabut fius utama sebelum keluar dari rumah untuk mengelakkan kebakaran rumah.

Kesimpulannya, banyakkan berdoa dan redha dengan apa yang bakal berlaku. Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Tetapi bersyukur,masih dapat menyelamatkan nyawa diri dan ahli keluarga

Kredit: Ommar Abd. Aziz

 

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down